Saturday 15 November 2014

Travelog Korea 3 : Autum Trip 2014 : Day 3 ~ Nami Island ~ Trick Eye Museum ~ Hello Kitty Cafe

Holla!!
Bersambung ceritera autumn  trip di Seoul untuk hari ke- 3

19 September 2014
Bangun pagi tu, rasa cam tak sedap badan jer.. Cam nak demam pon ada..andwae! andwae! appo hajima!. Nanti akan spoilkan trip ni..

So our destinasi untuk hari ni ialah Nami Island. Tempat wajib pergi if korang ke Korea. Confirm wajib pergi even jauh dari Seoul. Dalam sejam lebih perjalanan dengan subway.  So dari Hyeheon St take Line 4 to Ichon St untuk transfer ke  Jungang Line then transfer lagi ke Gyeongchun Line  then finally get off at Gapyeong St. Nasib kurang baik hari ni, sepanjang perjalanan semua ahli group tak dapat duduk sebab train penuh. Hanya ibu yang berbaby jer dapat duduk. Erm, nasib la.. dah la aku cam pening-pening lalat da..Sabar je la..

Sampai kat Gapyeong St, dorang request nak amik picture dulu depan station tu. Ada tempat yang konon2 cam taman bunga kat depan tu. Then aku bagi la 15 minit..hahah.kedekut tak?..hehehe..




Then, amik teksi untuk ke Nami Island. Sampai sana, tengok ramai jugak orang  beratur beli ticket then aku pon cepat-cepat beratur takut nanti lambat plak sampai sana. Fee entry untuk ke Nami Island sebanyak 8000 won /pax.  Dari situ nek ferry ke Nami Island. Seme ahli group dalam mood teruja. Maklumlah Nami Island ni memang tempat wajib p & selalu muncul dalam drama-drama melayu.

Sampai je Nami Island aku bawak dorang pergi lunch dulu . Mula -mula nak makan Nasi Goncang je kat drama cafe tapi bila sampai kat situ aku nampak ada kedai halal yang baru buka. Asian Cafe kot namanya. Aku lupa dah. Harga makanan kat situ standard harga cam kat Itaewon . Lebih kurang 7000 -  10 000 won.


Aku makan ni. Cam nasi goreng jer..tapi sedapla..rege 9900 won
Masa ni badan aku dah menunjukkan simptom2 nak demam. Dengan sakit kepala, badan seram-seram sejuk, then sengal segala sendi. Ah sudah.. ni memang masalah..

After makan, aku bagi masa dorang selama 2 jam untuk pusing-pusing Nami. Kol 1 ptg janji jupe kat depan pintu gerbang Nami tu.  Kalau ikutkan 2 jam memang tak cukup tapi memang kena manage masa betul-betul sebab nanti nak pergi tempat lain pulak.





 Dalam demam - demam tu semangat lagi aku bergambar.. even sebelum ni pernah datang tapi musim berbeza so view pon harusla berbeza jugak kan. Ada dah sikit daun yang bertukar kaler. Cuaca yang kejap panas kejap sejuk menambahkan tahap kedemaman  aku. Tapi aku tahan jer. Sempat lagi telan panadol 2biji. Kaki pon dah tak laju melangkah.

Macam biasa la dah janji Melayu kan, janji kol 1 tapi dalam kol 2 baru dapat gerak dari Nami Island tu. Aku pon terlambat 2 3 minit sebab terleka dengan daun kaler-kaler tu. Heheh.. Mianheyo chingu.. Geng cikgu tu memang bagus. Memang selalu ontime. Kalau aku cakap kol 1 , kol 12.45 dah tercegat tunggu kat tempat yang dijanjikan. Bagus2. Len kali boleh bawak lagi. Geng yang satu  lagi pon bukan semua lambat. Dalam 2 3 orang jer. Tu pon bisa dimaafkan. Biasalah, kena faham jugak. Bukan selalu pon boleh datang sini. So masing-masing bergambar sakan. Kalau boleh setiap ceruk nak ambik gambar. Tu pon dorang tak habis pusing lagi. Takpela . Nanti ada rezeki kita datang lagi. Insya Allah. 

