Thursday 13 November 2014

Travelog Korea 3 : Autumn Trip 2014 ~Day 1 : Arrival & Namsan Tower

Anyeonghaseyo Yeorubun!

Aku ke korea lagi untuk kali ke 4..Ekceli kali ke 4 ke Korea and kali ke -3 ke Seoul. Trip june lepas pergi Busan jer tak sempat menyinggah ke Seoul.


Kononnya nak aim peak autumn tapi apekan daya daku memang takde cuti..hanya mampu pergi time cuti sekolah jer la..so selalu la wrong timing..kalau ikutkan masa aku pergi ni baru masuk autumn so suhu takdela sejuk sangat & daun2 masih kehijauan.Lebih kurang cam Summer jer..

So untuk trip kali ni , sekali lagi aku diberi kepercayaan utk menjadi tour guide yang tidak bertauliah kpd rombongan Mak Jemah seramai 17 orang termasuk aku. Ahli rombongan terdiri daripada senior  sk men aku dulu & kawan2nya seramai 10 orang  and 3 orang cgu sekolah aku  & juga kwn maktab aku, Umrah sebagai assistant aku. Nasib bek la last minute si Umrah ni nak join kalau tak mati jugak aku nak handle sorang-sorang. Dah la ada dua couple bawak baby. So, this is my 1st experience bawak group yang ada baby and could be last kot. Tak sanggup sebab kesian tgk baby kepenatan. Maklumla trip aku ni trip backpacker aka trip dera kaki , tak sesuai untuk golongan yg agak berumur & baby.



So , ticket flight dibook seawal bulan Feb, dapatla rege RM632 untuk dorang seramai 10 orang tapi dorang akan balik lewat 1 hari dari aku semata-mata untuk tcket lebih murah. While , aku punyer ticket RM700 cz aku balik hari Ahad , Isnin dah sekolah oi..mane boleh ponteng. Bayangkan aku sampai malam ahad then Isnin tu aku terus masuk sekolah. Mau huyung hayang dibuat nyer. Then untuk cgu sekolah aku plak ticket dorang mahal sikit sebab dah last minute plan nak join. So ticket dorang lebih kurang RM862. 

Untuk accomodation plak, aku decide untuk stay at Namdaemun Guesthouse.Reason kenape aku pilih utk stay sini cz dekat dengan Namdaemun Market so that bila aku da balik Ahad tu, dorang yang stay boleh la ronda-ronda market jer. Tambahan pula, owner GH ni bagi aku pinjam Tmoney so tak payah susah - susah dah aku beli untuk dieorang, just top up je nanti. Untung da kat situ..hehehe.

Untuk Aiport transfer plak, aku book dengan GH jugak 2 buah jumbo taxi & 1 large taxi. so total 240 000 won. Plan awal nak heret diorang naik bas jer tapi bila fikir balik dengan baby lagi, beg lagi + sampai dah petang so nak save masa & tenaga aku decide untuk book taxi jer. Sama juga untuk balik ke Malaysia nanti, dari GH ke airport, aku book siap-siap dengan GH. 

17 September 2014

Flight seawal 8.00 pagi, so aku nek ERL paling awal jam 4.50 pagi. Risau jugak takut tak sempat cz aku takde experience lagi nek flight awal pagi tapi nasib bek ERL ontime so dalam kol 5.10 pg dah sampai KLIA 2. Sampai je airport terus bertemu 4 mata dan berkenalan dengan ahli rombongan yang sebelum ni aku berkomunikasi dalam group whatsapps jer. So , 1st impression , dorang cam ok jer, InsyaAllah seme berjalan dengan lancar. Da check in, semua gerak ke boarding hall, solat subuh dulu then board plane. Then aku pesan je kat dorang jumpa kat Incheon airport jer sebab dapat seat jauh-jauh. 

Sampai Incheon Airport lebih kurang kol 4.00 ptg & guess what?? queue untuk immigration sangat2 panjang cz ramai jugak tourist lain cz of Asian games. Hampir sejam lebih jugak beratur. Keluar jer arrival hall, dah ada ahjussi taxi tunggu then cepat-cepat gerak ke guesthouse sebab hari dah gelap. Ada la 2 3 orang ahli jemaah start berlenggang kangkung. Kalau camni la gayanya  memang tak boleh cover banyak tempat ni..So, aku diam jer dulu, ikut jer rentak dorang..

