Thursday, 13 November 2014

Travelog Korea 3 : Autumn Trip 2014 ~Day 1 : Arrival & Namsan Tower

Anyeonghaseyo Yeorubun!

Aku ke korea lagi untuk kali ke 4..Ekceli kali ke 4 ke Korea and kali ke -3 ke Seoul. Trip june lepas pergi Busan jer tak sempat menyinggah ke Seoul.


Kononnya nak aim peak autumn tapi apekan daya daku memang takde cuti..hanya mampu pergi time cuti sekolah jer la..so selalu la wrong timing..kalau ikutkan masa aku pergi ni baru masuk autumn so suhu takdela sejuk sangat & daun2 masih kehijauan.Lebih kurang cam Summer jer..

So untuk trip kali ni , sekali lagi aku diberi kepercayaan utk menjadi tour guide yang tidak bertauliah kpd rombongan Mak Jemah seramai 17 orang termasuk aku. Ahli rombongan terdiri daripada senior  sk men aku dulu & kawan2nya seramai 10 orang  and 3 orang cgu sekolah aku  & juga kwn maktab aku, Umrah sebagai assistant aku. Nasib bek la last minute si Umrah ni nak join kalau tak mati jugak aku nak handle sorang-sorang. Dah la ada dua couple bawak baby. So, this is my 1st experience bawak group yang ada baby and could be last kot. Tak sanggup sebab kesian tgk baby kepenatan. Maklumla trip aku ni trip backpacker aka trip dera kaki , tak sesuai untuk golongan yg agak berumur & baby.



So , ticket flight dibook seawal bulan Feb, dapatla rege RM632 untuk dorang seramai 10 orang tapi dorang akan balik lewat 1 hari dari aku semata-mata untuk tcket lebih murah. While , aku punyer ticket RM700 cz aku balik hari Ahad , Isnin dah sekolah oi..mane boleh ponteng. Bayangkan aku sampai malam ahad then Isnin tu aku terus masuk sekolah. Mau huyung hayang dibuat nyer. Then untuk cgu sekolah aku plak ticket dorang mahal sikit sebab dah last minute plan nak join. So ticket dorang lebih kurang RM862. 

Untuk accomodation plak, aku decide untuk stay at Namdaemun Guesthouse.Reason kenape aku pilih utk stay sini cz dekat dengan Namdaemun Market so that bila aku da balik Ahad tu, dorang yang stay boleh la ronda-ronda market jer. Tambahan pula, owner GH ni bagi aku pinjam Tmoney so tak payah susah - susah dah aku beli untuk dieorang, just top up je nanti. Untung da kat situ..hehehe.

Untuk Aiport transfer plak, aku book dengan GH jugak 2 buah jumbo taxi & 1 large taxi. so total 240 000 won. Plan awal nak heret diorang naik bas jer tapi bila fikir balik dengan baby lagi, beg lagi + sampai dah petang so nak save masa & tenaga aku decide untuk book taxi jer. Sama juga untuk balik ke Malaysia nanti, dari GH ke airport, aku book siap-siap dengan GH. 

17 September 2014

Flight seawal 8.00 pagi, so aku nek ERL paling awal jam 4.50 pagi. Risau jugak takut tak sempat cz aku takde experience lagi nek flight awal pagi tapi nasib bek ERL ontime so dalam kol 5.10 pg dah sampai KLIA 2. Sampai je airport terus bertemu 4 mata dan berkenalan dengan ahli rombongan yang sebelum ni aku berkomunikasi dalam group whatsapps jer. So , 1st impression , dorang cam ok jer, InsyaAllah seme berjalan dengan lancar. Da check in, semua gerak ke boarding hall, solat subuh dulu then board plane. Then aku pesan je kat dorang jumpa kat Incheon airport jer sebab dapat seat jauh-jauh. 