Then dah sampai jeti, amik teksi ke Gapyeong St. Follow plan seterusnya iaitu ke Trick Eye Museum & Hello Kitty Cafe kat Hongdae.  Masuk train memang full, takde seat kosong langsung. Memang azab la berdiri dengan badan tak sihat & kaki yang super duper penat. Sampai satu tahap tu aku rasa cam nak tumbang dah. Memang tak larat sangat. Then Umrah suruh aku duduk jer kat lantai tain  then dia cover aku. So aku apalagi duduk bersila kat lantai then tidur jer. Ni la 1st time aku sakit demam semasa trip. Rasa bersalah + segan + frust sebab boleh plak aku demam time-time camni. Tengah syok tido datang pulak officer train tu suruh aku bangun sebab bahaya tido dekat pintu train. Rasa cam useless giler time tu, Nasib ada sorang ahli group yang dapat duduk then die offer seat dia. Jual mahal lagi tak nak. Then dia paksa jugak suruh aku duduk. Aku pon dengan perasaan malu + segan yang amat duduk jer then tidur lagi.  Ahli group amat memahami, dorang cakap kalau tak larat sangat dorang suggest balik GH jer untuk rehat tapi aku cakap takpe boleh tahan lagi ni . Kene gagahkan diri juga untuk follow plan asal. Seboleh-bolehnya aku tak nak spoilkan trip ni. 

Sampai Hongdae St , kuar exit 9 untuk ke Trick Eye Museum, memang aku follow map jer , nasib bek tak sesat. Sampai je terus beli ticket untuk dorang , then aku rehat je kat cafe dalam tu. Fee entry untuk masuk sini 15 000 /pax  tapi aku print voucher dr website KTO so dapat lah 12 000 won/pax. Kat sini pon aku bagi dorang masa dalam 1 jam setengah. Then aku tido je kat kerusi tu sampai la dorang keluar.







Then da selesai kat sini, aku bawak dorang pergi Hello Kitty Cafe plak. Kalau ikutkan aku tak ingat jugak camne nak ke tempat ni sebab aku pergi sini Tahun 2012, last year aku tak pergi pon tapi aku tanya orang - orang kat situ & follow map. Nasib bek jumpa. Takde la dorang kempunan nak merasa makan kat cafe tu. So kat sini pon aku bagi je masa kat dorang untuk makan then aku cari satu meja untuk tidur. Orang lain duk sedap makan, aku memang takde selera langsung. Umrah belikan hot chocolate langsung aku tak sentuh. Sedekah kat orang jer.





Then, dah selesai makan, Umrah suggestkan aku balik dulu dengan geng-geng cikgu tu & dia balik kemudian dengan geng yang satu lagi sebab dorang nak cuci mata dulu kat situ. Masa jalan kaki ke Hongdae St, ada sorang kakak ni ajak nek teksi jer sebab dia kesian kat aku yang dah tak larat nak jalan. Aku risau jugak kot2 mahal nek teksi tapi kire ok la dari Hongdae ke Namdaemun GH dalam 9000 won jer.
Sampai je bilik aku terus baring. Kakak-kakak yang duk sebilik aku tu siap tolong letak towel basah & paksa aku makan ubat. Dah terbalik jadinya. Sepatutnya aku as tour guide tak bertauliah ni yang jaga dorang tapi aku plak yang terlebih-lebih sakit & dijaga oleh orang. Huhuhu. Nasib badanlah. Dalam sejarah kot , 1st time aku sakit during trip. Aiseh! memang segan tahap max la dengan dorang semua.  Then whatsapp ahli group say sorry sebab demam & tak leh bagi full komitmen. Nasib baik semua memahami & dorang suruh aku rehat jer. Kumawo yeorobun... Saranghae! After that, aku terus tido dengan harapan esok aku akan sihat seperti sediakala.

What a bad day!!! Sobs..sobs..sobs..

No comments:

Post a Comment