Sunday 27 September 2015

Travelog Japan : Summer Trip 2015 ~ Day 2: Kyoto

Assalamualaikum... bersambung kesah di Jepun Day 2
Even dah hampir tiga bulan trip berlalu, sampai sekarang aku tak percaya aku dah jejak kaki ke Jepun. Serious!

2 Jun 2015

Tengah syok lena, tetiba bas berhenti kat satu tempat. Ingatkan dah sampai rupanya, driver berhenti rehat jap kat  R&R . Masa tu dalam kol 4.30 pagi tapi hari dah cerah sebab dah masuk summer kan. Kami pon amik kesempatan pergi toilet. 

boleh brain x bende pe ni?? skrin yg menunjukkan toilet mane yang kosong mne yg de org..bapak canggih!

Sekejap jer berhenti dalam 10 minit jer then sambung perjalanan ke Kyoto. Dalam kol 6.30 pagi bas berhenti kat satu tempat and aku tengok ada beberapa orang turun. Eh dah sampai ker sebab aku tak nampak batang hidung stesen bas pon. Rupanya memang kat situ stop untuk Kyoto, tepi jalan jer. Nama tempatnya Gion Shijo, Betul2 tepi sungai. Mula2 cam blur jugak tapi follow je orang2 yang turun tadi ke jambatan depan. Then baru aku dapat gambaran mana arah yang dituju sebab dah google map siap2. 


Gion Shijo St


Di Kyoto, kami stay di Khaosan Kyoto Guesthouse. Dekat dengan Shijo Kawaramachi St. I dont know why, but i really like the name of Shijo Kawaramachi. Unique! GH ni memang strategik. Walking distance to Nishiki Market, Gion and boleh jugak jalan kaki ke Kiyomizudera Temple. Dari Gion Shijo St , kami menapak jer ker Khaosan GH dengan bantuan map yang aku screenshot siap2.


Nampak biasa jer dari luar tapi dalam superb.. terbaik!
Oleh kerana kami sampai sebelum waktu check in, maka merempat la kat luar dulu. Tapi yang syoknyer leh layan wifi GH, minta pasword dgn guest yang keluar , tapi kami punyalah betul senduk tak tunggu kat dalam sebab takut. So sambil menunggu owner datang sambil update kat fb, instagram, twitter etc. 


 Dalam kol 8  baru owner datang then terus masuk dalam. Tak boleh check in lagi sebab bilik tak ready lagi so kami minta izin untuk tumpang toilet dan shower. Bayangkan aku tak mandi hampir 2 hari so memang amik peluang la mandi sepuas hati. Then, kami tumpang kitchen sekali untuk breakfast.  Dalam kol 10 pagi baru kami gerak ke destinasi pertama untuk hari ini iaitu Arashiyama.

Route ke Arashiyama:
Shijo Kawaramachi St - Katsura ( transfer) - Arashiyama  - (220Yen)

 Keluar dari station jalan terus ke atas ikut crowd manusia yang menuju destinasi sama.

Actuallay main attraction kat Arashiyama ni ialah Bamboo Grove Forest. Nak juga tengok dengan mata kepala sendiri rupa Bamboo Forest ni. Tapi ada juga attraction lain iaitu Sagano Romantic Train. So meh layan pics!

Sebelum sampai Bamboo Grove Forest, jumpa Togetsukyo Bridge dulu. One of the attraction area Arashiyama. 








Dari bridge jalan terus & ikut ke signboard Bambo Grove Forest.


Banyak kedai souvenier sepanjang jalan ke Bambo Forest tu. Sempat la rembat jugak bookmark paling murah.

terserlah kecantikan asli. without make up tebal2. setiap kali tgk org pkai kimono tiap kali tu sedar diri dah brada di Jepun
Dah penat cuci mata baru la jumpa si Bamboo ni, kena masuk lorong kecik. besar jugak tempatnya. Lenguh jugak la menapak.





eh Matsumoto Jun la!









Sepanjang merentasi Bamboo Grove ni memang tak putus2 dengan manusia. Memag ramai.. puas cari spot bergambar yang takde orang, tapi jangan harap la..so bertabah jer la..

Next destination : Sagano Romantic Train

Keluar balik dari lorong Bamboo Grove ni akan ada signboard ke Sagano Romantic Train. Lebih kurang 5 minit menapak. Tapi entah cane kami boleh sesat jugak awalnya coz signboard agak keliru. Tapi alhamdulillah jumpa jugak.

Kami amik ticket from Arashiyama St ke Torokko Kameoka St dengan rege 620 Yen /Pax.
Aku pon tak tau kenapa train ni dipanggil train romantic , sebab bagi aku train ni cam train bese tapi yang menariknyer train ni akan menyusuri sungai Hozugawa yang trkenal dengan kecantikan air yang berwarna turqoise. Pemandangan sepanjang jalan selama 25 minit tu sangat2 cantik. Maybe sebab tu la romantic kot.











Then dari Torokko Kameoka St, kami menapak ke Umahori St untuk amik JR Line ke Kyoto Station. Lebih kurang 5 minit je menapak melalui sawah padi.



Dari Umahori St amik JR line ke Kyoto St dengan fare 320 Yen. Then dari Kyoto St ke Fushimi St untuk ke Fushimi Inari. Tempat ni antara tempat yang wajib jejak if ke Kyoto.


Fushimi Inari is the most important of several thousands of shrines dedicated to Inari, the Shinto god of rice. Foxes are thought to be Inari's messengers, resulting in many fox statues across the shrine grounds. Fushimi Inari Shrine has ancient origins, predating the capital's move to Kyoto in 794 - Japan Guide

Extrance fee  free jer. Ramai jugak umat manusia kt sini.







Kami sekadar jalan2 kat bawah jer sebab dah tak larat nak mendaki ke atas. Dari sini kami ambik hankyu line ke Shijo Kawaramachi. Sempat singgah dinner di kedai mee area guesthouse. Nasib baik Guesthouse ada provide info pasal restaurant yang muslim friendly. So senang la nak cari makan kat sini.


mee soba pecah telur. 650 yen
 Abes makan mana reti nak balik awal. Merayap la dulu area shijo Kawaramachi tu. Sempat singgah kedai komik Jepun. Saje tengok2.


Then dah malam sangat baru la reti pulang ke pangkal jalan. Sampai Guesthouse pon takde tido lagi , lepak2 lu kat living hall sambil guna PC guesthouse transfer pics. Yang kelakarnyer PC seme dalam bhs Jepun tapi K.didi berusaha mengodek PC & transfer pics dengan jayanya tanpa alih bahasa. Dah setel semua, membungkang la kami bertiga. Oyasuminai minnsan!

p/s: peram punyer peram hasil tak seberapa pon. Sekadar update je takut nanti lupa da.