Sampai Incheon Airport lebih kurang kol 4.00 ptg & guess what?? queue untuk immigration sangat2 panjang cz ramai jugak tourist lain cz of Asian games. Hampir sejam lebih jugak beratur. Keluar jer arrival hall, dah ada ahjussi taxi tunggu then cepat-cepat gerak ke guesthouse sebab hari dah gelap. Ada la 2 3 orang ahli jemaah start berlenggang kangkung. Kalau camni la gayanya  memang tak boleh cover banyak tempat ni..So, aku diam jer dulu, ikut jer rentak dorang..

Sampai GH, terus check in then pesan dengan dorang kol 7.30 kumpul balik kat depan GH untuk ke Namsan Tower. So setel bab check in, aku masuk bilik siapkan diri seme, FYI, aku share 4bed room dengan cgu sekolah aku so, dapat la murah sikit. Then bilik aku kat tingkat bawah dekat dengan dapur, so senang la nak mencekik..hehhe..Rata -rata blogger bagi review yang bagus ttg Namdaemun GH ni. Itu pon salah satu faktor jugak nape aku pilih GH ni. FYI, untuk pilih accomodation yang sesuai dengan bajet + selesa untuk ahli group memang mencabar jugak.Risau jugak GH yang dipilih tak menepati cita rasa & ada pulak yang complain. Tapi alhamdulillah, ahli group memahami dan menerima seadanya. Takde komen-komen yang buruk setakat ni.



Then, dalam pukul 7.30 kami berkumpul di depan GH, seperti yang dijangkakan adalah dua tiga orang yang lambat, so Umrah mevolunteerkan diri p beli kebab dulu untuk alas perut sementara menunggu ahli yang lain. Geng2 cgu ni aku boleh puji sebab ontime. 7.30 da siap berkumpul depan GH & aku suruh dorang ikut Umrah jer. Hampir 30 minit jugak la, aku tercongok depan GH tunggu dorang ni. tapi aku faham la bila travel dengan baby ni memang amik masa jugak la nak bersiap. Takpela, first day boleh dimaafkan.

Dah siap kumpul semua orang, sementara tunggu Umrah, aku pergi top up Tmoney kat C2U dekat dengan Hyeoheon Station. Aku top up dalam 20 000 won je dulu. Cukup la kot untuk 5 hari. Then dari situ gerak ke Chungmuro St untuk amik bas ke Namsan Tower. Plan asal nak melawat Namsangol Hanok Village tapi disebabkan time constraint , so tempat tu pon da tutup kami terus ke bus stop depan Dae Han Cinema. Masa tu dah pukul 8.00 mlm.Aku risau kot2 dah takde bas .Lama jugak la menunggu dalam 10 minit. Nasib bek bas datang terus naik & sampai ke puncak Namsan Tower. Aku bagi masa 1 jam jer untuk round sekitar Namsan Tower tu & memang tak bagi dorang naik atas sebab aku risau tak sempat nak catch up bas balik nanti. Kang tak pasal balik jalan kaki. Ada yang meraung nak balik Malaysia terus nanti.



Cukup 1 jam, aku sibuk mengerah semua ahli untuk turun ke bawah. Siap cari dua tiga orang tak jumpa. Penat aku turun naik. Then aku decide untuk turun jer tengok kat bawah kot-kot diaorang dah turun. Then tetiba aku perasan Tmoney yang aku letak lam poket seluar dah takde. Ah sudah! dah la ada dalam 50 000 won..Rugi oi! Aku pon lari balik ke atas dengan harapan dapat jumpa balik la Tmoney aku. Jangan harap la..dengan manusia yang ramai tu mampu ker aku nak cari segenap ceruk. So dengan perasan redha yang tak berapa redha aku pon turun bawah top up lagi Tmoney spare yang aku pinjam dengan kawan aku. Sedihnyer.. 1st day dah haru biru. Takpe2..Kira takde rezeki la. Then amik balik bas tadi turun kat Chungmuro St then amik subway ke Myeongdong St untuk dinner kt Yooganey.

