Tuesday 1 August 2017

Travelog Japan : Summer Trip 2015 ~ Day 7 : Osaka

Assalamualaikum...
Ya Allah hampir setahun tak jenguk blog...bersawang abis!!
Ke manakan daku menghilang?

September 2016, daku selamat menjadi isteri org..unplanned..jodoh da sampai so kite redah jer..Alhamdulillah semua berjalan lancar dan hampir setahun jgk la ak menjalani hidup sebagai isteri orang...lepas kawen daku sempat lagi travel ke Korea pada October, Melbourne dan Japan pada Disember. And lepas jd tunangan orang pada May 2016, aku sempat lagi berkelana ke Turki dan Hungary. Ini kerana ticket telah dibooked so, trpaksa daku meninggal husband di Malaysia and aku berjimba dengan rakan - rakan di luar negara. Perasaan sangat asing..dulu rasa tak nak balik, tapi bila dah bersuami, tak sabar2 nak balik. Adakah aku akan melupakan kegiatan travel aku selepas kahwin?? Aku pun tak pasti. Dulu ak nak buktikan pada semua kalau dah kahwin or dah beranak pinak pon insyaAllah boleh travel lagi. Ramai je backpacker2 yang sedemikian. Namun hakikatnya sangat berbeza untuk aku coz, my husband tak  berapa gemar sangat bab travel tapi dia tak pernah halang aku. Untuk aku meneruskan kegilaan aku ni, banyak perkara harus dipertimbangkan, walaubagaimana pon aku berdoa semoga aku masih punya rezeki untuk berkelana ke tempat orang walau hanya sekali setahun berbanding  zaman bujang. hehehe. InsyaAllah. 

p/s : Rasa cam nak skip jer kisah Jepun ni sebab dah lama tinggal..langsung hilang ingatan..

7 June 2015


Sambung ronda-ronda Osaka menggunakan Osaka Amazing Pass. Destinasi pertama Umeda Sky Building.











How to go : subway Umeda St, Higashi -U meda St, ( route yang aku ikut agak confuse , macam jauh sangat,

Fee admission : 1000 Yen

Yang menariknya, dekat lower ground floor buiding ni ada restoran2 yang mengekalkan ciri -ciri tradisional Jepun. For me, sangat menarik.

Next, Tempozan Ferris Wheel, berdekatan dengan Osaka Aquarium Kaiyukan. Pass yang aku amik ni tidak termasuk dengan fee masuk untuk Osaka Aquarium , so kalau nak masuk kena bayar lain, jadi aku yang memang cheapskate ni memang tak masuk la.


Osaka Aquarium

Then dari sini jalan lagi ke depan untuk naik Santa Maria Cruise, juga termasuk dalam Osaka Amazing Pass. 



Next, amik Capten Line Boat untuk ke USJ yang terletak di Universal City. Juga termasuk dalam pass. Yang uniknya semua pekerja Capten Line ni adalah wanita.



Dari jeti anda perlu berjalan kaki selama lebih kurang 5 minit untuk ke USJ. 




Macam biasa, aku tak masuk dalam pon. Save bajet. Lagipon sensorang mane ada feel nak main2 kat dalam tu. Dari sini amik train balik ke hotel. sebelum tu singgah dulu di Tsutenkaku Tower , dekat je dengan hotel. Fee admission termasuk jugak dalam pass, tapi tak de pape sangat kat atas tu.



Balik hotel solat, then keluar lagi ke Dotonbori untuk naik Dotonbori Cruise plak. Memang guna sebaik mungkin pass ni. Selagi free, kita belasah jer. Hehehe...




the best takoyaki
Dah penat, so bawak2 la pulang. Seronok tapi sunyi. hahaha.. Conclusion is aku tak boleh travel sorang- sorang. Memang mati kutu.

Ok bai..

No comments:

Post a Comment