Sunday, 17 August 2014

Travelog Korea 2 : Winter Sonata Trip Day 5~Gangnam Style ~ Buchon Hanok Village ~Chandeokgung Palace ~ Backpacker Inside

Salam 1 Malaysia..
Bersambung lagi kisah winter sonata trip di Korea.. aku pun tak tahu la kenapa aku obsess sangat dengan Korea. Dengar je apa-apa isu berkaitan Korea , automatik aku akan respon..orang selalu tanya, best sangat ke Korea sampaikan tiap -tiap tahun balik Korea? Apa yang best kat Korea? tak bosan ke dengan Korea? ...tapi sebanyak banyak pon soalan kenapa aku suka korea , aku memang takde jawapannya..apa yang aku tahu, kalau boleh tiap-tiap tahun pon aku sanggup pergi Korea..ini bukan suka, ini gila namanya..hehehe..suka hati aku la..yang penting aku tak susahkan orang lain..aku susahkan diri aku sendiri..hehhe...merepek sampai mana dah hah???? ok2..back to the main topic..

Bersambung dari kisah aku hantar geng Mak Jemah balik Malaysia..so, dalam subway tu aku duk fikir mana aku nak pergi hari ni...kalau ikutkan aku nak jugak terjah Busan  dan Mount Seorak, tapi tetiba hilang semangat dan keberanian untuk naik bas sorang -sorang ke sana, then aku decide untuk jalan -jalan area Seoul jer..then aku decide untuk ke Gangnam sebab trip sebelum ni aku tak sempat terjah Gangnam..nak jugak tengok apa yang special sangat dengan gangnam style ni..aku naik Arex sampai seoul station then ambil line no 3 , stop at Apgujeong station..ini betul-betul terjah, memang takde proper plan..


Keluar dari exit 6,  terus jumpa Gangnam Tourist Information Centre.Singgah kejap ambil segala map untuk panduan..kalau rujuk map tu, banyak jugak tempat best area Gangnam ni , etc Apgujeong Rodeo Street, Garosu-Gil , namun kerana ketidakpandaian aku membaca map, satu hape pon aku tak jumpa, so aku redah sendiri ikut gerak kaki dan gerak hati..Gambar pon suka hati je snap, mana yang aku rasa menarik tu, aku click jer..tapi kan best jugak rupanya jalan sorang-sorang ni..Free je..nak ke kiri ke ke kanan ke, sesat ker, tak de orang peduli. yang tak best tu bila takde kawan nak bercakap dan yang paling penting tak de orang nak snap pic aku..adehhh..spoiler betol!








Jalan lagi  terjumpa Dosan Park, kalau sesape ada tengok cite Kimchi Raya, dorang ada shoot kat sini, kalau tak silap aku la, tak tahu la, kalau ada park lain pulak..hehehhe..


minta tolong unnie jual yogurt snap pic aku..lepas saje la buat2 tanya pasal garosu-gil, then dorang dengan baik hatinya bawak aku pergi sana



Garosu-Gil...cam takde ape pon, sunyi sepi..mana pergi semua orang..or tempat ni happening waktu malam jer??


spot model tengah photoshoot..







Boleh pulak terjumpa JYP ni, aku tak ingat da masuk lorong mana, jumpa plak..even aku tak layan sangat KPOP ni, tapi nak juga ambil gambar bukti da jejak kaki..terkulat-kulat aku kat situ, takde sape aku boleh minta tolong untuk ambik pic aku, aku pon heran mana pergi semua orang neh, even cafe depan JYP tu pon lengang jer....
Then, dari situ kembali ke pangkal jalan, cari subway station paling dekat, tak ingat da station mana, dari situ aku plan ke Buchon Hanok Village.so ambik line 3 terus ke Anguk Station, ambik exit 2, terus je sampai jumpa information centre..

Guess what??? its snowing!!!!!!...Subhanallah, lebat plak tu...terjakun sekejap aku kat situ..orang len siap berpayung bagai sebab snow yang tersangat heavy..aku boleh pulak minta sorang ahjumma amikkan pic aku tengah snow tu..memang sengal habis, takde rasa sejuk da, excited tahap max..