Kat Yooganey, cam biase order nasi goreng seafood. Agaknyer dorang dah penat sangat memang tak abis la makan. Geng lelaki jer licin yang perempuan memang banyak lagi berbaki. Siap ada ahli group yang tak leh masuk tekak sebab pedas. Pedas ker?? Erm tak pela..so aku pon tapau la bawak balik ke GH untuk breakfast pagi esok. Sudahnye ke tong sampah je la nasi goreng tu. Sayang betul!

portion nasi untuk 5 orang..memang tak habis. Rege makanan sini boleh tahan murahnya. 5500 won/pax..ok la kan?


abaikan kualiti pic..gune hp jer.
Then, dah kenyang perut, marilah kita pulang ke GH untuk beristirehat. Ekceli dari sini boleh je jalan kaki ke Gh tapi tak sanggup la nak dera diorang yang penat tahap max ni. Satu hari nek flight then heret lagi diaorang daki bukit Namsan Tower tu..hehehe..tapi nak buat caner. Datang jauh- jauh kenela berkorban sikit. Tak gitu?? Aku sebagai tour guide sebolehnya nak bagi diaorang cover semua tempat dalam masa 5 hari ni..

So sampai bilik mandi dan tidur. Esok dah janji pukul 7.30 pagi kumpul kat depan Guesthouse untuk aktiviti seterusnya.  Destinasi untuk esok?? Tunggu next entry. Ok bai !


Sunday, 19 October 2014

Travelog Korea 2 : Winter Sonata Trip Day 10 & & 11~ Shopping Day + Finale Day

Finally, sampai ke penghujungnya..fuh..penat kot nk update 11 days trip...tu pon entry simple jer + men tepek jer picture ntah pape..hehe..aku budak baru belajar..harap maklum..

Hari ni bangun awal cz flight ke Seoul pukul 9 .00 pagi .even dekat tapi aku tak nak ambil risiko so aku kerah dorang suh cepat sikit..hehe..makcik takde masalah la, tapi si Oshin tu kena gesa sikit suh cepat..heheh..After check out and say goodbye to Sum Guesthouse, kami ambik taxi untuk ke Jeju Airport..Risau plak kalau naik bus lambat plak..So sampai sana , check in then tgu jer time untuk boarding.Jeju Aiport ni kecik jer so takde pape sangat..Agak bosan jugak la menunggu..Then board plane then reach Gimpo Airport around 11.00 a.m lebih kurang..Take Arex balik guesthouse , letak barang then luar balik. Misi final shopping sebelum balik Malaysia.

1st, aku terjah Kwangjang Market dulu untuk borong kain cotton 10 k won untuk kakak2 & Mak aku..Sb trip lepas tak sempat datang sini..murah kot 10k won..baru RM32..mane nak dapat kat Malaysia kan..Then, dengan tangan berat angkut kain cotton berpasang2 tu, then aku gerak ke Namdaemun Market plak. misi memborong brooch pulak. Juga untuk kakak2 n mak aku. Last sekali, borong souvenir je sikit. Tak beli banyak sangat sebab trip lepas da banyak beli..Saja spare untuk sesape yang minta..hehe..Untuk kawan2 keje aku tak beli pape pon just beli untuk sape2 yang kirim jer..Tak kuasa aku nak beli untuk semua orang ramai kot..aku tak kedekut ok! cuma aku berjimat jer..lagipon aku ni bukan kaya sangat sampai nak beli untuk semua orang...kalau nak, korang datang sendiri..hehe..aku pon boleh tolong bawakkan..

Then, dah selesai misi memborong terus balik Inside.Packing barang then terus tido..hari ni takde niat nak ronda2 lagi sebab dah exhausted sangat..tak larat da..lagipon mood meronda semakin kurang bila sorang2 ni..


