Monday 29 December 2014

Travelog Melbourne : Summer Trip ~ Preparation & Departure

Assalamualaikum...
Baru berpeluang nak jenguk after berhibernasi selama 2 minggu di kampung Ganu.. Hujan2 ni memang duk berselimut tetangga je la jawabnya.. lagipun kat kampung aku tu langsung tak dapat line tenet. Dari zaman aku belajar lagi sampai dah keje cam gitu jugak lembabnya. Siput pon laju lagi kot. So tak de la sempat nak update Trip Melbourne ritu. Ni gigih nak recall balik memori - memori yang hampir terkubur tu.. Sebelum aku amnesia , baik aku cepat2 update..

opps ..Sebelum tu, nak ucapkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir di semua negeri terutamanya jiranku Kelantan dan Pahang. Alhamdulillah sepanjang aku bernafas, kampung aku tidak pernah mengalami banjir cz kawasan agak tinggi. Apa nak dikata, dugaan dari-Nya, kita sebagai hamba tidak layak mempersoalkanya. Terima dengan redha dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang lebih taat. Tapi good news untuk aku, cuti persekolahan ditambah lagi seminggu..seronok memang seronok tambah cuti tapi aku bersimpati dengan cikgu2 yang berkhidmat di sekolah yang terlibat dengan banjir. Memang kena kerah tenaga habisan la untuk  bersihkan sekolah dan kelas.

Satu lagi kejutan untuk dunia  flight Airasia Indonesia pulak hilang entah ke mana. Tak nak komen banyak2 cuma aku harap nasib QZ8501 tidak sama dengan MH370. Alfatihah untuk kedua-dua tragedi untuk penghabisan Tahun 2014 ni. 

Dah banyak sangat melalut. so back to main topic, my trip to Melbourne. Semestinya fly dengan Airasia dengan rege ticket RM767 return. Aku book ticket ni Disember 2013. Gigih tunggu setaun baru fly. Sambil -sambil duk setahun tu  buat la preparation sikit2. Study bagai nak rak tu awal2 tahun jer..Semangat punya pasal.
Kejadian ini berlaku pada 30 Nov  - 8 Dis 2014. Total day kat sana 7 hari + 2 hari travelling days. Untuk trip kali ni, aku pergi dgn kawan2 belajar aku seramai 4 orang, Aku, Oshin, Umrah & Sara. Kene heret jgak kawan2 cz aku takde keberanian lagi untuk travel sorang2 & of kos mak aku takkan bagi restu kalau aku prgi sorang2.

Antara preparation yang aku buat :

1. ETA ( Electronic Travel Authority) - aku buat dengan Cik Intan dalam bulan Mei dengan harga serendah RM20 jer..mmg murah sangat2. Mulanya aku risau jugak kot2 ETA aku tu tak lepas masuk OZ sebab just kontek Cik Intan ni thru email jer. Tapi yakinkan diri sebab byk blogger yg buat dengan dia. Then Alhamdulillah selamat masuk & selamat keluar pon dari Melbourne.FYI, untuk sesape yang berhajat ke Australia ni memang wajib buat ETA ni lebih  kurang visa la. Bila Cik Intan email benda tu then suh aku print je kat kertas putih bese, aku cam was -was juga betul ke rupa bentuk ETA tu camtu sebab setau aku visa ni orang tepek lam pasport . Rupanya setelah aku godek macam- macam  blog untuk rujukan so memang gitu le namanya ETA.

2. Accomodation - Aku stay kat Hotel Ibis Budget CBD Melbourne dengan harga 564AUD for 6 nights, family room boleh muat 4 orang . So sorang dalam 141 AUD untuk 6 mlm.Masa book kene bayar terus pakai kedit kad.   Setelah aku ambik masa berbulan-bulan untuk sevey, aku decide untuk stay kt IBIS kerana ni la hotel paling murah & paling strategik bagi aku. Mulanya nak stay kt Malaysian Hall, tapi bila aku compare harga lebih kurang jer  plus Malaysia Hall jauh sikit dari bandar & IBIS ni tengah2 bandar so aku pilih IBIS and hasilnya memang tidak mengecewakan. Sangat2 berpuas hati & memang recommended!

3. Trip to Philip Island & Great Ocean Road - Orang cakap kalau da sampai Melbourne ni harus + wajib pergi Great Ocean Road. So trip ni memang priority aku. Then aku decide untuk ke Philip Island juga sebab kebanyakan itinerary yang aku baca memang p sini so aku masukkan jugak dalam iti aku. Mulanya aku nak sewa kete je untuk ke 2 tempat ni tapi bila duk pikir2 + bincang2 dgn member, kami decide untuk amik tour jer sebab lagi senang & tak nak amik risiko drive di negara orang. Semua pompuan plak tu. Sebab len, Ibis takde sediakan parking so kalau sewa kete susah plak nak pikir mana nk parking. Nak senang amik tour je even kos agak mahal compare sewa kete. Nak pilih tour mane pon jadi masalah jugak sebab aku ni jenis yang nak murah jer, so survey punya survey aku decide book tour yang sedang2 harganya . Tak mahal sangat tak murah sangat. Kang kalau amik murah sangat , risau plak service tak memuaskan hati. So aku book dengan Melbourne Australian Tours . Untuk GOR Trip, aku bayar 75AUD and Philip Island 90 AUD. Itu pon naib bek ada discount.Actually, ada lagi murah cam Extragreen Holidays, Odyssey, tapi aku tak nak amik risiko sebab murah sangat. dalam 45AUD je . Kita pergi sekali je kot seumur hidup, mahal sikit takpe asal puas hati. 