Nampak tak betapa lebatnya snow itu..arghh..i really love snow...

dek kerana snow yang terlampau lebat, aku terpaksa jugak beli payung..takkan nak basah sepanjang jalan, kasut pon dah tak de rupa kasut dah, rupanya concept snowing ni sama je cam hujan turun, hari gelap, guruh berdentum dentam, lepas tu jalan pon lecak je , kotor..hehehe..terserlah kekampungan aku..hehehe..lantaklah..

padang sekolah rendah..Guard ahjussi amikkan pic..




Choong Ann High School..Winter sonata shoot kat sini..weekend je boleh masuk dalam..


personal taste -sanggojae





then, aku melencong ke Chandeokgung Palace, fee entry 3000 won,  bersebelahan je dengan Buchon Hanok Village ni..lagipon aku tak pernah lagi pergi palace ni, so boleh jugak abiskan masa di sini..


indahnya....



Kat sini, aku berkenalan dengan sorang kawan dari Paris, Marwa, berasal dari negara Arab tapi dah lama menetap di  Paris sebab ayah die kerja kat sana.Kebetulan dia pon sorang-sorang, then dia minta tolong aku snapkan pic dia, then dia suggest jalan sama-sama sebab kami masing-masing keseorangan..hehhe..Kebetulan pulak, kami sama umur , panjang jugak la sembang even tak berapa lancar speaking..siap cite bab2 family, kerja & soal hati..lawak la plak..yela baru kenal kejap boleh pulak cite panjang...sometimes kita lagi selesa share sesuatu dengan orang yang kita tak kenal..betul tak???  hehehehe...Dia ni study kat Jepun, tapi saja berjalan ke Korea sebab dapat flight murah..die siap ajak aku pergi Paris plak, nanti boleh stay rumah dia jer..erm..tak tahulah kurun bila boleh sampai sana..InsyaAllah kalau ada rezeki...




Next, aku bawak si Marwa ni pergi Namdaemun Market untuk makan kebab sebab dia complaint sini susah nak dapat makanan halal.Aku cakap, actually banyak je makanan halal especially kat Itaewon tapi mungkin sebab dia kurang study pasal Korea ni , men terjah jer tu yang susah sikit.Lama pulak la si Marwa ni sembang dengan owner Kebab tu..maklumlah jumpa orang kampung. Yang aku kagum dengan si Marwa ni , dia boleh cakap banyak bahasa, English, France, Arabic and also Japanese..salute sangat! tapi Hangul tak tahu..bab tu aku lebih sikit je dari dia..hihihi..
Dari situ, kami berpisah, aku balik Kimchi Guesthouse ambik barang-barang aku untuk pindah ke Inside Backpacker  and dia pon  balik Gh jugak di Hongdae.Hi hi bye byer and janji untuk sentiasa contact each other..banyak kali pesan kalau pergi Paris jangan lupa contact dia..i will , itupon kalau sampai la...

Dari Kimchi GH ke Inside Backpacker sangat-sangat la menyeksa diri aku..dengan beg berkilo2 beratnya, backpack lagi, beg sandang lagi, beg nyonya cina tu lagi, tak tahu la aku beli apa dalam masa 5 hari ni, nek bas suka hati aku pahtu bas stop jauh dari GH..Azabnya mengheret beg Tuhan je yang tahu, pahtu takdak sekoq pon mamat korean yang nak tolong aku angkat beg , semua pandang and blah jer..tau la aku tak secantik song hye kyo, sampai hati korang...akhirnya sampai jugak kat Inside Backpacker, check in dorm, ramai la plak penghuninya, dapat pulak katil atas..tak syoknyer...dapat katil terus tidoq...penat yang amat...tetiba sebelum lena, boleh plak rasa sunyi and rindu sangat kat Malaysia..camni rupanya perasaan sorang-sorang kat negara orang..Mokkk, aku nak balikkkkkkkkkk!