Tuesday 30 December 2014

Travelog Melbourne : Summer Trip ~ Day 1


Good morning!
Semalam kol 4 pagi baru lena..tetiba homesick plak.. tringat my omma kat kampung.
ok. Sambung cite,

1 Disember 2014

Hari ni plan nak pusing CBD jer. our 1st destination is Victoria State Library. Running Man pernah shoot kat sini dalam episod dengan Rain tu.  Jalan jer dari hotel kaki. Sebelum tu singgah Mart dulu beli MYKI kad , prepare untuk nek tram. Harga kad 6AUD, then kami top up 7.20 AUD lu. Kalau ikut plan hari memang tak guna lagi kad ni tapi saja kami beli siap2.


On da way ke State Library, nampak restoran halal, Nelayan tapi kami plan nak singgah dinner nanti sebab kami dah alas perut dgn roti. Untuk ke State Library, kami singgah posing kat Bourke Street, memang happening tempat ni, ada beberapa mall etc H&M, Zara, Emporium tapi tak masuk pon.




Dari sini gerak ke State Library.









Masuk dalam cari spot Running Man.. feeling students kat sana. semua orang khusyuk study. Kami jalan terhendap-hendap cam pencuri , takut cz seme orang fokus je study.



Next destination, RMIT. Dari library ni jalan atas sikit then jumpa RMIT.. Suka design bangunan2 RMIT ni. Unik.




Then patah balik ke State Library . Kami plan nak nek free city circle tram plak dari sini.

city circle tram map

Untuk save kos transport boleh gunakan servis city circle ni.  Kebanyakan tempat wajib prgi dicover oleh city circle ni.  Tapi, biasala kalau bende free ni memang jadi rebutan. Setiap kali naik memang penuh aje, tapi kami tak kesah asal free.. Heheh.

Ni rupa bentuk free tram tu. No 35. Ada 3 kaler, selain kaler cam kat atas ada kaler hijau and kaler pink. Unik sangat.


So kalau nak save bajet, boleh nek tram ni sampai lebam. Tapi ada jugak certain tempat kene nek tram berbayar.

Dari State Libary , kami amik route menuju je Flinders St Station. Padahal boleh jer jalan kaki , tapi saja nak try free tram ni. Masa kat Parliment St, tram ni stop lama sikit bagi peluang tourist2 ni bergambar di Parliment House. Kami pon turun skali.



Then teruskan perjalanan ke Federation Square. Bila da round2 kat situ baru prasan Hosier Lane kat seberang jalan.Hosier Lane ni femes dengan hasil contengan yang menghasilkan lukisan pada dinding bangunan yang dikenali graffiti.










Seterusnya kami menuju Melbourne Visitor Centre. Saja nak tengok2 & tanya direction ke Eureka Sykdeck. Melbourne Visitor Centre ni bersebelahan Federation Square & berdekatan dengan Flinder Street Station. Untuk ke Eureka Sykdeck ni, boleh je jalan  jer menyusuri Yarra River. Saja prgi petang sebab nak tengok sunset dari Sykdeck.




Flinders Street Station..
Pekena Churros di Flinders S. 1 set ni 9.90 AUD... Umrah belanja..sedap! 



Sebelum ke Eureka Skydeck, kami bersantaian di tepi Yarra River. Yarra means sungai. So lepak sekejap di tepi ' sungai sungai'.




Dalam kol 6 ptg kami gerak ke Sykdeck Eureka88. Fee admission for adult sebanyak 19.50 AUD. Nasib bek ada amik coupon discout kat Ibis Hotel pagi tadi, so kami kena bayar 17.50AUD je per pax.  Kami ikut route lam map kat bawah ni.

copy dr Google



Plannya nak tunggu sampai malam cz nak tengok sunset and view pada waktu malam. Tapi punyerlah lama aku tercongok kat tingkat 88 tu takde nampak tanda-tanda matahari terbenam. Cz of summer , siang sangat panjang, kol 8.30 mlm pon still cerah lagi. Tapi penantian kami agak mengecewakan cz tak berpeluang menyaksikan sunset. Sedar-sedar dah malam. Hampir 3 jam jugak la kami kat situ , then kami decide untuk turun kerana masing2 dah lapar. Alas perut dengan roti je mana tahan. 





satu-satunya pic sunset berjaya disnap
Keluar je dari skydeck tu, mak ai sejuknyer. Ingatkan summer ni takdela sejuk sangat. Then dari situ kami menuju ke Nelayan Restaurant yang terletak di Swanston Street untuk dinner. Sampai sana, tengok kedai dah tutup. Penat je jalan jauh2. Then, aku suggestkan makan kebab jer. Then merayau lagi cari kedai kebab tu. Aku refer pada map yang aku dapat dari blog tapi tapi tak jumpa. Tetiba ternampak malaysian kat situ, terus tanya kot2 dorang tau kedai makan halal kat situ, dia cakap jalan depan sikit ada kedai kebab. Fuh nasib bek jumpa. Actually kedai ni dekat je dengan hotel kami, tapi disebabkan pergi ke Nelayan dulu, kira macam pusing balik la.  Kedai kebab ni bersebelahan dengan Lord of Fries di hujung bangunan. Dorang order nasi briyani, aku order kebab je sebab dah malam sangat. Tak larat dah nak telan nasi. Tapi harga sama jer. 10 AUD. 

kalau nak ke kedai Kebab tu, boleh refer map ni. Dekat dengan Greenhouse Backpacker.  
 Masing - masing kenyang, then gerak balik ke hotel. Malam masih muda tapi kami dah tak larat nak pusing + kebanyakan kedai- kedai di Melbourne ni tutup seawal 6 ptg. Mayb australian mementingkan quality time bersama family, so malam memang tak de kedai yang beroperasi. Even shopping mall pon tutup seawal 6 ptg berbanding negara kita yang buka sampai malam. Balik bilik, mandi, solat then tidur. 

Till then, wassalam


No comments:

Post a Comment