Saturday 28 February 2015

Travelog Melbourne : Summer Trip ~ Day 6 ~ Queen Vic Market ~ DFO

6 December 2014

Hari ke - 6 di bumi Kanggaroo..Hari ke -2 ke Vic Market..
Yahoo..its shopping time,..even poket dah rabak nak jugak feeling2 bershopping..

First plan ke Queen Victoria Market.. aku dah tak de pape nak beli pon just nak cari souvenier untuk my mum. Sebab semalam tak tahu nak beli pe. Kebetulan pulak Oshin memang tak sempat beli pape semalam, kirenyer hari ni kami yang dah shopping sakan semalam teman si Oshin je la. Konon je la..

So dari Ibis Hotel nek tram depan hotel ke Victoria Market. Ekceli jalan kaki pon boleh tapi kami sje nak habiskan duit myki.Satu stop je da sampai.

Yang uniknyer Vic Market, peniaga tu takkan meniaga kedai yang sama setiap hari. Setiap hari lokasi dorang berbeza-beza. Konon semalam dah aim nak beli purse sheep's skin untuk mak aku. Aku prgi hari ni kedai abang indon tu dah bertukar ke lokasi len. Cari pon tak jumpa jugak.

American doughnut. Aku dah siap beratur dah then tergerak nak tya oil apa yang dorang guna. then die cakap animal's fat so aku tak berani nak try. Nampak cam sedap giler. Siap member aku cakap len kali tak payah tanya beli jer.. eh , ada plak camtu ek?? ahhahhaha..kalau dah was-was confirmla jatuh haram..betul tak?

Hari ni tak beli pape pon just tambah 2 helai lagi Tshirt. Jumpa satu kedai Tshirt lagi murah . 4AUD sehelai. Kedai kakak indon. Siap beramah mesra even kakak tu mula2 cam sombong jer. Nampak cam bese jer rupanya kakak tu study masters kat melbourne uni. Hambik kau! Jangan pandang orang sebelah mata. Suami die buat PHD jugak kat uni yang sama. Salute la!

Nila kedai akak tu.. tapi dia bilang mau balik indon dah sebab dah habis study


Grab jacket pink ni.. 10AUD. Bajet muda remaja. Kakak kt belakang tu bengang jer sebab aku try byk kali jacket ni. Last aku beli jugak sebab tgk muka die dah masam mencuka. So dah selesai sini kami plan ke DFO ( Direct Factory Outlet) kat Southwharf. From what i gugel, kat sini byk barang2 branded yang agak menawan  diskaunnya.  So pe kate pergi tengok2 even tak banyak dolar lam poket.  Dari Vic Market nek tram balik hotel letak barang dulu then jalan kaki menuju ke Flinders Street St untuk nek Free city circle ke DFO.


Untuk ke DFO by City circle ni, korang kene turun kat Flinders Street West Station, kalau tak silap 4 station dari Flinders street ni. Dah turun kat situ kami cam blur jugak nak tuju arah mana sebab tak nampak pon bayang DFOnyer. Then kami follow je orang ramai tuju ke belakang building depan kami tu. Lupa da nama building tu. Then akan lalu brigde ni.




Sampai hujung brigde belok ke kiri, kat situ ada signboard utk ke DFO. Sebelum tu akan jumpa Melbourne Exhibition Centre.


Jalan lagi sampai jumpa Building DFO. Actually memang tak jumpa signboard DFO yng besar, so kami tanya2 orang kat situ then die suh masuk je bangunan sebelah MBC ni.. Akhirnye sampai jugak DFO. Jom habiskan AUD masing-masing. Niat di hati nak jugak bawak balik Correlle utk my mum tercinta, sudahnya salah DFO plak. Sekiranya anda berniat untuk shopping Correlle sila ke DFO Essendon or Moorabin bukan DFO Southwharf. Memang takde jumpa kat sini.

50 %? 70 % discount.. tapi cheapskate cam aku ni still tak mampu beli.

