Saturday 23 January 2016

Travelog Japan :Summer Trip Day 5 ~ Kobe

welcome back zura!
5 June 2015

Hari ni aku terjah Kobe  and spent 1 hari kat sana. Alkesahnya, Kobe tak termasuk pon dalam perancangan aku coz aku nak fokus di Osaka jer. Tapi,  kebetulan masa di Kyoto terjumpa sorang kenalan baru, Fiza yang travel solo.Then, aku risik2 plan die kebetulan die pon stay di Hotel yang sama di Osaka and aku decide untuk follow die ke Kobe. Memang tak rugi ke Kobe, very nice place. 

Kami keluar seawal pagi dari Hotel Toyo ke Shin Imamiya Jr Station.Then amik JR line ke Osaka Station ( 180Y). Then kene kuar dari Osaka Station untuk Ke Osaka Hankyu Line Station. Actually bole jer amik JR line trus ke Kobe tapi kononnya nak save budget kan menapak la jauh sikit. The amik Hankyu Line then stop at Kobe Shinomiya Sation (320 Yen ). Kalau amik JR Line fare 710Y. So bleh save 210Y. 

Osaka Hankyu Line Station
Kalau tak silap perjalanan dari Osaka ke Kobe lebih kurang 1 jam. Keluar je dari Sannomiya St, aku follow je Fiza cari Information Centere. Actually i have no idea about Kobe, aku tak search pon tempat menarik ke ape so aku dengan patuhnya follow je Si Fiza. Hehhehe. Loser betul. After refer map kt tepi jalan tu then jumpa jugak Tourist Info Center tu.






So our 1st stop is, Kobe Earthquake Memorial. Take city bus 101 (210 Y) to HAT Kobe, dalam 15 minit. Kalau tak silap stop at Earth Museum Station. Dah lama sangat , aku pon dah lupa.


The Earthquake Memorial Museum, part of the Disaster Reduction and Human Renovation Institution, was opened in 2002 to commemorate the tragic event and to educate visitors aboutearthquakes and disaster prevention. The museum includes a large screen theater with realistic images of the earthquake's destructiveness, a documentary film about the recovery process, lots of information about the earthquake and various interactive games about disaster prevention. - Japan Guide

Fee entry, 600 JYP ,tapi  kami bayar dengan harga discount sebanyak 480 JYP shj dengan coupoun discount yang kami ambik di  Kobe  Info Centre tadi.





Earthquake demonstration by pak cik ni. 

Kat sini anda boleh merasai suasana sebenar ketika earthquake tu berlaku. Agak menakutkan jugak. Then kami disajikan dengan video selepas kejadian berlaku. Agak menyedihkan jugak tapi boleh plak aku tertidur sebelum endingnyer. Sabar jer la. Yang bagusnya tentang Kerajaan Jepun ni, dorang cepat2 recover after kejadian tu and dorang fikirkan solution untuk mengatasi sekiranyanya berlaku lagi keadaan begitu. For eg, dorang cipta teknologi untuk pastikan rumah yang tahan gempa bumi. Actually aku pon tak reti nak explain kat sini , but aku memang impressed la jugak. Kalau kat Malaysia banjir berlaku tiap2 tahun, tapi still jugak rakyat kene hadap benda yang sama every year. I think kerajaan should think of long term solution untuk atasi keadaan banjir tu. Then dari sini kami balik ke Sannomiya Station amik bus 101.

Then dari situ kami amik City Loop Bus ( 210 JYP) untuk ke Masjid Kobe. Berdasarkan penerangan kakak kt Info Centre tadi, kami perlu turun kat Stop 8, Kitano Keister Garden. Keluar dari gate garden tu jalan terus dalam 3 minit then akan nampak Masjid Kobe ni.











Kami mengambil peluang ini untuk terus solat jamak zohor dan asar. Semasa solat, kami berkenalan dengan seorang mbak dari Indonesia yang sangat baik hati. Mbak Suwarti namanya. Mbak Suwarti bekerja di Hospital di Himeji sebagai seorang nurse, dah 7 tahun da stay kat Jepun ni. Kagum aku, dah la fasih berkomunikasi dlm bhs jepun. Mabk offer untuk bawak kami jalan -jalan sekitar Kobe ni, apalagi kami pon stuju je lah kan. Rezeki jangan ditolak. Mbak minta kami tunggu kat luar sebab die nak tunggu solat Asar dulu. So kamipon p melepak kedai yang jual barangan harian yang halal milik seorang warga arab yang berkahwin dengan wanita Jepun.









Budak -budak balik sekolah. beg sepesen jer..kawaii..

Then dari masjid Kobe Mbak bawak kami ke Kobe Harbourland.


On  da way ke train station, singgah Kobe Halal Food.

Then, Mbak Suwarti belanja makan mee udon sebelum prgi ke Kobe Harbourland. Arigato Mbak! Murah rezeki kami hari ni. Kami makan kat satu kedai dalam Sannomiya Station.



memperkenalkan Mbak Suwarti yang baik bangat!!


Fiza, travel sensorang je , salute!
Then dari sini kami terus ke Kobe Harbourland. Actually bukan pg ke Harbouland pon sebaliknya Mbak bawak kami ke satu mall and amik pic dari situ jer.By the way , the view ohsem la jugak.





Then, Mbak Suwarti hantar kami ke train station untuk kami balik ke Osaka. Mbak Suwarti plak terus balik ke Himeji. Amik JR line dengan fare 710 Yen, terus ke JR shin Imamiya St. Hari ni memang akan jadi satu kenangan indah buat aku coz dipertemukan dengan orang baik - baik seperti Mbak Suwarti dan Fiza. Semoga ukhwah yang terbina terus terjalin sampai bila - bila. Sangat terharu dengan kebaikan Mbak Suwarti. Semoga ada rezeki untuk jumpa lagi.