Sampai GH, terus check in then pesan dengan dorang kol 7.30 kumpul balik kat depan GH untuk ke Namsan Tower. So setel bab check in, aku masuk bilik siapkan diri seme, FYI, aku share 4bed room dengan cgu sekolah aku so, dapat la murah sikit. Then bilik aku kat tingkat bawah dekat dengan dapur, so senang la nak mencekik..hehhe..Rata -rata blogger bagi review yang bagus ttg Namdaemun GH ni. Itu pon salah satu faktor jugak nape aku pilih GH ni. FYI, untuk pilih accomodation yang sesuai dengan bajet + selesa untuk ahli group memang mencabar jugak.Risau jugak GH yang dipilih tak menepati cita rasa & ada pulak yang complain. Tapi alhamdulillah, ahli group memahami dan menerima seadanya. Takde komen-komen yang buruk setakat ni.



Then, dalam pukul 7.30 kami berkumpul di depan GH, seperti yang dijangkakan adalah dua tiga orang yang lambat, so Umrah mevolunteerkan diri p beli kebab dulu untuk alas perut sementara menunggu ahli yang lain. Geng2 cgu ni aku boleh puji sebab ontime. 7.30 da siap berkumpul depan GH & aku suruh dorang ikut Umrah jer. Hampir 30 minit jugak la, aku tercongok depan GH tunggu dorang ni. tapi aku faham la bila travel dengan baby ni memang amik masa jugak la nak bersiap. Takpela, first day boleh dimaafkan.

Dah siap kumpul semua orang, sementara tunggu Umrah, aku pergi top up Tmoney kat C2U dekat dengan Hyeoheon Station. Aku top up dalam 20 000 won je dulu. Cukup la kot untuk 5 hari. Then dari situ gerak ke Chungmuro St untuk amik bas ke Namsan Tower. Plan asal nak melawat Namsangol Hanok Village tapi disebabkan time constraint , so tempat tu pon da tutup kami terus ke bus stop depan Dae Han Cinema. Masa tu dah pukul 8.00 mlm.Aku risau kot2 dah takde bas .Lama jugak la menunggu dalam 10 minit. Nasib bek bas datang terus naik & sampai ke puncak Namsan Tower. Aku bagi masa 1 jam jer untuk round sekitar Namsan Tower tu & memang tak bagi dorang naik atas sebab aku risau tak sempat nak catch up bas balik nanti. Kang tak pasal balik jalan kaki. Ada yang meraung nak balik Malaysia terus nanti.



Cukup 1 jam, aku sibuk mengerah semua ahli untuk turun ke bawah. Siap cari dua tiga orang tak jumpa. Penat aku turun naik. Then aku decide untuk turun jer tengok kat bawah kot-kot diaorang dah turun. Then tetiba aku perasan Tmoney yang aku letak lam poket seluar dah takde. Ah sudah! dah la ada dalam 50 000 won..Rugi oi! Aku pon lari balik ke atas dengan harapan dapat jumpa balik la Tmoney aku. Jangan harap la..dengan manusia yang ramai tu mampu ker aku nak cari segenap ceruk. So dengan perasan redha yang tak berapa redha aku pon turun bawah top up lagi Tmoney spare yang aku pinjam dengan kawan aku. Sedihnyer.. 1st day dah haru biru. Takpe2..Kira takde rezeki la. Then amik balik bas tadi turun kat Chungmuro St then amik subway ke Myeongdong St untuk dinner kt Yooganey.

Kat Yooganey, cam biase order nasi goreng seafood. Agaknyer dorang dah penat sangat memang tak abis la makan. Geng lelaki jer licin yang perempuan memang banyak lagi berbaki. Siap ada ahli group yang tak leh masuk tekak sebab pedas. Pedas ker?? Erm tak pela..so aku pon tapau la bawak balik ke GH untuk breakfast pagi esok. Sudahnye ke tong sampah je la nasi goreng tu. Sayang betul!

portion nasi untuk 5 orang..memang tak habis. Rege makanan sini boleh tahan murahnya. 5500 won/pax..ok la kan?


abaikan kualiti pic..gune hp jer.
Then, dah kenyang perut, marilah kita pulang ke GH untuk beristirehat. Ekceli dari sini boleh je jalan kaki ke Gh tapi tak sanggup la nak dera diorang yang penat tahap max ni. Satu hari nek flight then heret lagi diaorang daki bukit Namsan Tower tu..hehehe..tapi nak buat caner. Datang jauh- jauh kenela berkorban sikit. Tak gitu?? Aku sebagai tour guide sebolehnya nak bagi diaorang cover semua tempat dalam masa 5 hari ni..

So sampai bilik mandi dan tidur. Esok dah janji pukul 7.30 pagi kumpul kat depan Guesthouse untuk aktiviti seterusnya.  Destinasi untuk esok?? Tunggu next entry. Ok bai !


No comments:

Post a Comment