Keesokan harinya, bangun awal jugak, plannya nak kuar lagi sebab dapat msj dari kawan kirim barang plak. Siapkan assignment sekejap, tetiba rasa cam malas pulak nak kuar..Kol 1 nanti dah nak ke airport flight aku kol 4.35 ptg..so, ak pon bagi alasan kat kawan aku tu, aku malas da nak kuar..so lepak je lam bilik tunggu zohor..Pah zohor aku terus kuar , Min Young, owner GH turun sekali hantar aku, aku ingatkan nak hantar sampai bus stop depan tapi sampai bawah jer..dah la beg aku berat, dengan anak gajah kat belakang, beg nyonya 7 kg lagi, beg sandang lagi..gigih je ak heret beg2 tu sorang2 dengan jalan licin..Sekali lagi tak de sorang pon mamat korea tolong aku even ramai duk lalu lalang kat situ..Nasib baik dekat jer..Then tunggu bus airport, sampai airport lebih kurang kol 2 terus check in & lari sekejap p beli banana Uyu dan peppero..Kononnya aku nak seludup banana uyu lam beg aku..confirm la tak lepas..sedekah je la kat unnie kastam tu..siap merayu lagi suh lepaskan jugak banana uyu, tapi dengan penuh berhemah dia cakap memang tak boleh & minta maaf berkali2 kat aku..bagus betol la..aku rasa kalau kat Msia ni confirm aku kena marah berbakul2 kot..

Masuk boarding hal aku pergi beli lagi banana uyu tu, tapi confirm la harga lebih mahal, takpela habiskan won yang ada..jumpa Oshin lagi , kebetulan kami nek flight yang sama even book tak sama..then da board plane tido jer..penat memang penat tapi perasaan sedih nak tinggalkan Korea tu still ada..adakah aku ni mempunyai susur galur keturunan Korea? Sedihnya cam nak meninggalkan rumah gitu setiap kali nak p asrama masa aku sekolah dulu...hahha..perasaan " koya" tak habis!!!...Tahun depan mesti datang lagi...InsyaAllah...Landed Msia lebih kurang kol 11 malam, then balik rumah terus tido..penat yang amat..trip yang paling lama & paling banyak memori..sepatutnya esok aku dah kena lapor diri kat sekolah even cuti sekolah lagi tapi dek kerana Guru Besar aku sorang yang sangat berkaki lebar, semua warga sekolah dikehendaki bertenggek di sekolah dari 16 Dis sampai buka sekolah.Gara-gara aku ke Korea, aku tidak menghadirkan diri sehingga aku balik, dan sejak dari itu jugak la, aku dianggap  tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya pada sekolah..tapi aku tak peduli pon..tak menjadi kudis pon bagi aku..penilaian manusia tak penting, penilaian Allah yang aku utamakan.




Anyong Gihaseyo Hanguk! Till we meet again next year..InsyaAllah..


Travelog Korea#4th Trip#Autumn in my heart~Teaser

Jeng jeng..trip dulu pon tak abes update.. Korea Trip 2014 ~ 17th Sept - 21st Sept 2014




p/s: sorry yer,,ak mmg suka tepek pic mke aku..hehehe..bkn nk show off mke yang tak lawa ni tp untuk kenangan di masa tua....nak buat camne kan? setiap org ada style masing2..so terpulanglah..kalau nak tengok hadap jer kalau tak xnak tengok pon ak hadap sorang2..hehehe

Saturday, 11 October 2014

Travelog Korea 2: Winter Sonata Trip Day 8 & 9 ~ Jeju Island~




stress dengan paper project xsiap2..ku seru idea tak jugak kunjung tiba..oleh itu , jom kite mengarang satu entry !
jom! jom! jom!...

hari ni aku akan ke jeju dengan sorang member ni, Oshin & mak die..Oshin ni pernah ikut aku ke Korea tahun 2012..So tahun ni die bawak family die plak. So alang2 datang utk ke-2 kalinya aku ajak die p Jeju plak..So famili dia balik dulu, tinggal die & mak die jer..

untuk ke Jeju ni, aku book  return ticket from Eastar Jet dengan harga lebih kurang RM250 n free 15kg check in Baggage..best tol, kalau la Airasia pon bermurah hati bagi free baggage..Mulanya ak nk book Jeju Air sebab rege lebih murah tapi cam leceh plak procedurenyer, then aku proceed dengan Eastar  Jet..Rege pon ok la,,takdela mahal sangat kan..Then, aku book siap-siap Sum Guesthouse, amik bilik dorm 8 beds dengan rege 20 000 won /pax..Reason kenape aku pilih Sum Gh ni sebab dekat dengan Terminal bus, & sebenarnya aku nak stay kat Yeha Guesthouse tapi da fully booked.So terpaksa lah aku survey guesthouse yang dekat2 dengan Yeha tu..Nasib baik dapat book Sum Guesthouse ni., memang terbaik!..

