Saturday 28 February 2015

Travelog Melbourne : Summer Trip ~ Day 6 ~ Queen Vic Market ~ DFO

6 December 2014

Hari ke - 6 di bumi Kanggaroo..Hari ke -2 ke Vic Market..
Yahoo..its shopping time,..even poket dah rabak nak jugak feeling2 bershopping..

First plan ke Queen Victoria Market.. aku dah tak de pape nak beli pon just nak cari souvenier untuk my mum. Sebab semalam tak tahu nak beli pe. Kebetulan pulak Oshin memang tak sempat beli pape semalam, kirenyer hari ni kami yang dah shopping sakan semalam teman si Oshin je la. Konon je la..

So dari Ibis Hotel nek tram depan hotel ke Victoria Market. Ekceli jalan kaki pon boleh tapi kami sje nak habiskan duit myki.Satu stop je da sampai.

Yang uniknyer Vic Market, peniaga tu takkan meniaga kedai yang sama setiap hari. Setiap hari lokasi dorang berbeza-beza. Konon semalam dah aim nak beli purse sheep's skin untuk mak aku. Aku prgi hari ni kedai abang indon tu dah bertukar ke lokasi len. Cari pon tak jumpa jugak.

American doughnut. Aku dah siap beratur dah then tergerak nak tya oil apa yang dorang guna. then die cakap animal's fat so aku tak berani nak try. Nampak cam sedap giler. Siap member aku cakap len kali tak payah tanya beli jer.. eh , ada plak camtu ek?? ahhahhaha..kalau dah was-was confirmla jatuh haram..betul tak?

Hari ni tak beli pape pon just tambah 2 helai lagi Tshirt. Jumpa satu kedai Tshirt lagi murah . 4AUD sehelai. Kedai kakak indon. Siap beramah mesra even kakak tu mula2 cam sombong jer. Nampak cam bese jer rupanya kakak tu study masters kat melbourne uni. Hambik kau! Jangan pandang orang sebelah mata. Suami die buat PHD jugak kat uni yang sama. Salute la!

Nila kedai akak tu.. tapi dia bilang mau balik indon dah sebab dah habis study


Grab jacket pink ni.. 10AUD. Bajet muda remaja. Kakak kt belakang tu bengang jer sebab aku try byk kali jacket ni. Last aku beli jugak sebab tgk muka die dah masam mencuka. So dah selesai sini kami plan ke DFO ( Direct Factory Outlet) kat Southwharf. From what i gugel, kat sini byk barang2 branded yang agak menawan  diskaunnya.  So pe kate pergi tengok2 even tak banyak dolar lam poket.  Dari Vic Market nek tram balik hotel letak barang dulu then jalan kaki menuju ke Flinders Street St untuk nek Free city circle ke DFO.


Untuk ke DFO by City circle ni, korang kene turun kat Flinders Street West Station, kalau tak silap 4 station dari Flinders street ni. Dah turun kat situ kami cam blur jugak nak tuju arah mana sebab tak nampak pon bayang DFOnyer. Then kami follow je orang ramai tuju ke belakang building depan kami tu. Lupa da nama building tu. Then akan lalu brigde ni.




Sampai hujung brigde belok ke kiri, kat situ ada signboard utk ke DFO. Sebelum tu akan jumpa Melbourne Exhibition Centre.


Jalan lagi sampai jumpa Building DFO. Actually memang tak jumpa signboard DFO yng besar, so kami tanya2 orang kat situ then die suh masuk je bangunan sebelah MBC ni.. Akhirnye sampai jugak DFO. Jom habiskan AUD masing-masing. Niat di hati nak jugak bawak balik Correlle utk my mum tercinta, sudahnya salah DFO plak. Sekiranya anda berniat untuk shopping Correlle sila ke DFO Essendon or Moorabin bukan DFO Southwharf. Memang takde jumpa kat sini.

50 %? 70 % discount.. tapi cheapskate cam aku ni still tak mampu beli.

Aku dah aim nak beli jam Fossil ni coz banyak blog yang ak refer  cakap sale Fossil ni terbaik punyer. So dengan harapan untuk mendapatkan jam Fossil rege 50AUD , jalan laju-laju cari Kedai Fossil.  Sampai Fossil hampa jugak takde pon sale yang beli satu percuma satu tu. Bese kalau sale yang tu dapat la satu jam rege 50 AUD. Yang paling murah pon 84.90 AUD. Dalam duk berkira-kira nak beli ke tak, si Umrah hasut aku suh beli sebab kalau kat Msia rege double rege kat sini. Aku bukan tau sangat sebab aku tak biasa pakai jam mahal2. Termakan jugak hasutan si Umrah then aku grab satu jam ni rege 89.95 AUD. Ok la kot. balik Msia nanti puasa sebulan.



Then sempat lagi swap kad kedit untuk purse and handbag untuk mak aku. Terus overbudget plak. Takpela bukan selalu pon. Seriously, aku ni bukan kaki shopping tapi Melbourne ni memang heaven la bab shopping. Belom lagi masuk bab perfume. Aduhai.. nasibla. Si Oshin memang bagus la , langsung tak terpengaruh dengan kami. Dia sanggup duduk berejam tunggu kami shopping sampai tertidur, padahal tak banyak pon shopping , window jer. Tapi memang jenis aku suka jelajah setiap kedai.

Dah puas cuci mata, baru ingat nak balik and baru sedar diri tak makan dari pagi. So, melepak sekejap area situ sambil makan subway yang aku beli sebelum pergi ke DFO tadi. Kalau kat Melbourne, subway paling senang, murah dan mengenyangkan even kat Msia aku tak pernah jejak Subway pon. Feeling makan subway kat sana memang tak sama kat sini. Pernah satu hari tu dah balik sini, Kononnya rindu melbourne aku p beli la subway kt Msia, erm memang takde feel ..hehe.

 Untuk balik ke hotel, ikut route sama amik city circle tram turun kat Flinders street Station. Dah tu mana reti nak balik awal kan merayap dulu sekitar CBD. First, kami prgi survey Perfume kat Mychemist sementara tunggu pesanan dari kakak2 aku. Plan esok baru nak beli sebelum gerak ke airport.

Habis sini merayap lagi ke Little Bourke Street.






Street yang tak pernah sunyi dengan manusia.
Then terus balik sebab tak solat lagi. Malam nanti dah janji nak jumpa anak lecturer aku, Che ah. Yela, alang - alang dah datang sini bagus untuk merapatkan silaturrahim. Mana tau lepas ni boleh kirim perfume banyak2.. hehe. Sebelum ni pernah jumpa masa Cheah ni kecik  jer .Dah janji nak jumpa kat San churros. Boleh jugak layan tekak yang craving for churros ni.


sedapnya churros.. gulp.. telan ayaq liuq je


Cheah & abangnyer.. best la dua bradik bljr sama2. takdela sunyi sangat jauh dari family.
So sembang2 bukan men lama sampai kedai da nak tutup baru la kami reti nak balik. Dah say hi hi bye bye dgn Che ah, kami terus balik ke hotel. Apalagi badan dah penat, terus la membuta.

Berakhirnya hari ke - 6 di Melbourne and malam terakhir di Ibis Hotel. Uwaa... nak balik da ker??



No comments:

Post a Comment