Aku dah aim nak beli jam Fossil ni coz banyak blog yang ak refer  cakap sale Fossil ni terbaik punyer. So dengan harapan untuk mendapatkan jam Fossil rege 50AUD , jalan laju-laju cari Kedai Fossil.  Sampai Fossil hampa jugak takde pon sale yang beli satu percuma satu tu. Bese kalau sale yang tu dapat la satu jam rege 50 AUD. Yang paling murah pon 84.90 AUD. Dalam duk berkira-kira nak beli ke tak, si Umrah hasut aku suh beli sebab kalau kat Msia rege double rege kat sini. Aku bukan tau sangat sebab aku tak biasa pakai jam mahal2. Termakan jugak hasutan si Umrah then aku grab satu jam ni rege 89.95 AUD. Ok la kot. balik Msia nanti puasa sebulan.



Then sempat lagi swap kad kedit untuk purse and handbag untuk mak aku. Terus overbudget plak. Takpela bukan selalu pon. Seriously, aku ni bukan kaki shopping tapi Melbourne ni memang heaven la bab shopping. Belom lagi masuk bab perfume. Aduhai.. nasibla. Si Oshin memang bagus la , langsung tak terpengaruh dengan kami. Dia sanggup duduk berejam tunggu kami shopping sampai tertidur, padahal tak banyak pon shopping , window jer. Tapi memang jenis aku suka jelajah setiap kedai.

Dah puas cuci mata, baru ingat nak balik and baru sedar diri tak makan dari pagi. So, melepak sekejap area situ sambil makan subway yang aku beli sebelum pergi ke DFO tadi. Kalau kat Melbourne, subway paling senang, murah dan mengenyangkan even kat Msia aku tak pernah jejak Subway pon. Feeling makan subway kat sana memang tak sama kat sini. Pernah satu hari tu dah balik sini, Kononnya rindu melbourne aku p beli la subway kt Msia, erm memang takde feel ..hehe.

 Untuk balik ke hotel, ikut route sama amik city circle tram turun kat Flinders street Station. Dah tu mana reti nak balik awal kan merayap dulu sekitar CBD. First, kami prgi survey Perfume kat Mychemist sementara tunggu pesanan dari kakak2 aku. Plan esok baru nak beli sebelum gerak ke airport.

Habis sini merayap lagi ke Little Bourke Street.






Street yang tak pernah sunyi dengan manusia.
Then terus balik sebab tak solat lagi. Malam nanti dah janji nak jumpa anak lecturer aku, Che ah. Yela, alang - alang dah datang sini bagus untuk merapatkan silaturrahim. Mana tau lepas ni boleh kirim perfume banyak2.. hehe. Sebelum ni pernah jumpa masa Cheah ni kecik  jer .Dah janji nak jumpa kat San churros. Boleh jugak layan tekak yang craving for churros ni.


sedapnya churros.. gulp.. telan ayaq liuq je


Cheah & abangnyer.. best la dua bradik bljr sama2. takdela sunyi sangat jauh dari family.
So sembang2 bukan men lama sampai kedai da nak tutup baru la kami reti nak balik. Dah say hi hi bye bye dgn Che ah, kami terus balik ke hotel. Apalagi badan dah penat, terus la membuta.

Berakhirnya hari ke - 6 di Melbourne and malam terakhir di Ibis Hotel. Uwaa... nak balik da ker??



Monday 23 February 2015

Travelog Melbourne : Summer Trip ~ Day 5 ~ Melbourne Uni, Victoria Market & Shrine of Remembrance~





5 December 2014

 5th day di Melbourne.. Plan hari ni nak melawat Melbourne University. Feeling2 student obersea sikit. Bila lagi kan? Nak study sana belum tentu mampu so dapat jejak kaki pon jadi la. So untuk hari ni kami gunakan Melbourne Visitor Shuttle Bus sepenuhnya as our transport. Cuma bayar 5AUD and boleh gunakan untuk satu hari. Kebanyakan tempat attraction dicover oleh Shuttle Bus ni, so banyak boleh save bab transport di Melbourne ni. 
So dari Ibis hotel kami jalan ke St Paul Catheral untuk nek Shuttle Bus ni, Beli ticket gune machine yang dah disediakan di situ. Dalam 9.30 pagi bus datang. 