So, dah setel pasal ticket flight & Guesthouse, aku survey pulak transport kat Jeju, kalau sape2 penah study pasal Jeju ni, memang tahu agak susah bergerak dengan public transport + aku ada 1 hari full je kat Jeju, so nak jimat masa aku book tour dengan Sum GH, dengan harga 100 000 won, so share 3 orang lebih kurang RM100..ok la kot compare to Yeha Tour yang lebih mahal regenyer.Kalau aku tak silap lebih kurang 42 000 won.

Untuk ke Jeju ni, kami nek flight dr Gimpo Airport, flight aku dalam kol 1 petang camtu , then sampai Jeju Airport lam kol 2 lebih..Sampai jer sana terus amik bus no 100 untuk ke Sum Guesthouse. Da siap check in, just lepak kat bilik jer disebabkan winter, hari cepat gelap.lagipon tak tahu nak merayap ke mane..Rasa cam rugi jer satu hari tu tak gi mana-mana,

the next day, bangun awal, siap2 untuk Jeju Island Tour, dah siap breakfast seme then berkenalan dengan tour guide kami, Tom, typical korean guy, ensem jugak tapi pemalu gitu..so tak reti sangat nk borak ng die ni just bagitau jer tempat yang kami nak p.


SUM Guethouse..sgt2 recommended..aku suka sangat..lupa nak snap pic bilik..boleh gugel kot..
our 1st destination , Manjanggul Lava Cave

The magnificence of Manjanggul Cave has singled it out for classification as a UNESCO world heritage site. A visit to this vast natural edifice is one of the highlights of any visit to Jeju Island. Take a walk through the cathedral-like tunnels to view spectacular rock formations and unique wildlife.

The cave was formed between 200,000 and 300,000 years ago when molten lava burst through the earth’s crust, creating a giant lava tunnel which is one of the largest in the world. Many lava tunnels are barely big enough to accommodate a single person, but the Manjanggul Cave reaches heights of 30 metres and widths of 23 metres in places. The network of tunnels measures over 13 kilometres in total, although only one kilometre is open to visitors.




Dua p.cik Jepun ni gigih nak borak ng kami..even tak faham sgt tapi memang peramah habis..layan je la..nasib bek reti jugak konniciwa, sayonara & arigato huzaimas..hehehe..

Next is Seongsan Ilchubong Peak,

view from top - ehsan p.cik gugel

Seongsan Ilchulbong Peak rose from under the sea in a volcanic eruption  over 100.000 years ago. The crater is about 600m in diameter and 90m high. With the 99 sharp rocks surrounding the crater, it looks like a gigantic crown. While the southeast and north sides are cliffs, the northwest side is a verdant grassy hill that is connected to the Seongsan Village. The ridge provides an ideal spot for walks and for horse riding as well.


me and Tom, our tour guide or more to our driver..hehehe..







Korea & Tangga tak dapat dipisahkan..untuk ke puncak Seongsan ni entah berapa ratus anak tangga kot aku panjat..cer kira ada berapa tangga tu?sampai atas tercungap-cungap tak cukup nafas..kalau ikut kaki , aku tak larat da tapi mak si Oshin psiko aku , die cakap alang-alang da sampai kene jejak sampai atas..hihi..mana boleh kalah dengan makcik2 oi..

finally, i did it!





the view is superb..tak sia2 menabung untuk sampai sini..


kat sini la tempatnye kalau nak tengok ahjumma divers..tapi sayangnya masa kami tak sana takde la performance tu..maybe winter off kot..mayb next time..hehe..ada chance la nak merepeat lagi..



