Friday 14 November 2014

Travelog Korea 3 : Autumn Trip 2014 ~ Day 2 : Buchon Hanok Village ~ Gyeongbukgung~ Gwanghamun Square ~KTO ~ Han River Cruise

18 September 2014 (Day 2)

Good morning! Hahaha..ko dah kenape gelak tetiba??? semalam aku pesan 7.30 pagi kumpul kat depan guesthouse kan? tapi aku plak yang bangun lambat. Kol 6.45 pgi baru sedaq..ape kes ketua rombongan bangun lambat. itu pon sebab ada kakak tu kejutkan aku minta tolong ajarkan die guna washing machine . Nasib bek..terkocoh-kocoh aku menyiapkan diri..tapi ahli group pon tak ready lagi , aku jugak la tercongok paling awal kat depan GH tu.. Its ok..belajar bersabar dan bersabar. Dari sini la aku kutip sebanyak mungkin pengalaman untuk belajar cara2 handle trip. 

So our 1st destination is Buchon Hanok Village. Plan asal nak terus ke Gyeongbukgung tapi awal lagi nanti spend masa lama kat Gyeongbukgung sebab nak tunggu changing guard ceremony at 10.00 a.m. So bawak la dorang ke Buchon dulu. Dari Hyehyeon St, take Line 4 and transfer to Line 3 at Chungmuro St and get off at Anguk St, Exit 2. Jalan terus je sampai jumpa Tourist Information Centre. Oleh sebab masa pon limited, aku bawa pergi spot yang aku tau jer,takde la cover 8 photospot tu. Tu pon muka dorang cam pelik jer, seolah2 berkata kenapa aku bawak dorang pergi situ, dah la kena panjat bukit bagai. hehe. Bagi aku Buchon Hanok Village ni satu kemestian if pergi ke Korea sebab kawasan tu menunjukkan rumah tradisional Korea. 
 Ahli group hepi je jumpa umah Lee minho ni..hehhe..bergambar sakan.. bagus2..lega hati aku..hehe..

 Kakak tu senior aku, kerana korea ukhwah bertaut kembali after hampir 10 tahun tak contact.


Cikgu -cikgu sekolah aku. Alhamdulillah..masing-masing senyum lebar jer
Then, gerak ke Gyeongbukgung Palace pulak, sampai2 jer Changing Guard Ceremony baru mula. Tepat pukul 10.00 pagi.. rezeki dorang. Kat palace ni aku bagi masa kat dorang dalam 1 jam jer. Tak boleh lama-lama sebab banyak tempat lagi nak pergi. Nasib semua ahli group menepati waktu hari ni. Alhamdulillah. 




areumdaum saram + areumdaum haru = perfect !
Well, aku puas hati bangat dengan cuaca hari ini, enjoy jer..
Then, keluar dari Gyeongbukgung, kami menuju je Gwanghamun Square pulak. Aku bawak la dorang masuk King Sejong Museum tu even sebelum ni aku tak pernah masuk pon. Reasonnyer sebab cuaca makin panas, saje sejukkan badan kat bawah tu. So kat dalam tu ada tempat untuk menulis nama dalam hangul for free. Then apa lagi, excited la dorang mencuba. Aku pon terlebih2 pulak excited mentang2 dah tau tulis nama sendiri dalam Hangul. Berlagak je lebih.







Then lepak di Cheonggyecheon Stream like Korean..Syoknyer ad stream tengah2 bandar camtu. Penat2 kerja then lunch hour melepak kt situ. Hilang stress.


 Next, aku bawak dorang pergi solat kat KTO. Nasib agak baik hari ni boleh try Hanbok free. Baru aku tau yang setiap minggu ketiga setiap bulan KTO akan adakan program2 tradisional seperti hanbok wearing, belajar tulis nama dalam hangul, & tradisional game for free. Minggu ke-3 je tau, minggu2 lain takde. So alang-alang dah sampai haruslah try. Aku pon join sekaki. hehehe. Sebelum ni pernah try hanbok tapi design lain. So kami bergilir untuk solat dan try hanbok. Seriously cantik! Bukan aku tapi hanbok tu..hehehe..