4. Duit Belanja - Aku tukar dalam RM2300 (775AUD) untuk 7 hari. Rate: 1AUD = RM2.95. Alhamdulillah lebih daripada cukup untuk basic expenses siap boleh shopping barang kiriman sedara mara lagi..hehehe.

5. Stok makanan - Memang tak bawak langsung sebab malas nak declare and risau plak bila baca kesah2 kat kastam sana. So malas pikir banyak bawak diri jer la. Siap niat nak puasa kat sana sebab makan sana mahal sangat. Aku bajet RM300 untuk makan tapi habis dalam RM 200++.  

6. Lain - lain - Pakaian biasa cz aku pergi early Summer. Tshirt /blouse jer. Blogwalking hari-hari untuk fahamkan transport system kat sana. & hari-hari tengok kalendar..hehehe.. Tak sabar weh!


                     
 Hari kejadian : 

30 November 2014

Nak dijadikan cerita, aku kena hantar final project paper ke UPSI pada tarikh ni tapi kebetulan jatuh pada hari Ahad so forward hantar 1 Dis. So flight aku kol 10.20 malam, pagi sampai petang tu aku duk menghadap laptop lagi siapkan project ni. Tula padahnya last minute punya kerja.Dalam kol 3 aku setelkan semua & minta tolong member aku hantarkan pada hari Isnin. Takkan la aku nak pos dari Melbourne kot. So dalam kol 5 gerak ke Dengkil, umah kakak aku, then dalam kol 6.30 , dia hantar aku ke Putrajaya Sentral, nek ERL je ke KLIA2. Janji dengan dorang kol 7 jumpa di sana. Sampai je terus solat jamak maghrib isyak & tunggu dorang kat kaunter. so dalam kol 8.30 dah siap check in except Oshin yang tak sampai lagi. Kawan aku ni sempat lagi join tournament badminton, kol 5 baru gerak dari Sg Besar, aku duk risau takut tak sempat. Boleh plak dalam 9.30 tak sampai2 lagi. Aku suruh Sara masuk sana dulu  untuk roger kami kat luar ni. Dahla dari depature gate ke boarding gate tu jauh yang amat. Bayangkan dalam kol 9.45 mlmbaru Oshin sampai then kami berlari pecut menuju ke gate Q10. Jauh kot! Dalam hati ni  memang aku marah la, dah la baru lepas makan boleh plak kene lari pecut dengan bdn aku yang bam2 ni. Sampai jer kat boarding gate, passenger dah beratur. Nasib bek sempat. Aku diam je tak cakap pape.



Tepat 10.20 p.m , flight ke Melbourne take off and selamat landed at Tullmarine Airport, Melbourne tepat kot 9.20 a.m waktu tempatan.Waktu di Melbourne adalah 2 jam lebih awal dari waktu di Malaysia. 


yahoo!! Da sampai Melbourne. One of my dream , nak jejak ngara omputih. Tak mampu lagi p UK



Alhamdulillah, tak de pape masalah berurusan dengan kastam. Smooth je process. Aku tercari-cari juga anjing besar yang diceritakan dalam blog2 sebelum ni , Takde plak. Tak bangun tidur lagi kot. Tak sampai sejam pon urusan , sedar -sedar kami dah tercongok depan kaunter Skybus. So untuk ke CBD, kami nek skybus yang akan stop kat Southern Cross Station dan dari situ kami menaiki minibus (hotel transfer ) ke IBIS budget Hotel. Dah termasuk dalam harga Skybus. Lupa nak bagitau, harga ticket 30AUD return, so dia akan bagi sekeping je ticket untuk 4 orang, kena simpan betul2 untuk balik nanti. 

Sampai je kat hotel, aku betul2 bangga dengan diri aku sebab pilih hotel yang sangat strategik. Tram depan hotel jer. Untuk ke Flinder St Station pon boleh jalan kaki. Thanks to blogger WanderlustDJ untuk review yg bagus.


Lovely day.. i like!
Kami bernasib bek cz bilik dah ready untuk check in. Sepatutnya check in kol 2 ptg. So boleh la segarkan diri dulu sebelum explore Melbourne City.

baru 1st day, bilik dah sepah camni.. hahha



Bagi aku, bilik ni memang dah cukup selesa dan memuaskan hati. Berbaloi la dengan harga. Kalau ada peluang datang lagi memang aku akan stay sini jer.

Then, masing-masing ambik peluang untuk siapkan apa yang patut. Plannya lepas letak barang nak keluar terus tapi memandangkan dah dekat zohor, so kami decide untuk solat dulu. Pahtu boleh merambu sampai malam. Sedar-sedar semua membungkang dulu smentara tunggu zohor. Aku siap lena di sejadah lagi dengan bertelekung.

Then, after dah siap solat, kami pon bersedia untuk mengexplore CBD. Destinasi pertama?? erm.. Boleh tak cite next entry je??...ngantuk dah ni.. ok bai !


No comments:

Post a Comment