Tuesday 18 November 2014

Travelog Korea 3 : Autumn Trip 2014 ~ Day 5 ~ Finale Day

21 September 2014

Hari ni bangun awal pagi sebab dah janji nak bawak geng pompuan ke Kwangjang Market untuk shopping cotton Korea. Geng lelaki tinggal kat Guesthouse, membuta. Misi memborong cotton tidak kesampaian dari semalam. So seawal 7 pagi dah tercegat depan guesthouse. Aku dah gugel siap2 pasal Kwangjang Market ni. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai dari Pak Cik Gugel menyatakan yang Kwangjang Market buka pada hari Ahad.  Tapi hati aku macam tak yakin jer tapi aku tawakal jer bawak dorang ni. 


Route :
Hyeohyeon St  ( Line 4) - Dongdaemun St ( Transfer Line 1) - Jongno 5 ( o) - Ga St ( exit 9/10)

Dan seperti yang dijangkakan oleh hati aku ni, Kwangjang Market memang tutup sepenuhnya pada hari Ahad kecuali kedai-kedai yang jual makanan. Spoil abes!! Ingatkan kami sampai awal sangat so tunggu la sekejap. Then tergerak hati tanya kat ahjussi ni, dia cakap kedai-kedai jual kain memang tutup hari Ahad. So sekali lagi kau rasa bersalah yang amat kat ahli group. Bila tengok muka dorang yang agak frust rasa nak ketuk kepala sendiri. Tapi bukan salah aku sepenuhnya sebab sebelum ni aku gugel kat tenet banyak sumber cakap Kwangjang buka pada hari Ahad + sebelum ni memang aku tak pernah pergi pada weekend. Then dengan berat kaki melangkah, kami menuju ke Dongdaemun pulak dengan harapan Dongdaemun buka pada hari Ahad. Then, aku sempatlah ajar dorang cane nek subway untuk sampai ke Kwangjang Market ni kot-kot la esok dorang nak try pergi sendiri.

Ahli group yang frust.. buat aku rasa bersalah yang amat.. mianheyo!! Kak Oya yang tudung hitam tu sanggup tinggal anak kat Guesthouse semata-mata nak menyopping cotton. Malangnya niat tak kesampaian..what to do..its my fault..i guess..

Kwangjang Market yang sunyi sepi
Then dari sini kami ke Dongdaemun pulak. Cuba nasib kot-kot Dongdaemun Shopping Complex tu bukak. Sekali lagi kami bernasib malang. Semua kedai tutup jugak. Sekali lagi aku telah mengecewakan ahli group. 

Route :
Jongno 5 ( o) Ga St ( Line 1 ) - Dongdaemun St ( exit 9)


Then, dengan perasaan frustnyer aku ajak semua balik ke Guesthouse. Then ada group yang balik esok request untuk singgah Myeondong.So aku hantar dorang ke Myeondong & Umrah bawak geng cikgu balik ke Guesthouse so that dorang boleh pack barang sebab kol 12.00 tengahari nanti kami akan gerak ke airport. Nasib bek aku dah pack barang aku siap-siap malam tadi. Then aku pon ikut meronda sekali kat Myeondong then tepat kol 10 pagi aku gerak balik ke guesthouse sorang -sorang. Dorang suh aku balik dulu sebab dorang masih banyak masa lagi untuk pusing-pusing kat situ. So sampai guesthouse , packing seme barang then tepat kol 12.00 tengahari ahjussi taxi sampai kat Guesthouse. Oleh kerana kami 7 orang so owner GH book large taxi untuk kami dengan harga 80 000 won. Not bad la ..memang selesa habis. Memang berbaloi naik large Taxi ni sebab kalau nek airport bus pon da 10 000 won , so beza 1000 won jer. Kalau ramai-ramai better book taxi jer.

Then say goodbye kat Owner GH & group yang stay lagi kat sana. Risau jugak aku nk tingalkan dorang tapi think positif jer. Dorang dah besar pandai-pandai la bawak diri, lagipon memang dorang request nak balik lewat satu hari sebab ticket lagi murah. InsyaAllah ok. Bersalam-salaman & minta halal segala kekurangan & kesilapan cz after dis maybe tak berpeluang untuk jumpa dah. 

On da way ke airport, rancak jugak berborak dengan ahjussi taxi dengan hangul yang berterabur. Ingatkan nak tidor jer cz penat sangat tapi terpaksa jugak aku layan ahjussi tu brborak; Siap dia pesan kalau datang Korea lagi jangan lupa contact die nanti die belanja aku Bibimpap yang sedap. Pape je la pak cik oi,.. Itu pon kalau ada rezeki ke Korea lagi tahun depan. Kalau ikutkan penat handle trip cam serik dah , tapi hati tu tegar lagi nak ke Korea. 

Sampai airport terus check in & tunggu masa masa jer untuk board. Sementara tu sempat lagi aku buat post mortem dengan Umrah. Checklist segala kekurangan so that next trip aku akan buat yang lebih bagus. Overall ok, cuma kena strict sikit bab masa & kurangkan tempat melawat dalam satu hari. Dan secara officialnya Umrah dilantik sebagai partner aku untuk trip akan datang. Tu pon kalau ada yang berminat nak join la. Kalau ramai sangat memang aku tak sanggup nak handle sorang -sorang.

Sampai Msia, lebih kurang pukul 11 malam, then naik ERL ke Putrajaya, singgah umah kakak aku sekejap then terus balik ke Rawang. Dalam kol 3 pagi jugak la sampai umah. Terus tidor. Esok sekolah weh! Huyung - hayang dibuatnya. Esoknye , aku still contact lagi group yang stay kat Korea, ingatkan dorang ontime untuk ke airport & update pape yang berlaku sehinggalah dorang touch down Malaysia. Well, aku still lagi bertanggungjawab kat dorang sampailah dorang selamat sampai ke Malaysia. 

P/S : Moral of da story, jangan sesekali letak lam itinerary untuk shopping pada hari sabtu & ahad.

Highlight : Penat memang penat tapi aku seronok dan enjoy & boleh belajar dari pengalaman. Insya Allah aku takkan serik untuk handle trip ke Korea. Even aku bukan tour guide bertauliah tapi aku akan cuba sebaik-baiknya untuk memuaskan hati semua orang. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan & kesilapan harap dimaafkan kerana aku masih lagi dalam proses belajar. So sape-sape yang berminat untuk ke Korea dengan bajet yang rendah, insyaAllah trip aku mampu merealisasikan impian anda. Hanguk Kaja!!!!

SEOUL 서울 2014.. my love, my madness, my passion, my dream..if u ask me y i love korea, i really dun have the answer..try to visit that country then u'll fall in love just like i do..love the scent, scenery, culture, language, food, korean people, song & blalaalalalla... aigoo!! + i'm not kpop lover, i'm kdrama lover..in sung oppa saranghae!
Selagi korean won masih berbaki...안녕기하새요 사을♡♡♡...InsyaAllah datang lagi.




No comments:

Post a Comment