Thursday 3 July 2014

Travelog Korea : Day 5 ~ Hongik Uni, Ehwa Uni, Hello Kitty, Namdaemun Market

 22 November 2012
salam ramadhan yeorobun!
Untuk 5th day ni plan terjah Hongdae n Edae semata -mata nak cari Hello Kitty Cafe and Coffe Prince Cafe. Awalnya ak plan untuk prgi sorang -sorang je if travelmate aku tak nak join..maklumlah bnde merapu je pon..Tapi member aku , Aliz willing untuk teman aku dan lagi 2 orang lagi  prefer untuk shopping di Namdaemun Market jer..So aku gerak dari Inside Backpacker seawal jam 8 pgi..

1st destination is Coffe Prince Cafe.


Macam tak teruruskan cafe ni..masa aku pg ni Cafe ni tutup..mulanya agak aku da berputus asa nak cari cafe sebab bila aku ikut direction yang aku gugel dri tenet xdapat pon..last2 aku cakap xpela kalau xjumpa skip jerla..then aku masuk lorong mana ntah boleh plak cafe ni tercongok depan mata aku..so snap pic tanda da sampai sini..hehhe..

Then dari sini aku gerak mencari Hongik Uni plak..ikut gerak kaki jer akhirnyer jumpa jugak..

main entrance Hongik Uni..tak masuk dalam pon sebab kejar masa..

Next, pusing -pusing Hongdae cari Hello Kitty Cafe plak..kononnya nak breakfast kat sini..Sama juga, bila follow map langsung tak jumpa..aku xreti baca map ke , direction yang aku dapat tu salah..then , aku tanya la mamat korea tepi jalan tu then die bagi direction yg sebenarnyer aku tak faham pon..ikut je gerak kaki masuk lorong mana-mana, eh jumpa plak..memang dah rezeki kot..tapi kami smpai awal sangat, cafe pon belum buka lagi.Sementara tgu cafe buka, kejung kesejukan aku kat luar tu sambil posing-posing..



Kami makan ni untuk breakfast..kelas ko..total abis sorang rm27..,.pejam mata je la..sekali skala..kat Msia da ikat perut kat sini belanja abes-abesan..hehhehe


Da kenyang proceed ke Ehwa Uni aka Edae..sampai je sini aku pelik jer, setau aku uni ni utk pompuan je tapi berlambak je mamat -mamat korea  kat luar uni ni..tak faham jugak aku..takkan nk p tanya plak mamat-mamat korea tu pe dorang buat kat situ..hihi, zura, mind your own business...Tak sempat masuk dalam pon just posing-posing kat luar jer menunjukkan jejak kaki..





 kat luar entrance uni ni banyak kedai-kedai, so memang nampak happening la..cam best je lepak-lepak area sini..banyak jugak kedai -kedai yang jual baju utk pompuan tapi kebanyakannya baju untuk musim sejuk..cantik -cantik semuanya tapi tak sesuai untuk dipakai di Msia..so takdela aku membeli..




Terjumpa kedai ahjussi jual muffler semurah 6000 won..murah la tu kan,..kalau tak Msia Muffler pon mahal..so aku grab jugak satu utk collection..kot-kotlah nak datang lagi winter tahun depan..heheh..Ahjussi ni siap ajar aku cara pakai muffler.kumawoyo ahjussi...

Then, kami decide untuk ke Namdaemun Market utk shopping souvenier untuk sanak sedara di tanah air terchinta sebab esoknya kami da nk pulang ke Msia..








winter boot kat atas tu boleh dapat 10 000 to 15 000 won jer..winter clothes pon murah -murah..tapi aku takde la membeli pon sebab aku pikir takde keperluan kot..takdenya aku nak pkai ni di Msia nanti..membazir jer..


kalau nak beli souvenier murah-murah kat sini la tempatnyer..kat sini aku sempat jugak rembat  beberapa tshirt I love Korea, fridge magnet, chopstick korea and nail clipper sbagai buah tangan utk sedara mara kat kampung..

Ni adalah antara street food yang aku cuba, kuih telur kot namanya..hehe..kat bawah ni kuih ikan..sedap..style aku ni kalau berjalan mana -mana mesti aku nak try makanan dorang..setakat ni, aku da try kimbap, tteokbokki, hotteok and 2 jenis kuih ni...sedap..kena dgn tekak aku..


Dah penat brshopping kami pon balik ke Inside dengan mengusung hasil rembatan di Namdaemun Market..Malam tu aku tak kuar da , sibuk duk kira hasil tangkapan sama ada cukup ke tak untuk semua orang kat kampung..kalau tak cukup sempat lagi nak membeli pagi esok sebab flight balik ke Msia kol 4.30 petang..

1 comment: