Thursday 27 August 2015

won oh won!

short update..

Korean won semakin dasyat nek! 1000 won = rm3.60..adoi..mana nk cekau duit untuk trip winter nanti.. Please Gov, do something!

Monday 17 August 2015

Travelog Japan : Summer Trip 2015 ~ Departure & Arrival ~ Day 1



Holla, sebelum aku ceritakan kisah departure aku nak share skit pengalaman aku semasa ke Jepun. 

Why i'm falling in love with Japan?




1. From my eyes, Japan is so so so beautiful, not only the sceney and country but also the people.      Attitude A+.. Helpful and sangat2 bersopan dan beradab.
2, High tech toilet. Most toilet berbidet. Siap nk flush gune sensor jer.
    Tak perlu bawak botol air & wet tissue.
3. Japan is not suitable utk shoppaholic . Most barang mahal even souvenier. Tshirt i love japan pon
  da 30 hinggit sehelai. Compare gan Korea RM30 tu dapat 3 helai. Fridge magnet pon mahal.Fashion
   pon tak up to date sgt cam Korea. Baju2 biase  pon mahal. So boleh save bajet bab shopping.
4. No kissing at public which aku rasa bagus sangat. Masih lagi mengekalkan sifat malu untuk buat
   bende2 tak senonoh depan public. Dressing pon sopan jer. Most perempuan bersluar jeans , tak
   ramai la yg aku jumpa pkai skirt pendek tu.
5. Transport system terbaik and complicated. Banyak sangat pilihan so we have to decide which one
   suit our budget. And sangat2 punctual. Kalau terlepas subway tu tak perlu tgu lama2, kejap jer
   datang yang lain.
6. My favourite place is Kyoto. Very nice, calm and make u feel different.
7. Lelaki Jepun lebih handsome compare to korean. Sorry Korean. Hahahah. Pompuan Jepun pon
    lebih terserlah kecantikan aslinya. Aku perasan mata japanese besar sikit compare korean sepet.
8. They trust their customer. Layanan tip top, tak kira kat kedai, restaurant or airport. Ada sekali tu,
   aku balik dri osaka airport and aku tak amik check in luggage. Padahal beg aku tu terlebih 3kg,
   punyalah nebes takut overweight. Tapi , staff airasia tu langsung tak timbang and trus bagi boarding
   pass aku when aku cakap aku takde check in luggage.Takde la dia nak timbang per cam kat certain
   tempat yang aku pergi.
9. Limited English. They are really proud to speak in their language. Sampaikan aku terkejut jugak
   sebab ada budak sekolah 14 years old tak tahu langsung when i ask about their age. Tapi language 
  bukan penghalang, we can still communicate even dah macam ayam & itik. hahhaha. but i love it. 
  Satu cabaran buat aku. So aku nasihatkan sesape yang nak ke Jepun , sila belajar basic conversation,
   its really helps a lot.
10. A very safe country. Tak takut pon jalan sorang2. Kalau kat KL takdenyer aku berani jalan 
    sorang2. Budak2  kecik2 pon prgi sekolah nek train sendiri.


31 May 2015

Semalam dah penat bersukan, berjemur tengah panas, spoil ler pic aku kt Jepun nanti, muka dah sunburn. Pagi2 semangat bangun, dah janji kol 11 gerak ke airport coz flight kol 2.30 ptg. Even dekat jer umah kak aku dengan KLIA2 tu tapi aku memang jenis yang tak suka ambik risiko. In case anything happen, tak ke haru. Then adik aku hantar terus ke airport, sampai je terus ke boarding gate. Konon nak tukar boarding pass cantik kat Kaunter tapi takde plak staf Airasia. So redha je la dengan printed boarding pass. Sblm board sempat solat jamak zohor asar so that tak yah susah2 solat dalam flight. Ramai jugak malaysian boarding sama2 tapi most chinese, Malay boleh kira dengan jari jer. Actually aku nervous jugak sebab 1st time nek flight sorang2 untuk long distance. Kalau takat balik Ganu tu tak kesah sangat ni 7 jam lam flight nak buat per sensorang. Bila fikirkan nak tido airport  sorang2 bila sampai nanti lagi la aku nebes. Tapi redah jer la.