Lepak kat sini lama juga . Dengan nak solat lagi , nak try hanbok lagi  memang take time jugak. Takpelah relak jer..Tak perlu nak rushing sangat. Then dari sini, kami singgah Myeongdong untuk lunch. Kali ni makan burger udang kat lotteria jer sebab kononnya malam nanti nak makan ikan bakar kat Dongdaemun. Then, dah siap makan , aku bagi lagi masa 1 jam untuk round Myeongdong sebab masih awal lagi. Aku bajet kol 6.00 ptg baru gerak ke Han River untuk naik cruise kol 7.30 mlm so that boleh catch up cruise untuk tengok Banpo Bridge Fountain. Nak dijadikan cerita sorang kakak yang bawak baby tu request nak balik GH sebab baby dia cam moody sikit hari ni. So dia pon dah tak larat dah nak follow. So aku terpaksa minta jasa baik Umrah untuk hantar kakak tu ke GH. Aku offer diri untuk hantar cz aku kesian plak kat Umrah tapi Umrah cakap kalau aku yang hantar sape plak nak handle group kat sini. So nak tak nak aku terpaksalah  menyusahkah Umrah.  Bayangkan kalau lah Umrah tak ikut trip aku ni, cane aku nak handle situasi macam ni. Memamg timing akan lari & aku yang penat terkejar-kejar nanti. Before trip, aku mesti bersedia dari mental & fizikal untuk ape jua keadaan & situasi. Learn from experience.

Then tepat kol 6 .00 ptg, kami bergerak menuju ke Yeoinaru St untuk ke Han River Park untuk nek cruise. Dorang pon dah tak larat nak jalan tapi untuk cancelkan plan cruise tu sayang la pulak. So nak tak nak dorang heret la kaki yang dah nak tercabut tu. Baru day 2 kot. Hehe..aku pon penat jugak tapi kene tunjuk steady la jalan cam biase jer. Untuk nek cruise, bayaran sebanyak 16 000/pax dikenakan untuk tempoh 1 jam. Dah naik harga, dulu masa aku pergi Tahunn 2012 hanya 11 000 won jer. So trip kali ni aku berpeluang jugak saksikan Banpo Bridge Fountain tu.  Syok sangat feeling nek cruise ni. Lupa segala bagai kerja yang tak siap yang aku tinggalkan di Malaysia. Terasa tak nak balik. Angin sepoi -sepoi bahasa, pastu layan plak lagu-lagu korea yang best, terasa cam heroin lam drama korea la plak. Perasan lebih neh ! Trip 2012 dulu aku tak sempat tengok fountain tu sebab time aku pergi tu winter so , fountain tu tak beroperasi. Siap ada shooting drama lagi kat atas cruise tapi drama biasa jer kot sebab aku tak kenal la plak plakonnyer. Pahtu asyik NG jer..haha.

Satu-satunya pic yang ada dalam Cruise cz bateri hp da abis.. Muke cari bantal dah tu..penat yang amat.
Dalam pukul 9.00 mlm, kami gerak dari sini ke Dongdaemun untuk dinner ikan bakar. Malangnya...diulangi..malangnya setelah penat mengheret kaki dari Yeouinaru St ke Dongdaemun St dengan transfer lagi, sampai je sana kedai-kedai tu seme dah TUTUP!..Rasa nak hantuk kepala kat dinding sebab aku tak alert pulak pasal operating hours kedai-kedai makan kat situ. Muka masing - masing dah macam pe dah. Agaknya dalam hati duk sumpah seranah aku..hahahha...aku pun punyer la rasa bersalah sangat. Tetiba terasa diri ini memang tak layak untuk guide orang..huhuhu..nasiblah nak buat macam mana. So next time kena take note la , kol 10.00 kedai dah tutup. So balik la kami ke GH dengan rasa hampa.Aku sempat lagi say sorry & cadangkan dorang makan maggi je la malam ni.

Balik bilik terus tidur sebab penat tahap max + frust dengan diri sendri..Hahaha..bcz of me dorang berdinnerkan maggi malam ni.  Badan pon seram sejuk cam nak demam jer.





No comments:

Post a Comment