Shuttle Bus ni beroperasi setiap hari bermula kol 9.30 a.m to 4.30 p.m and kekerapan bus setiap 30 minit. So kalau nak ronda lama2 kat setiap tempat tu takde masalah tunggu je bus lain.

Terdapat 13 stops we can hop on and hop off. Antaranya:

Stop 1 Arts precinctStep off here for plays, pictures and performances.
  • Arts Centre Melbourne
  • NGV International
  • Australian Centre for Contemporary Art (ACCA)
  • Malthouse Theatre
  • Melbourne Recital Centre
  • Southbank Theatre
Stop 2 Federation SquareStep off here for visitor services, culture and art.
  • Melbourne Visitor Centre
  • Federation Square
  • Ian Potter Centre, NGV Australia, Australian Centre for the Moving Image (ACMI)
  • Birrarung Marr and William Barrack Bridge
  • Federation Bells
  • Flinders Street Station
  • St Paul's Cathedral
  • Hosier Lane
Stop 3 Sports precinctStep off here for stadiums, legends and gardens.
  • Melbourne Cricket Ground (MCG)
  • National Sports Museum (in the MCG)
  • Melbourne, Olympic and AAMI parks
  • Fitzroy Gardens, Cooks' Cottage, Fairies Tree, Model Tudor Village and historic Conservatory.  

Stop 4 Chinatown precinctStep off here for shopping, theatre and a Chinese dragon.
  • Her Majesty's, Princess, Regent, Athenaeum and Comedy theatres
  • Chinatown
  • Collins Street, Greek precinct
  • State Library of Victoria, Bourke Street Mall, Melbourne's GPO, Melbourne Central, QV Melbourne
Stop 5 Melbourne Museum and Carlton GardensStep off here for culture, cinema and city gaol.
  • Melbourne Museum
  • IMAX Theatre
  • Royal Exhibition Building
  • Carlton Gardens
  • Old Melbourne Gaol and City Watch House
Stop 6 Lygon Street precinctStep off here for La Dolce Vita and La Mama.
  • Lygon Street lifestyle
  • La Mama and Carlton Courthouse theatres
  • Piazza Italia
  • Museo Italiano Cultural Centre
Stop 7 University of MelbourneStep off here for museums, music and modern art.
  • University of Melbourne
  • Ian Potter Museum of Art
  • Grainger Museum
Stop 8 Queen Victoria MarketStep off here for the market, museum and mint.
  • Queen Victoria Market
  • Melbourne Zoo
  • Flemington Racecourse
  • Arts House and Errol Street
  • Hellenic Museum
Stop 9 Harbour Town, DocklandsStep off here for shopping, skating and sailing.
  • Harbour Town Shopping Centre & Customer Service Centre
  • Medibank Icehouse
  • Melbourne Star Observation Wheel
  • NewQuay
Stop 10 Etihad Stadium and Victoria HarbourStep off here for arts, parks and sporting events.
  • Victoria Harbour
  • Yarra's Edge
  • Etihad Stadium
  • Docklands Park
  • Fox Classic Car Museum
Stop 11 William StreetStep off here for culture, courts and coastal wonders.
  • Immigration Museum
  • Koorie Heritage Trust Cultural Centre
  • Legal precinct
  • ANZ Banking Museum
  • Enterprise Wharf
  • Melbourne Aquarium
Stop 12 Southbank and Yarra RiverStep off here for the skydeck, shops and ships.
  • Melbourne Convention and Exhibition Centre
  • South Wharf Promenade
  • Crown Entertainment Complex
  • Southgate
  • Eureka Skydeck 88
  • Polly Woodside
Stop 13 The Shrine and Royal Botanic GardensStep off here for music, a memorial and meandering gardens.
  • Shrine of Remembrance
  • Royal Botanic Gardens Melbourne
  • Ian Potter Foundation Children's Garden
  • Sidney Myer Music Bowl
  • Government House
  • La Trobe's Cottage
Even banyak tempat boleh jejak dengan Shuttle bus ni, tapi kami tak nak tamak sangat so kami terus ke Stop 7 , University of Melbourne. Sibuk mencari port posing lam blogger yang da jejak kaki ke sini.


First, masuk sini dulu, The Ian Potter Museum..


