Friday, 17 April 2015

Travelog Melbourne : Summer Trip ~ Day 7 ~ Finale Day

7 December 2014

Finally, its the end of our holiday in Melbourne. Plan hari ni untuk aktiviti leisure jer.. pusing2 CBD by city circle Tram and do finale shopping. Bangun pagi2, packing barang siap2 then check out seawal jam 9.00 pagi. Ibis Hotel sediakan bilik untuk keep luggage dengan harga 6 AUD/ 24 Hours. Boleh letak banyak2 beg. 

So dari hotel, kami jalan kaki ke Queen Victoria Market utk finale shopping. Kalau da namanya pompuan selagi tak balik selagi tu la tak abis shopping. Aku da abis budget untuk shopping cz dah asingkan siap2 untuk beli perfume plak. Cuaca hari ni boleh tahan sejuknya.  FYI, cuaca kt Melbourne ni memang berubah2. Dalam seminggu tu boleh ada summer, autumn and winter. Kejap panas sampai berpeluh ketiak, kejap sejuk sampai ke tulang. Da setel shopping kt sini, otw balik ke hotel untuk simpan barang kami singgah di Mychemist untuk shopping perfume. Aku spend dalam hampir 164 AUD untuk perfumes.Tapi bukan untuk aku jer siap sekali dengan kiriman kakak2 aku. Nanti balik claim jer. hehhe. Balik hotel hantar barang then Umrah ajak ke Duty Free kat Little Bourke Street. Alang2 da sampai sini kami lunch di The pancake Parlour. Kelas ko! Orang makan nasi ko makan pancake plak untuk lunch.

Bukan men ramai manusia beratur. kami pon gigih jugak beratur. kalau tak memang tak sempat merasa.



 Kami order set pancake bese jer. Bese tak bese la dua keping pancake ni regenyer 11.90 AUD, lebih kurang RM36. Amik kau!. Kalau kat Msia takde makna nak makan pancake je rege camtu.. Haha. Sekali seumur hidup je kot zura oi! jangan nak berkira sangat la. Tapi serius memang sedap. Gebu gebas gitu. Sesape p Melbourne sila try yer, tapi kalau boleh try la set yang mewah sikit. Jangan jadi cam aku ni kedekut sangat, pahtu menyesal.. hehehe..





Next, kami abiskan masa dengan merayau2 ng city circle tram. 1st terjah Melbourne Museum.


Tak masuk dalam pon, just amik pic kat luar. Bukti jejak kaki cz kami ni bkn into sangat bende2 sejarah ni. heheh.. Suhu hari ni 17 oC. Sejuk yang amat. dah la bertshirt jer. Kang dah cakap suhu kt Melbourne ni unpredictable. So bertabah jer la.
Next merayap ke Etihad Stadium plak. Gunakan free city circle sepenuhnya.. Sama jugak. Tak boleh masuk dalam pon.Berposing kt luar jer. Sunyi sepi stadium ni.





Lepas tu p mane yer? jap nak recall balik. hah! next kami kembali ke Swanston Street untuk makan di Restoran Nelayan. Hari ni boleh makan dua kali kat luar sb nak habiskan dolar ni. Kalau tak bkn men ikat perut makan skali shari jer.



Sebelum... Harga untuk nasi + 3 lauk lebih kurang 10 AUD. Affordable la kan. Boleh la nak kenyangkan perut Malaysia tu. Tapi aku order nasi ayam penyet. Harga lebih kurang jer.


Selepas... Nampak tak tahap kebuluran kami??? Licin!


Ni aku punya. Not bad la..Dah kenyang seme, then kami balik ke Hotel ambik luggage , then nek tram ke Southern Cross Terminal untuk nek Skybus ke Tullmarine Airport. Malam ni kami bermalam di airport cz flight kami awal pagi sok. Ekceli dekat jer dari hotel ke Southern Cross Terminal  tapi kami tak sanggup menapak dengan mengusung beg2 yang dah beranak tu. Dalam bas sempat lagi update status konon2 nak balik Malaysia da. Ceh!

Sampai airport lebih kurang kol 8 malam, cepat2 cari port untuk tidur malam nanti. This is my first time tidur kat airport. Aiport ni kecik jer tak banyak tempat lepak yang best. So, kami pon cari port betul2 depan pintu cz kat situ je ada karpet. Kononnyer takde la sejuk sangat nanti. Mak ai, sejuk giler ble pintu tu auto buka. Memang tak bleh lena. Dalam aku duk tido2 ayam tu ad sorang staf airport suh ak p tido kat prayer room. Punyala baik hati kesian tengok aku mengerekot kesejukan. hehe. Mula jual mahal, konon boleh tahan , last2 lari jugak p prayer room tinggalkan beg camtu jer. Then lenala aku sampai ke subuh. After selesai subuh, setelkan apa yang patut, dalam kol 9 pgi kmi da setel check in. Tepat kol 10.20 pagi, flight kami ke Kuala Lumpur membelah udara. Good bye, Melbourne.!Till we meet again.

P/s : Balik Msia jer, terus ada orang request untuk buat trip ke Melbourne. Hihihi. Nampak gaya ada la peluang aku jejak Melbourne lagi.

Gelandangan di Airport. Seminggu kat Melbourne bertambah debab plak aku. Papela. Asal hati senang. Wait my sisters. Nanti berminggu2 aku duk gebang pasal Melbourne kat dorang. Confirm dorang bolayan jer..hahahah.