Tuesday 23 August 2016

Travelog Japan : Summer Trip Day 6 : Osaka

Assalamualaikum...
Selamat berpuasa semua !
Punyela lama bercuti dr update blog.. dah setahun pon usia trip tak jugak habis update..kekdahnyer malas nak mati..Segala kisah pon banyak lupa dah..

6 June 2015

Untuk hari ni dan esok aku akan pusing2 sekitar Osaka jer sebelum balik ke Malaysia. So setelah mengambil kira segala perbelanjaan aku memilih untuk beli 2 Days Osaka Amazing Pass di mana pass ini valid untuk penggunaan 2 hari untuk public transport dan juga termasuk sekali dengan free entrance ke tempat2 menarik sekitar Osaka.


Pass ni berharga 3000 Yen & boleh digunakan untuk 2 hari berturut2. Pass ini valid untuk train, subway & bus dan juga sebagai pass masuk ke tempat2 attraction. Untuk info yang lebih lengkap boleh google. Nanti aku ceritakan  ke mana aku sampai dengan menggunkan pass ni. oh lupa nak bagitau aku beli pass ni di Namba Tourist Infromation Centre, Untuk beli pass ini, tourist perlu tunjukkan pasport masing - masing. 

Osaka Castle ( fee : 600 Yen without pass)

How to go : The closest st is Tanimachi 4 - Chrome St ( Chuo Subway Line)


1st tempat aku jejak dengan pass ni. Keluar dari station aku redah ikut map. agak jauh la jugak menapak. tapi alhamdulillah sampai. 








Osaka Museum of Housing and Living ( fee : 600 yen without pass)

How to go : Subway Tenjibashisuji 6 -chome (exit No 3)

The Osaka Museum of Housing and Living is a remarkable facility located in the northeastern part of the Kita Area. The museum has re-created buildings and streets that show what life was like in Osaka in the past. A model of the entire city during the Edo Period, the only one of its kind in Japan, is housed in the building. Visitors can learn all about Osaka's development, experiencing via interactive exhibits the different ways of life in the city during different periods of its history.- tepek je dari Osaka info.

Kat sini juga anda berpeluang untuk pakai kimono dengan harga 200 yen. Tapi queue ya ampun ramai, so bersabar je la tgu turn anda. Kena amik nombor bagai sebab terlampau ramai manusia.








Tak suka kimono ni , redha je sebab takde choice.
 For me, tempat ni adalah tempat wajib pergi di Osaka coz boleh bagi gambaran tentang kehidupan zaman edo yang agak klasik and traditional. And kat sini jugak boleh melaram dengan kimono dengan harga yang agak murah.
Next, 

HEP FIVE Ferries Wheel (fee : 500 yen)
How to go : 5 min walk east from the subway Midosuji Line Umeda Station, about 5 min walk north from the subway Tanimachi Line Higashi-Umeda Station or Hanshin Line Umeda Station, about 3 min walk east from Hankyu Line Umeda Station. - source google, sebab aku dah lupa dah aku ikut route mane.

layan la ferries wheel sorang2 semata2 nak maximizekan penggunaan pass ni. 








Dari sini terus balik ke hotel untuk solat. Konon nak keluar balik ke Dotonbori kot2 la ada konsert free ker. Tapi kalau dah balik bilik , malam plak tu memang malas la nak keluar balik. Nak2 sensorang, kalau ada geng harus keluar lagi. Travel alone is so lonely. I dont like it ! Ha ha ha.

So pass tu aku sambung guna untuk esok hari, 
to be continue......


Saturday 23 January 2016

Travelog Japan :Summer Trip Day 5 ~ Kobe

welcome back zura!
5 June 2015

Hari ni aku terjah Kobe  and spent 1 hari kat sana. Alkesahnya, Kobe tak termasuk pon dalam perancangan aku coz aku nak fokus di Osaka jer. Tapi,  kebetulan masa di Kyoto terjumpa sorang kenalan baru, Fiza yang travel solo.Then, aku risik2 plan die kebetulan die pon stay di Hotel yang sama di Osaka and aku decide untuk follow die ke Kobe. Memang tak rugi ke Kobe, very nice place. 

Kami keluar seawal pagi dari Hotel Toyo ke Shin Imamiya Jr Station.Then amik JR line ke Osaka Station ( 180Y). Then kene kuar dari Osaka Station untuk Ke Osaka Hankyu Line Station. Actually bole jer amik JR line trus ke Kobe tapi kononnya nak save budget kan menapak la jauh sikit. The amik Hankyu Line then stop at Kobe Shinomiya Sation (320 Yen ). Kalau amik JR Line fare 710Y. So bleh save 210Y. 