Aku tak tahu sangat sejarah muzium ni. Aku perasan kat dalam ni banyak dipamerkan artifak lama. And aku tak fokus sangat masa ni coz diganggu dengan hal remeh temeh kat sekolah. Time cuti pon kene kacau. So malas nak layan, buat tak tahu jer and truskan holiday anda dengan hati gumbira. Balik nanti baru pikir. 


Then dari sini ikut langkah kaki jer pusing2 kat dalam kampus. Ekceli aku nak cari port posing ala ala Howgart tu, tak sure arah mana so ikut kaki je la. Nasib bek jumpa.

Berangan nak sambung study kat sini.. berangan je la boleh..huhuhu







Dari sini , nek Shuttle Bus ke Stop 8, Queen Victoria Market. Kononnya nak sevey harga souvenier dulu sebab sok nak shopping da. Tapi lain plak jadinya, hari ni dah start memborong. Kalau dah namanya pompuan, memang tak leh window shopping jer.



Untuk hari ni, ak beli siap-siap T-shirt, key chain and fridge magnet. Senang sikit sebab esok tak yah pk dah. Just top up mana yang tak cukup jer. Tshirt dapat la 5AUD/ Sehelai. Ni paling murah and kualiti pon ok even made in China. Kalau nak yang Made in Australia lebih kurang 10AUD/ Sehelai.


Key chain and Fridge Magnet , 3 packs / 10 AUD



Fridge magnet kat atas ni, 6 ketul 10AUD. 


Buah2 kat Vic Market ni sangat2 fresh and murah2. Aku siap beli cherry lagi sebab tak pernah rasa cherry fresh camtu. Beli 1AUD jer kenyang la makan untuk 4 orang. Hehehe..

Then dari sini gerak ker Stop 9, Harbour Town Docklands untuk lunch. Kat sini banyak jugak choice kedai untuk lunch. So , decide makan kat Chili Padi Kopitiam jer. Price range lebih kurang 10AUD tapi portion memang banyak. Kalau order nasi goreng tu boleh makan untuk 2 orang. Tapi dek kelaparan , masing2 habis satu pinggan nasi goreng. Aku pulak kononnya tak nak makan nasi, so aku order set chicken wrap kat Nando's sebelah Chili Padi tu. 





Chili Padi Mamak Kopitiam, salah satu restoran halal di Melbourne. Kalau datang Melbourne tak perlu risau ttg halal food. Memang berlambak restoran halal just sediakan dolarnyer jer. Price range lebih kurang 10AUD untuk satu hidangan, tapi portion banyak bleh share kalau nak save budget. Kalau budget ciput cam aku ni, makan skali shari jer. 



Kenyang perut suka hati, lemak bertambah2. Then dari sini kami ke lokasi terakhir iaitu Shrine of Remembrance. Naik Shuttle bus ke Stop 13. 

The " Shrine of Remembrance is Victoria’s largest and most visited war memorial of National Significance. It is Melbourne’s most recognised landmark. It was built in remembrance of those who served and those who died in the Great War of 1914-1918 and armed conflicts and peacekeeping duties since. - Google "









Lebih kurang kol 6 petang, baru kami bergerak balik. So dari sini kami nek tram balik ke hotel coz, Shuttle bus hanya beroperasi sehingga 4.30 petang shj. Nek tram 3a dari st Kilda, turun di Flinders Street St and jalan kaki jer balik ke Ibis Hotel. Malam dah tak de pape aktiviti. So balik hotel membuta jer. Kumpul kudrat untuk sambung shopping esok hari. 


Till then, wassalam.....

Thursday 12 February 2015

Travelog Melbourne : Summer Trip ~ Day 4~ Puffing Billy & Brighton Beach

holla..holla..
kuseru semangat menghapdet blog.

4 December 2014

Good Morning Melbourne! Hari ni bangun lambat sikit. Nasib bek tak demam sebab main hujan semalam. Hari plan ni untuk  ke Puffing Billy semata-mata nak merasai pengalaman naik old steam train. So dari Ibis hotel kami jalan kaki ker Flinders Street Station. Dari sini kami akan menaiki train ke Belgrave, station terakhir untuk ke Puffing Billy. Sempat lagi top up myki 10AUD.


untuk ke Puffing Billy , kami amik train dari Flinders Street Station menuju ke Belgrave Station. Dari Belgrave Station, jalan kaki jer ikut signboard Puffing Billy.