Macam biase, aku membuta jer sampai la cabin crew edarkan arrival card. Isi and terus simpan lam beg. Senang. Tak yah kelam kabut nak isi kat sana. 


Then, dalam kol 10.30 p.m, local time flight selamat landed at Haneda Airport, Tokyo, Jepun. Walawei...akhirnya tercapai jugak impian aku nak jejak bumi Jepun. My 1st country that i dream to jejakkan kaki. Tokyo, here i come! Immigration clearance run smoothly, line pon tak panjang sangat, officer baik and handsome. Senang hati. Keluar dari Arrival hall terus ke level 2 untuk cari prayer room and aku plan nak cari tempat tido area situ je senang untuk solat subuh nanti.Aku memang dah plan tak nak check in guesthouse atas 3 reason. 1. save bajet. 2. aku takut tak sempat nak kejar last train sebab sampai sana malam. 3. Aku tak confident nak cari guesthouse memalam buta cmtu. kalau sesat lagi haru. So better, aku stay airport jer and the next day baru amik train ke guesthouse tempat member aku stay. 

Sebelum solat, usha toilet dulu, nak tengok tahap mana kecanggihan toilet  di Jepun seperti yang diwar2kan. 

Terbaik!bersih and selesa sangat. main tekan2 jer


Tempat berwuduk


Prayer room at Haneda Airport, Level 2. Arah kiblat disediakan.
Selesai solat, terus cari port tido. depan prayer room da penuh, nasib baik ada lagi bench kosong near to prayer room. toilet pon tak jauh sangat.


Its quite comfortable stay overnight at Haneda Airport compare to Melbourne Aiport last year. Banyak bench disediakan,so boleh berlunjur dengan selesa after 7 hours in flight. Tapi memang tak lena tido pon, layan Hp jer. And yang bestnyer free wifi provided. Confirm la Zura oi, Jepun kot

1st June 2015

Dalam kol 6 pagi, start my journey to meet my travelmates at Asakusa. There 2 option. Whether tru Tokyo monorail or Toei Asakusa Line. Aku sangat2 confuse which line nak pilih, then after aku kira2 bajet so i choose Toei Line which cost me 620 yen and no transfer at other station. Lagi senang. Tapi aku kena menapak jauh untuk ke guesthouse dari station compare to Tokyo Monorail. To be honest, aku memang tak hadam lagi transport system kt Tokyo , men redah jer sb system kat Tokyo memang sangat complicated. So just hope aku dapat sampai dengan selamat.For your info, setiap jenis train kt Tokyo ni station xsama, for example ada tsukuba expresse,Toei line, ginza line so station pon lain2 even tempat yang sama. Means ada toei asakusa station, ginza asakusa station. Xfaham ek?? sila gugel.. as usual aku memang fail bab2 in giving details explanation. 

ticket cenonet jer. Possibility utk cicir tu mmg ada. 

So, keluar je dari station tu , aku refer jer pada pada untuk ke Khaosan World & Ryokan Guesthouse. Kalau dari Toei Subway line ni memang jauh giler la menapak. Station paling dekat Tsukuba Express tapi mahal skit. Nasib bek dengan bantuan local people aku berjaya jugak sampai sana then meet up with my travelmates, K.Didi & K. Ezly. Actually this is my 1st time travel dgn depa berdua, sebelum ni kenal masa trip ke Korea, kebetulan kami stay di Guesthouse yang sama di sana so start dari tu la contact2. Kalau dah jiwa traveller, dengan sape2 pon insyaAllah boleh ngam & kebetulan k,didi ni cikgu jugak so lagi senang la nak ngam. Guesst what, K.Ezly ni plak kawn childhood kakak aku & kiteorang tau pon masa kat Jepun la. What a small world!

So tumpang tukar baju kat GH, breakfast simple2 then terus gerak ke our destination. Bawak luggage siap2 simpan kat coin locker kt Tsukuba Express Station sebab malam nanti nek bas ke Kyoto plak. See, aku  sempat spent one day je kt Tokyo tapi nak buat cane, kita merancang Tuhan yang menentukan, redha je la.

