Sunday 25 January 2015

Travelog Melbourne : Summer Trip ~ Day 2~ Philip Island

Ya Allah super duper busy...
kalau kt sekolah awal2 tahun camni memang busy sesangat. dengan sistem online macam2, borang yang macam2 kene isi, bertabah je la..dah rutin kerja kan..
that why  baru sempat  hapdet trip Melbourne Day 2.sabar je lah..hehhe..ni pun curi2 guna wifi sekolah..hihi..

2 Disember  2014

 Bersambung untuk day 2. Kalau ikut itinerary asal, sepatutnya hari ni kami ke Great Ocean Road. Aku da book pakej GOR dengan Melbourne Australia Tours siap2 sebelum datang sini and 2 minggu sebelum datang aku dah email untuk confirmkan. Then pada hari kejadian kami da siap2 tunggu depan hotel dalam kol 8.30 pagi tapi orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Tak senang duduk dah aku. Then Umrah suh aku kol Uncle Collin tu (person who incharge). Then boleh die bagitau ada masalah dengan sistem email and tak dapat detect booking kami. Aik?? pelik betul , 2 weeks before ok jer die reply. Erm, so trip ke GOR cancel  tapi die boleh arrangekan trip ke Philip Island kol 11.00 pagi. Then kami pon on je la ..Nak buat camne dah tak de rezeki ke GOR hari ni. So, trip ke GOR ditunda esok hari. Sementara nak tunggu kol 11 tu kami merayau2 dulu area CBD. Gigih jalan kaki jer.

Petaling Street pon ada kt Melbourne



St Patrick Cathedral



Dalam kol 10.30 kami gerak balik ke Ibis Hotel untuk tunggu van pick up.

Our 1st destination is Maru Koala Park. Kat sini la tempat nak tgk haiwan2 yang takde kat negara kita. Lebih kurang cam farm persendirian punyer kot. Jom tgk apa yang ada kat sini. Ekceli aku ni bukan pengemar haiwan pon even aku ni cgu Sains.. hihihi... tapi alang2 dah datang sini layankan jer.. kat Malaysia tak jumpa ni. Kat zoo ada ker? Nampak sangat aku tak pernah pergi zoo...hahhaha..




Dah selesai bermanja2 dengan kanggaru & Koala, then kami gerak ke Churchill Island plak. Kat sini plak boleh tengok activity sheep shearing Tempat ni cantik sangat. Tengok sendiri la yer :). p/s : Sila jangan muntah tengok pic2 kat bawah ni.

















Then, our van singgah sekejap kat The Panny Chocolate Factory. Tak sampai setengah jam pon kat sini sebab masing-masing kurang berminat. Cuci mata je la.Nak beli harga choc tu cam kurang mampu milik jer.



Next is Woolamai Beach. Kat sini boleh la cuci mata dengan surfers yang menunjukkan bakat masing2. Cuaca pon cerah je hari ni. Matahari bersinar tapi takdela sepanas kat Malaysia. Tak berpeluh la ketiak kalau p pantai kat sini. Heheheh.





Sekejap je kami kat sini . Actually untuk setiap stop kami diberi masa lebih kurang 45 minit - 1 jam jer untuk pusing2 kat situ. So seboleh2nya try untuk smpai kat van on time. So that, takde la orang yg join tour tu bising2. FYI, lebih kurang 15 orang kot yang join tour kami ni.Kebanyakannya Chinese   Malaysia and Singapore. Dah rasa cam kat Malaysia jer. Pusing -pusing orang kita juga. Then, kami gerak ke The Nobbies Centre plak. Tempat ni paling aku suka. SubhanaAllah, View memang superb. Daebak bak kata orang Korea.. Hahaha. 




Kat sini pon boleh nak tengok Penguin, Tapi banyak duk menyorok. Segan agaknyer  tengok ramai sangat manusia kat sini. 








Wollabies..spesies Kanggaru tapi kecik

Indahnya dunia ciptaan Allah. Di dunia dah cantik camni, di  syurga nanti tak tahu la camne kan...Memang berbaloi sangat2 habis beriban2  untuk  view  yang superb cantik neh!

Then kami terus ke Penguin Parade untuk saksikan penguin pulang petang. Tapi kat sini tak dibenarkan snap pic. so takde la pic2 cik penguin yang malu -malu kucing tu. Tunggu bukan men lama tapi boleh tengok dari jauh jer. This is my first time tengok Penguin sebenarnyer, sebelum ni aku duk bayangkan penguin ni besar, rupanya kecik jer.. hehehhe..teruk betol!




satu-satunya pic penguin kat situ. curi2 snap gune hp.. huhu.. nampak ke idak???
Then terus gerak balik ke Melbourne city. Masing-masing bantai tido je lam van. Sampai hotel lebih kurang kol 11 malam , seme dah tak sabar cari katil. Ngantok + penat. Memang keletihan satu hari berjalan. Overall aku puas hati dgn tour package MAT ni. Dengan rege 90 AUD , banyak jugak tempat dicover termasuk dinner (pizza jer tapi ok la dari takde kan). Tour guide aka driver pon bagus. So, bagi aku yang demand tak berape tinggi, ni trip ni memang memuaskan hati & memang recommended!. Nantikan entry GOR Trip, juga dibook dengan MAT.

Till then, wassalam.....