What so special about Puffing Billy?

"Puffing Billy is Australia’s favourite steam train and one of the finest preserved steam railways in the world.  This century-old steam train continues to run on its original mountain track from Belgrave to Gembrook in the magnificent Dandenong Ranges 40kms east of Melbourne. Puffing Billy was built to serve at the turn of the century and is a genuine relic of our more leisurely days. The Railway is the major survivor of four experimental lines used to develop rural areas in the early 1900s." - Google

Kami sekadar ingin merasa jer, so kami amik ticket dari Belgrave ke Menzies Creek jer. Auntie kat kaunter tu pujuk kami suh beli ticket ke Lakeside coz kami kena tunggu hampir sejam kat Menzies Creek untuk balik ke Belgrave. Harga ticket sepatutnya 29 AUD untuk return trip, tapi kami ada kad diskaun yang kami amik kat hotel. So kami bayar 26.10 AUD per person.








pose wajib if nek steam  train ni.. bila lagi nak merasa kan?






 Next kami ke Brighton Beach plak, misi menjejaki Bathing Box.
Dari Belgrave amik train ke Midle Brighton Station, transfer di Richmond Station. 

Keluar dari Station, kami cam blur jugak xtau tuju ke mana . Then tanya auntie bakery shop, die bagi direction konon cam aku faham la kan. So follow direction , tapi cam jauh giler jalan kaki. Cuaca pon boleh tahan jugak panasnya. Berpeluh ketiak. Jalan lagi sampai jumpa kawasan perumahan mewah tak jugak nampak bathing box ni. Tanya lagi orang, then dia cakap kene cross jalan. Da sampai pantai stil xnampak bathing box.  Jumpa awek jepun ni , dia cakap da dekat jer, jalan depan sikit. Tapi memang jauh jalan still tak jumpa. Kami hampir putus asa then ikut je langkah kaki menyusuri pantai.  Tetiba ternampak benda kaler2 tu. Eh tula die..hehe.. jumpa jugak akhirnya. Tapi if ada sape2 tanya direction ke Bathing Box ni memang aku tak reti nak cite sebab kami men redah jer. Nasib bek jumpa. Takde la kempunan sangat.








Boleh plak kami sesat otw balik ke Middle Station tu. Entah jalan mana yang kami follow sampai blkg  rail train. Jalan yang kami lalu tu takde orang pon. Dah sampai station ingatkan station lain sebab rasa cam jauh sangat jalan, tapi bile tengok stil Middle Brighton Station. Takpela, janji sampai. kat sini top up lgi Myki sebanyak 8.70 AUD , risau tak cukup, sebab aku memang kurang arif camne pengiraan fare myki ni.Dari sini amik train menuju ke Flinders Street Station, penat yang amat, wheather plak bkn men panas. Sama cam kat Malaysia.Balik bilik, rehat solat and makan2. Malam tu ak plan nak ke St Kilda Beach plak. Oshin tak nak ikut , so umrah and sara je yang ikut. Alang2 da sampai harus follow itinerary betul2. If not satu kerugian bagi aku.

Untuk ke St Kilda Beach , kami amik tram no 3a dari Swanston Street then turun kat Station 79 ( Luna park). Then dari Luna Park kami jalan jer ke belakang park untuk ke St Kilda Beach. Actually beach ni biase2 jer tapi dlm itinerary orang len memang prgi tempat ni so aku pon masukkan sekali lam iti aku. Then da malam sikit jalan ke Luna Park tapi tak masuk pon, kebetulan ada plak cam night market kat situ. So pusing-pusing jap, ada plak orang buat pertunjukan main2 ngan api tu. Aku pon tak tau per nama show tu layan jer la. 



Dalam kol 9 mlm kami gerak balik risau takde tram plak, so tunggu tram 3a dari Luna Park Station ke Swanstons Street. Sampai hotel pe lagi, membuta jer la

Sekian, kesah hari ni..