Sensoji Temple

1st stop. Singgah di Sensoji Temple . Dekat je dengan Khaosan Guesthouse. Antara attraction len nearby are Nakamise Street, Karimon Gate and Sumida River, Skytree pon dekat jer leh jalan kaki jer. Tapi tak sempat singgah.





asal usul selipar jepun


Sumida River & Hotaluna Cruise

Next, nak try Hotaluna Cruise untuk ke Odaiba. Cost = 1560 Yen.Ada yang lagi murah dari Hotaluna ni tapi kami saja berlagak cam orang kaya try yang paling mahal. Kat Jepun ni semua service or kedai beroperasi kol 10 pagi. Dek kerana masih awal pagi so kami lepak2 area Sumida River. Even still early summer tapi boleh tahan jugak panasnyer. Perit jugak muka. Memang betul2 the land of rising sun la.



opss bukan yang ni...


ini dia! mewah kan? ceh!
Hotaluna amik masa lebih kurang 50 minit untuk ke Odaiba. Pergi by Hotaluna, balik nanti nek train. Kopak kalau amik 2ways..hehehe.



inside..

Odaiba City

Dari Waterbus Jetty tu terus bergegas tuju Gundam tu. Agak jauh jugak berjalan dari Jetty tu. Odaiba ni adalah pulau kecik buatan manusia. Banyak shopping complex.



berlatar belakang Fuji Television

Sekitar Odaiba City....


Gundam !
Da puas bergambar dengan si Gundam ni , masuk Diver City. Kakak aku kirim Crocs. Harga kat sini lebih murah compare dengan harga di Malaysia. Beza dalam RM100 jugak. Aku tak beli pape pon untuk diri sendiri , harus la berjimat baru 1st day kot.


Next, tuju Statue of Liberty ni. Kalau nak harap sampai New York belum tentu lagi kan, so kat sini pon jadi la. Tapi mood berposing tu kureng sikit sebab panas yang amat. Ambik sekeping dua pon jadi la. Then dari sini menapak ke Monorail Yurikamome Line untuk ke Shibuya Crossing plak.Kalau ikutkan banyak lagi tempat boleh singgah, tapi sebab kejar masa so sekejap pon jadila.

Shibuya Crossing

Then dari Odaiba kami bergegas ke Shibuya. Memang aku da request siap2 untuk masukkan Shibuya dalam itinerary hari ni. Fyi, Itinerary di Tokyo 100 % aku serahkan pada K.Didi & K.Ezly coz aku sempat spent one day je kt Tokyo. After confirm aku tukar date, tu terus hilang mood nak study pasal Tokyo. Terkilan punya pasal.

Odaiba - Shibuya
Odaiba - Shimbashi - Shibuya ( Yurikamone Line - 490 Yen)

Keluar dari station tu blur jugak nak tuju ke mana, then tanya direction kat 2 3 org japanese ni bru smpai tempat dituju. Tips,  sila tanya arah Starbucks jangan tanya shibuya crossing, dorang pon tak tau.



Betapa ramainya umat manusia. Kalau nak dapatkan view yang cantik smasa manusia2 ni cross boleh masuk starbucks tu tapi kami xcukup masa so sama2 men cross 3 or 4 kali. Kejap jer da penuh manusia kat sini. Tak tau la dari mana muncul. Its really fun and enjoying. U have to try urself, i dont know how to explain  the feeling been there.




Hachiko Statue, trademark Shibuya. Alkesahnya, pada masa dahulu ada seekor anjing bernama Hachiko yang sangat setia pada tuannya. Tiap2 hari dia akan hantar tuannya ke stesen adn tunggu balik kerja, sampailah tuannya meninggal dunia namun dia masih lagi setia menunggu di tempat yang sama. Ada movie pasal Hachiko ni namun aku tak pernah tengok. Dengarnya memang touching betul.




Then dari Shibuya , kami menapak ke Harajuku. Tanya direction kat Information Centre, auntie tu cakap jalan terus dalam 10 minit. Jangan tertipu! 10 minit dorang equal to 30 minit kita. Sempat la berpeluh ketiak. Sampai kat Stesen , cari arah ke Takeshita Dori (street). Nak try Harajuku Creepe plak.