Osaka Hankyu Line Station
Kalau tak silap perjalanan dari Osaka ke Kobe lebih kurang 1 jam. Keluar je dari Sannomiya St, aku follow je Fiza cari Information Centere. Actually i have no idea about Kobe, aku tak search pon tempat menarik ke ape so aku dengan patuhnya follow je Si Fiza. Hehhehe. Loser betul. After refer map kt tepi jalan tu then jumpa jugak Tourist Info Center tu.






So our 1st stop is, Kobe Earthquake Memorial. Take city bus 101 (210 Y) to HAT Kobe, dalam 15 minit. Kalau tak silap stop at Earth Museum Station. Dah lama sangat , aku pon dah lupa.


The Earthquake Memorial Museum, part of the Disaster Reduction and Human Renovation Institution, was opened in 2002 to commemorate the tragic event and to educate visitors aboutearthquakes and disaster prevention. The museum includes a large screen theater with realistic images of the earthquake's destructiveness, a documentary film about the recovery process, lots of information about the earthquake and various interactive games about disaster prevention. - Japan Guide

Fee entry, 600 JYP ,tapi  kami bayar dengan harga discount sebanyak 480 JYP shj dengan coupoun discount yang kami ambik di  Kobe  Info Centre tadi.





Earthquake demonstration by pak cik ni. 

Kat sini anda boleh merasai suasana sebenar ketika earthquake tu berlaku. Agak menakutkan jugak. Then kami disajikan dengan video selepas kejadian berlaku. Agak menyedihkan jugak tapi boleh plak aku tertidur sebelum endingnyer. Sabar jer la. Yang bagusnya tentang Kerajaan Jepun ni, dorang cepat2 recover after kejadian tu and dorang fikirkan solution untuk mengatasi sekiranyanya berlaku lagi keadaan begitu. For eg, dorang cipta teknologi untuk pastikan rumah yang tahan gempa bumi. Actually aku pon tak reti nak explain kat sini , but aku memang impressed la jugak. Kalau kat Malaysia banjir berlaku tiap2 tahun, tapi still jugak rakyat kene hadap benda yang sama every year. I think kerajaan should think of long term solution untuk atasi keadaan banjir tu. Then dari sini kami balik ke Sannomiya Station amik bus 101.

Then dari situ kami amik City Loop Bus ( 210 JYP) untuk ke Masjid Kobe. Berdasarkan penerangan kakak kt Info Centre tadi, kami perlu turun kat Stop 8, Kitano Keister Garden. Keluar dari gate garden tu jalan terus dalam 3 minit then akan nampak Masjid Kobe ni.











Kami mengambil peluang ini untuk terus solat jamak zohor dan asar. Semasa solat, kami berkenalan dengan seorang mbak dari Indonesia yang sangat baik hati. Mbak Suwarti namanya. Mbak Suwarti bekerja di Hospital di Himeji sebagai seorang nurse, dah 7 tahun da stay kat Jepun ni. Kagum aku, dah la fasih berkomunikasi dlm bhs jepun. Mabk offer untuk bawak kami jalan -jalan sekitar Kobe ni, apalagi kami pon stuju je lah kan. Rezeki jangan ditolak. Mbak minta kami tunggu kat luar sebab die nak tunggu solat Asar dulu. So kamipon p melepak kedai yang jual barangan harian yang halal milik seorang warga arab yang berkahwin dengan wanita Jepun.









Budak -budak balik sekolah. beg sepesen jer..kawaii..

Then dari masjid Kobe Mbak bawak kami ke Kobe Harbourland.


On  da way ke train station, singgah Kobe Halal Food.

Then, Mbak Suwarti belanja makan mee udon sebelum prgi ke Kobe Harbourland. Arigato Mbak! Murah rezeki kami hari ni. Kami makan kat satu kedai dalam Sannomiya Station.



memperkenalkan Mbak Suwarti yang baik bangat!!


Fiza, travel sensorang je , salute!
Then dari sini kami terus ke Kobe Harbourland. Actually bukan pg ke Harbouland pon sebaliknya Mbak bawak kami ke satu mall and amik pic dari situ jer.By the way , the view ohsem la jugak.





Then, Mbak Suwarti hantar kami ke train station untuk kami balik ke Osaka. Mbak Suwarti plak terus balik ke Himeji. Amik JR line dengan fare 710 Yen, terus ke JR shin Imamiya St. Hari ni memang akan jadi satu kenangan indah buat aku coz dipertemukan dengan orang baik - baik seperti Mbak Suwarti dan Fiza. Semoga ukhwah yang terbina terus terjalin sampai bila - bila. Sangat terharu dengan kebaikan Mbak Suwarti. Semoga ada rezeki untuk jumpa lagi.