Sunday 16 November 2014

Travelog Korea 3 : Autum Trip 2014 : Day 4 ~ Namdaemun Market ~ Itaewon ~ Dongdaemun

20 September 2014

Its Shopping Day !!!
Nasib baik la bila aku bangun pagi tu, badan dah sihat da.. Bahkan lagi semangat.. Semangat shopping le tu...hehehe..
So 1st place aku bawak dorang pergi shopping kat Namdaemun Market. Untuk ke Namdaemun Market ni, just cross jalan je dari guesthouse tu. 1st , pergi shopping brooch dulu kat dalam bangunan E- Lengdang tu & of kos la kat kedai ahjumma kegemaran aku tu. Kedai no 209. Aku siap pesan lagi kat ahjumma tu bagi murah -murah je kat kawan- kawan aku ni & yang paling best banyak jugak aku dapat free sebab bawak ramai ke kedai dia. Kamsahamida ahjumma, next year aku datang lagi..hehehhe.. Oleh kerana kami ni dalam group yang ramai so aku divide into 2 groups. Satu group stay kat situ dengan Umrah then aku bawak satu lagi group ke bangunan sebelah untuk shopping souvenier. Rupanya kalau beli kat atas tu lagi murah compare to beli kat kedai2 dalam pasar kat bawah. Assa! so lepas ni aku da tau dah mana nak bawak tempat shopping untuk next trip. Kebetulan terpergi kat kat kedai ahjumma yang super duper murah  & banyak jugak aku dapat diskaun. Ayat sikit dalam Hangul yang berterabur terus bagi banyak diskaun. Nak-nak tu aku bawak ramai jugak kawan. Untung besar la makcik tu untuk hari ni.

Then da setel kat sini, bawak pulak dorang pergi shopping T-shirt I Love Korea , 3 helai 10 000 won. Punyerlah banyak ahi group borong. Maklumlah banyak la kiriman untuk sanak saudara. Aku tak beli pape sangat kecuali baju cute-cute untuk anak- anak sedara aku. Brooch & souvenier pon aku beli sikit je untuk mak & kakak2 aku jer. 

Cam takde tempat len nak pose..sambil tunggu ahli group bershopping..

Then dari sini , kami menuju ke Itaewon untuk lunch & solat Zohor jamak Zohor & Asar.
Route:
Hyeohyeon St ( Line 4 ) - Transfer at Samgakji St ( Line 6 ) - Itaewon St ( Exit 3)

Untuk lunch aku bawak dorang makan kat Murree Restaurant. So dorang boleh pilih nak makan Korean food or makan nasi. This time aku order bibimbap untuk aku. Tak muak dengan bibimbap. Tu je yang aku reti makan. Ada anak akak tu order Bulgogi..erm sedap jugak rupanya. 


 Bibimbap untuk aku, Bulgogi untuk Bella.. Bella ni anak cikgu sekolah aku merangkap murid aku..heheh. Untungla Bella, kecik lagi dah jejak Korea. Aku ni puas  menabung baru boleh keluar dari Malaysia.


Dah kenyang isi perut, then aku bawak dorang pergi solat kat Masjid Seoul. Memang penat jugak la menapak ke atas tu. Bila ke Korea ni, barulah kita keluar dari zon selesa. Kalau di Malaysia seboleh-bolehnya nak park kete depan tempat yang kita nak pergi tu. Punyer la sayang lemak- lemak tu dari terbakar. Kalau kat sini, semua tempat yang nak pergi tu kena jalan berkilometer. Memang tercapai la misi sehari 10 000 langkah.



Some people think that if ke Korea tak datang sini pon tak pe. Tapi aku seboleh-bolehnya nak bawak dorang datang sini sebab nak tunjuk satu-satunya masjid kat Seoul ni. Memanglah masjid ni biase-biase je design tapi yang penting kalau nak tengok pusat perkembangan islam di Seoul ni kat sini la tempatnya. Bermacam-macam bangsa tapi satu agama. Dan kat sini banyak kedai-kedai makan  yang confirm halal tapi of kos la harga agak mahal. Sekali sekala boleh la makan kat sini tapi kalau tiap2 hari mau bankrap jugak.  Lama jugak la lepak kat masjid ni. Dalam kol 4 baru gerak dari sini. Konon nak bawak dorang pergi ke Kwangjang Market untuk shopping cotton. Then baru aku teringat yag Kwangjang Market tutup kol 5 ptg. Kang kalau pergi dah tutup plak. So cancel Kwangjang Market then aku bawak pergi Dongdaemun Shopping Complex. 

Route Itaewon - Dongdaemun:
Itaewon St - Samgakji St ( Transfer Line 4 ) - Dongdaemun St ( Exit 9 )

Jeng..jeng ..jeng, bila sampai sana tengok seme kedai pon dah tutup. Then, bila tanya orang kat situ rupanya kalau hari sabtu dorang buka half day jer. Memang pelik kan kat Korea ni , kalau kat Msia hari minggu la orang amik peluang berniaga tapi kat sini sabtu & Ahad memang kedai tak buka . Maybe dorang amik peluang spend masa dengan family di hujung minggu. Then, aku bawak dorang pergi Doota jer. Tu pon dorang tak nak masuk just duk lepak kat luar jer sementara nak gi dinner Ikan bakar kat Honam Jib. Aku pon pergi la cuci mata kat Migliore tu. Boleh tahan murah juga rege baju - baju kat situ. Standar 10 000 - 15 000 won. Affordable la. Tapi aku tak membeli pon sebab kejar masa. 

Then dari situ gerak ke Dongdaemun Ikan Bakar. Kali ni aku masuk Honam Jib plak sebab dalam blog yang aku pernah baca cakap sotong kat situ sedap.. Last year aku try  kat Jeonju Sikdang. Ahjumma tu memang dah tau kami nak makan apa. Xyah bagitau..Nampak sangat ramai Malaysian makan kat situ. Set ikan bakar + sotong pedas..Memang sedap sotongnya. 




Pic ikan bakar + sotong tak sempat snap dah kene ngap.. Satu floor diconquer oleh rombongan Mak Jemah ni. Bising tak henggat!  Alhamdulillah hari ni cukup makan, breakfast kat GH, lunch kat Itaewon & Dinner kat Dongdaemun. Geng2 laki ni mana boleh tak cukup makan. Kalau geng perempuan ni tak kesah sangat kalau makan 1 kali sehari pon. Tapi dorang ni asyik tanya jer bila nak makan..hehe..sabar je la aku. Sebab tu seboleh2nya kene cukupkan jugak 2 kali makan untuk sehari. 

Then dari sini terus bawak dorang balik GH untuk rehat. Malam ni last untuk aku & geng cikgu-cikgu tu. So aku & Umrah sempat lagi pergi meronggeng kat Myeondong. Memang tak reti penat neh !. Cuci mata sebelum balik..Hehe.. Esok pagi-pagi plan nak bawak dorang ke Kwangjang Market untuk shopping cotton tapi ada pulak drama lain yang menunggu... Erm .. Esok la baru citer.. So sampai sini la je kesah untuk hari ni. 
Till then ..wassalam.....





No comments:

Post a Comment