Takeshita Street ni adalah pusat remaja memperagakan fesyen2 pelik & extreme. Kat sini banyak2 kedai2 yg jual costume pelik tapi kami tak sempat nak sevey cz kesuntukan masa. Biase wekend b boleh tgk remaja dengan costume pelik2, kebtulan hari ni isnin so tak ramai la jupe. Adalah sorang dua tapi tak pelik sangat. 


 Jalan sikit, terjupe Harajuku Creepe. Haruslah la try,.


Ours. Aku pilih filling cheese cake and chocolate. Rege 470 Yen.Dah siap tu terus jalan balik ke station untuk ke Ameyoko Street. Kakak berdua tu nak beli souvenir. Kami kene cepat sebab malam nanti dah nek bas ke Kyoto.So harus kejar masa.


Harajuku Station

Untuk ke Ameyoko Street, amik Jr Line Yamanote ke Ueno Station ( 200 Yen). Tanya kat info centre how to go to Ameyoko Street and follow crowd manusia ramai2 tu. Dalam 10 minit jugak menapak. Takde ape sangat just beli sedikit souvenier.



Aku beli seketul rege 400 Yen and 1 pack ( 3 ketul ) , 378 Yen


Aku tak suggest korang beli souvenier kat sini if korang plan ke Kyoto. Kat Kyoto lagi murah. Tshirt kat sini 1000 Yen, kat Kyoto boleh dapat 800 -900 yen. 100 Yen - RM3.17

Then dari sini terus balik ke Asakusa untuk amik beg & dinner. Ueno - Asakusa (Ginza Line - 170 Yen).Sempat lagi menyinggah di Nakamise Street. Kat sini pon boleh tahan mahal souvenier. Pendek kata souvenier memang mahal la kat Jepun. Kalau nak shopping beria tu xmampu la untuk cheapskate cam aku ni. Setakat beli Fridge Magnet 2 3 ketul and tshirt 2 3 helai.




Dari sini terus ke Tsukaba Express station amik beg, then terus ke Restaurant Upin Ipin untuk dinner. Restaurant ni dekat jer dengan Khaosan Guesthouse , tak sampai 5 minit pon menapak. Aku tumpang solat sekali. Aku pilih Chicken Curry and Rice, total 700 Yen. Sedap jugak la , kena dengan tekak aku ni. Opss aku memang xcerewet bab makan. Boleh je sumbat seme.



Nampak cam simple jer kan tapi not bad la. Tapi ayamnya sikit jer, kuis2 jupe 2 3 ketul yang kecik. Satndard la tu.
Dalam kol 8.00 malam kami gerak ke Shinjuku Station untuk nek Willer bus ke Kyoto. Book online, 3 bulan sebelum. Rm150 one way. Kalau ikukan bas kami kol 11.00 malam tapi harus gerak awal risau jugak if tersesat ke ape ke, so better amik langkah selamat.

Asakusa - Shinjuku Bus Terminal 
Asakusa - Ueno Hiroji ( Ginza Line - 170 Yen) - then jalan ke Ueno Ochikimachi St transfer (Toei Line - 220 Yen)- Chamae St. Keluar Exit A6 , then masuk ke Sutomo Building then amik escalator ke atas , then jumpa Willer Bus Waiting Room.

Fuh! Selamat. Dengan bantuan map dari Willer Website berjaya sampai jugak. risau jugak if tersesat, then tertinggal bas. Memang naya la.. Pernah baca experience Backpacker Busuk yang tertinggal bus then kene beli ticket len.



Uniknya, bas express dorang bukan beroperasi di station bus betol cam kat Malaysia ni. Ada tempat tertentu yang dikhaskan sebagai terminal dorang. Hampir sejam menunggu, tepat kol 11.00 malam, bus bergerak menuju ke Kyoto, What a long day! Aku ape lagi, membuta jer la dek kepenatan yang amat. Pecah rekod, hampir 2 hari tak mandi!





Dapat seat belakang skali. Even amik standard seat jer tapi alhamdulillah selesa & boleh tidoq lena. Nite minnasan! Boleh tgk review psl bus ni kat Willer Web. For me, option ni paling terbaik if korang nak save bajet bab transport. Nanti aku akan share bajet transport dimana boleh save banyak compare to  beli JR pass  tu.

Sayonara Tokyo! One day mesti repeat Tokyo lagi.