Wednesday 13 August 2014

Travelog Korea 2 : Winter Sonata Trip Day 4 ~ Malaysian Embassy ~ Namdaemun Market

Annyeonghaseyo yorobun!
Sekarang baru ada semangat nak update after bercuti raya....syoknyer cuti..bila dah tua-tua ni, suasana raya biasa-biasa jer tapi peluang balik kampung & spend masa dengan family menjadi priority..

Now continue untuk fourth day for winter sonata trip..hari ni adalah hari yang paling tragik selepas 3 hari berjimba dengan lancarnya..sorang geng rombongan Mak Jemah lost her pasport and also money..caner boleh berlaku?? Meh aku nak citer..

pagi tu aku bangun awal sebab semangat nak tengok salji , semalam check forecast, hari ni dijangka snowing..so pagi,-pagi lagi, aku dah tercongok kat tingkap. Awalnya aku  takdela berharap sangat tapi bila tengok benda putih melayang-layang turun dari langit, Allah je tau betapa excitednya aku..maklumlah kat Malaysia jangan harap la nak tengok salji kan..so tak puas dengan tengok dari bilik, berduyun-duyun geng mak jemah ni ke Rooftop plak..


jakun sangat minah sorang ni bila tengok snow..tak sangka aku berpeluang untuk experience snowing...


Kol 7 pagi...i love snow...

Tak puas dengan berposing kat roof top turun ke bawah plak....



Segalanya berjalan lancar dan seme geng mak jemah tersenyum puas sebab berpeluang melihat salji .Namun moment happy ni dikejutkan dengan satu kejadian yang takkan aku lupa sampai bila-bila..sorang geng ni, Kak Noyin bagitau aku , beg dia hilang..dalam beg tu ada pasport dan juga duit won dalam 500 000 won...banyak tu..ah sudah!!!..ape aku nak buat ni???..duit tu takdela kesah sangat tapi pasport tu yang penting sebab esok pagi dorang dah nak terbang balik Malaysia..Mula-mula, kami semua tolong dia cari sama-sama, dalam bilik, turun naik dari bawah sampai atas tak jugak jumpa.Dia bagitau aku dia bawak beg tu masa turun bergambar tadi  tapi masa bergambar tu dia letak bawah satu pokok ni dan  lupa nak ambil balik..so aku syak memang orang lain dah rembat ni ..Aku terkejut jugak la sebab setahu aku jarang berlaku kes kecurian di Korea ni. So, tindakan selanjutnya p jumpa owner GH & minta nak tengok CCTV..malangnya CCTV tu takde plak cover area situ..So, call Malaysian Embassy tanya apa tindakan yang perlu dilakukan bila hilang pasport. 1st, kene buat report polis, 2nd kene sediakan gambar berukuran pasport & 3rd pergi sendiri ke Embassy untuk buat dokumen perjalanan sementara.Pening jugak kepala aku..Member yang lain pon kesian jugak sepatutnya hari ni adalah hari untuk bershopping sebab esok dorang dah nak balik..So decide untuk berpecah, aku temankan kak Noyin ke Embassy & other members pergi  shopping dulu kat Kwangjang Market.Nasib baik dekat..

Then, kami pergi balai polis untuk buat report, polis sana mane reti speaking, nasib baik owner GH tolong bawak dan explain kat pak cik2 polis tu.Then dia bawak pergi  kedai foto untuk ambil gambar pasport then tolong call taxi untuk bawak kami ke Embassy..Sampai sana kena bebel dengan unnie Korea, Jamilah sebab cuai, tak jaga pasport betul -betul...Jamilah ni sangat fasih speaking malay sebab dia pernah kerja di Embassy Korea di Malaysia.So nasib baik semua settle, tapi dokumen tu tak boleh siap terus & Jamilah cakap nanti datang ambil petang.So aku decide balik ke guesthouse dulu bawak dorang pergi ke  Namdaemun Market then pergi balik ke Embassy untuk ambik dokumen tu.


Inilah kedutaan Malaysia di Korea...Terletak di Yongsan, seoul..siap berangan nak kerja kat sini..
Untuk ke ke sini mengambil masa dalam 30 minit by taxi..tapi boleh jugak naik subway but still kena ambil taxi dari subway station ke Embassy..Mungkin ada hikmahnya benda ni berlaku..sekurang-kurangnya aku dah tau cara nak handle if kejadian ni berulang lagi dan  berpeluang melawat kedutaan ni..kalau tak mana orang masukkan tempat ni dalam itinerary ..hehehe..bersyukur sangat semua dah selesai dan dorang boleh balik dengan selamatnya ke Malaysia..

Akibat kejadian ni, Kak Noyin langsung takde duit untuk shopping, so aku pinjamkan dulu 100 000 won dan  member2 yang baik hati pon hulur jugak la sikit sorang..So takdela kak noyin pulang dengan tangan kosong..

Sepatutnya pagi2 tu aku bawak dorang pergi ke Buchon Hanok Village dulu barulah shopping di Namdaemun Market.Tapi bila dah jadi camtu , terpaksa cancel plan, nasib baik sempat jugak bawak dorang shopping di Namdaemun..Dalam pukul 7 , pulang ke guesthouse & aku plan untuk bawak dorang ke Gwanghamun Square & Cheongyeon Stream, tapi ramai dah tak larat & dorang nak rest je kat bilik..So yang ikut aku Kak.linda & kak Noyin jer..gigih lagi berjalan even sok pagi pukul 5 dah kene gerak dari guesthouse ke airport , flight pukul 9.35 pagi..tapi aku tak risau sangat sebab dah book airport taxi dengan guesthouse.

King Sejong



gediks!

K.Noyin & K.Linda..harap dorang tak serik travel dengan aku..hehehhe


Sebelum balik singgah dulu di Myeondong, window shopping jer...sempat pergi Yooganey tapaukan nasi goreng seafood untuk member lain di GH.

Balik tidur kejap, then bangun pukul 3 pagi untuk packing barang sebab aku akan pindah ke guesthouse lain after dorang balik.Dalam pukul 5 pagi, kami semua  tunggu taxi  depan GH untuk ke airport. Sampai airport, terus suruh dorang check in dulu sementara aku cari tempat yang sesuai untuk solat subuh sebab aku takut tak sempat bawak dorang ke prayer room.Then,  aku spot nursery room dan  panggil dorang solat kat situ..Tengah duk solat tu boleh plak la sorang officer airport ni duk "excuse me" berulang kali..so aku pon terpaksa berenti solat, then die cakap tak boleh solat kat sini. Terpaksa cari tempat lain pulak untuk solat.Waktu pon da hampir habes then aku solat sambil duduk jer kat kerusi area kaunter AirAsia tu .

Then, aku hantar dorang ke boarding gate, sempatlah aku bersalaman & minta maaf, & halalkan segala kekurangan & kesilapan.First time jadi tour guide tak bertauliah memang banyak kekurangan la, namun aku rasa aku dah cuba sehabis baik untuk memuaskan hati semua orang.Harap -harap semua ahli rombongan Mak Jemah berpuas hati dengan khidmat aku yang tak seberapa ni.Halalkan segalanya & terima kasih sudi menggunakan khidmat saya..Till we meet again  in next trip..InsyaAllah


Then, aku pon pulang ke Seoul sorang2...entah kenapa , masa dalam train tu, aku rasa sedih pulak,menyesal tak ikut dorang balik sekali..Mampu ker aku survive sorang-sorang di Seoul untuk 3 hari ni?? Wait & see!

Annyeong!

Alone & Lonely



No comments:

Post a Comment