Dari sini  kami teruskan perjalanan ke Seopjikoji plak, Shooting location All In..fyi, aku tak tak tengok pon cite ni..









yang ruginya , aku tak naik sampai atas pon dek kerana tetiba perut aku meragam minta toilet, so Oshin & mak die jer nek sampai atas sana..cepat2 aku turun bawah cari toilet,tengok2 punyer la ramai manusia beratur.Nasib agak baik , ada sorang ahjussi ni suh aku gune toilet OKU, fuh lega!!..then aku tunggu diorang kat bawah jer, tak larat dah nak menapak nek atas. Mak Oshin cakap rugi tak nek atas, cantik sangat..huhu..dah takde rezeki..mayb next time..

Then kami meneruskan perjalanan ker Seongeup Folk Village..




sebelum sampai Jeju aku takde la kaji sangat sejarah tempat2 yang aku pergi..just gogel tourist attractions then bgtau Tour guide mane kami nak pergi.So bila sampai sini barulah aku tau Seongeop Folk Village ni rupanya perkampungan traditional yang masih mengekalkan binaan traditional dulu kala.Kebanyakan rumah-rumah di sini mempunyai reka bentuk yang sama and dari bahan binaan yang sama.Tapi yang herannya, kampung ni sunyi jer cam takde penghuni..Ada la dua tiga orang manusia yang aku jumpa..Pintu rumah pon tutup jer..tak tahu la mana dorang pergi.Tom pon takde cite pape just suh kami jalan-jalan jer area sini..

semangat mengunyah odeng sejuk-sejuk camni..


Kubis untuk buat kimchi barangkali..tinggal kat luar camtu jer..




Then, our final destination is Sangumburi Crater.....










Sampai sini dah petang so hari pon cam suram jer + sejuk sangat..View kat sini pada musim winter cam biase-biase jer sebab seme pokok n daun kering jer..kalau spring or autumn cantik lah kot..Then snap picture sekeping dua terus gerak balik ke Guesthouse.Overall kami cover 5 tempat jer hari ini..Kalau ikutkan banyak lagi tempat menarik kat Jeju Island ni tapi kerana kekangan masa tak sempat dah nak jejak.Esok kami da fly balik ke Seoul cz our flight back to Malaysia lusa.Tapi sekurang-kurangnya dah jejak kaki ke Jeju Island. Ok la kot. On the way balik, minta Tom dropkan kami di Dongmun Market.Oshin nak beli Seafood untuk masak tomyam.Makan besar la kami malam ni.Oshin siap bawak pes tomyam & serai bagai..Kalau travel ngan die tak yah takut lapar, segala mak nenek untuk masak die angkut dari Msia. Ingat lagi trip kami 2012 dulu, siap bawak beras bagai..beg penuh dengan makanan tapi baju bawak 3 helai jer..sabar jer la..hehhe..


sempat snap yang ni jer..sibuk memborong seafood, udang , ikan ketam..hoho..sodapnyor makan tomyam di Korea

Balik guesthouse, seme turun dapur untuk masak kecuali makcik..saja bagi makcik rest, kene hormat sikit orang tua, takkan nak suh die masak kot..aku assistant jer, oshin yang master chef..FYI, oshin ni memang terer giler masak, bakat turun temurun daripada maknya. Juga seorang tukang masak .Ambik tender kantin sekolah & menjual di bazar ramadhan. Tahun 2014 ni , Oshin dah pon berjaya membuka restoran pertama di Sungai Besar..Dasyat kan..memang businesswoman berjaya neh, siap ada restoran, cafe dan juga kedai kain cotton kat sungai besar tu.Sape- sape yang singgah Sungai Besar boleh lah ke Restoran Syurga Rasa dan jugan Syurga  Anggun. Aku ni tumpang sekaki jer la..heheh..tak talent nak berbisnes..

Back to topic, dah siap masak, then makan then tido..esok fly ke Seoul pukul 9.00 pagi so kena bangun awal.Nasib baik airport dekat je dengan Guesthouse..Lam 10 minit jer..

Till then , Wassalam

p/s Berjaya jugak abiskan entry ni..entry paling lama peram ;)