Sunday 22 November 2015

Travelog Japan : Summer Trip Day 4~ Kyoto - Osaka

4 June 2015

Last day di Kyoto. Plan hari ni melawat Kinkakuji Temple dan Kiyomizudera Temple. Then gerak ke Osaka sebab K.Didi & K. Ezly akan fly ke Malaysia malam ni. Aku?? bertapa kat Osaka lagi 4 hari gara2 aku datang lambat ari tu so ak decide tuk extend lagi 4 hari sorang2. Nervous but excited. Kita tengok leh tak aku survive sorang2. 

So malam tadi da siap packing seme barang sebab pagi2 nak check out dah. Tumpang simpan luggage kat Luggage store. So seawal pagi kami keluar dari guesthouse. 


Sempat posing depan guesthouse. Next kami singgah di Family Mart sebelah GH ni untuk beli 500 Yen one day pass untuk ride bus di sekitar Kyoto ni. Then jalan kaki jer ke bus stop untuk tunggu bus ke Kinkakuji Temple ( Golden Pavilion). Jangan tertukar dengan Ginkakuji (Silver). Untuk ke tempat lawatan di Kyoto ni anda perlu confirmkan bus stop mana yang perlu anda tunggu. Study map & confirmkan no bus yang perlu anda amik untuk ke tempat yang dituju. Di shijo kawaramachi saje pon ada bus stop dari A - J ,Tapi bus stop dekat2 jer . Nampak cam complicated but once anda dah ada di sini , Insya Allah senang jer. Confirm tempat, no bus dan no bus stop. Kalau tak tau jugak sila bertanya orang sekeliling. Dun worry. Japanese sgt friendly & helpful. So korang mesti sampai jugak tempat yang hendak dituju. 





Nampak tak map bus stop kat ats ni? Dekat jer. Dah ada no bus dan nama tempat di Map ni. So dun worry, Senang jer, hihi,, konon je la. Padahal terkial2  jugak kami.

So mari menuju ke Kinkakuji Temple.  Kami nek bas no 205 and stop at Kinkakuji Michi . Kalau tak sure no bus pon just nek je bus yang tulis Kinkakuji. Ada signboard lam English yer. Jangan risau.

" Kinkaku-ji is one of Kyoto's leading temples. Its formal name is Rokuon-ji. It was built at the end of the 14th century originally as a villa for Ashikaga Yoshimitsu, the shogun at the time. After Yoshimitsu's death, as indicated in his will, the building was converted into a temple of the Zen sect of Buddhism, which is famous for the practice of zazen, or religious meditation (a major method of Buddhist training, and method of meditation for establishing one's foundation in Zen Buddhism). The shining Kinkaku ("Golden Pavilion") is a symbol of Kyoto. This temple has been burnt down many times in the flames of war and other conflagrations, and more recently by arson, which incident has been made famous by Yukio Mishima's novel, Kinkakuji (The Temple of the Golden Pavilion). However, it was restored in 1955, with major improvement work being done on it in 1987, so that all of the gold leaf has been replaced. Recognized by UNESCO as a World Cultural Heritage, Kinkaku-ji is one of the historical buildings most representative of Japan." - Japan National Tourism organization.

Entry fee : 600 Yen





Memandangkan sekarang summer, so byk la skolah yang buat lawatan ke bersejarah sekitar Kyoto ni. Dari Tokyo pon ada. Task ni memang terdapat dalam sukatan kurikulum dorang, Bagus kan?? So tak heran la pergi mane2 pon memang berderet la budak2 sekolah.







Next , kami ke Kiyomizudera Temple.

Dari Kinkakuji Temple kami nek bus no 59  then stop at Shijo Keihan Mae then amik bus 207 ke  Kiyomizu Michi  .Then dari situ menapak ke Kiyomizu Temple dalam 10 minit kot. Menapak nek bukit. Fuh putus nafas. Dah la cuaca hari ni agak panas. Kiyomizu Temple ni terletak area Higashama & Gion which is sangat dekat dengan Khaosan Guesthouse. Boleh je jalan kaki tapi kami tak nak bazirkan tenaga & alang2 dah beli bus pass tu.



Sebelum sampai Kiyomizu Temple, kiri kanan penuh dengan kedai jual souvenier. Memang meriah la. Berderet manusia.










Ramai minah-minah pelancong dari China/ Taiwan /korea yang sewa kimono. Excited sangat la tengok. Padahal bukan asli japanese pon. Layankan jer








Dah puas berlegar -legar di luar moh kita masuk dalam. 
Entry fee : 600 Yen.



What's so special about this temple? temple ni dibina sepenuhnya menggunakan kayu tanpa sebatang paku. Yang kat atas ni tempat sembahyang dorang. Kebanyakan japanese beragama Budha.






Then, follow crowd turun bawah. Kat bawah ni terdapat tempat orang duk tadah air suci mengikut kepercayaan mereka dari Otawa Waterfall. Ramai la duk beratur tadah ayaq tu.





Bukan men cerah lagi cuaca hari ni. Sampai sunburn la muka aku. Dah abis pusing2 dalam ni so kami decide untuk gerak balik sebab lepas ni kami terus angkut beg ke Osaka. K.didi & K.Ezly akan bermalam di airport coz flight dorang esok pagi , aku pulak check in kat hotel di Osaka.

Balik pula, amik bus no 100 then stop kat Gion Bus Stop. Saje jer pusing2 area situ plak. Kalau malam2 area Gion ni ramai geisha2 akan kelihatan. Nasib tak baik tak sempat nak mengusha Geisha.



Kamo River from Shijo Bridge. I will miss this place.  Beautiful & calm
Kami menapak jer dari Gion ke Shijo Kawaramachi. Sempat lunch dulu sebelum gerak ke Osaka. Kali ni pekena sushi plak.


Cam gini pon 920 Yen.

Then terus balik ke Khaosan Kyoto Guesthouse untuk amik beg & tumpang solat sebab dah masuk zohor. So solat siap2 senang nanti dah sampai Osaka takde la terkial2 nak cari tempat solat.

Sayonara Kyoto!
Dari Shijo Kawaramchi kami amik Hankyu Line stop at Umeda Station. Fare 400 Yen.


Sampai di Umeda Station, menapak ke Umeda Subway untuk ke Namba. Fare dari Umeda ke Namba ,240 Yen.  Destinasi kami ialah Dotonbori. Sempat simpan luggage kat coin locker di Namba Subway Station. Kami gunakan hyperdia untuk navigate which route paling senang & murah. Memang recommended untuk gunakan aplikasi hyperdia ni. Memang sangat2 membantu.

Bila sampai di Osaka, kami agak terkesima coz terlampau sesak dengan manusia & semua orang rushing seolah2 kejar sesuatu. Kalau berdiri tengah2 memang kena langgar je la. Agak shocked jugak la sebab sebelum ni kat Kyoto tenang jer. Takde la nampak semua terkejar2 cam tak cukup tanah.



Then dari Namba gerak ke Dotonbori. Tujuan utama semata2 nak bergambar dengan Glico Man. Huhuhu. What the??? Alang2 dah sampai Osaka harus la ke sini. Saje bagi peluang untuk k.Didi & K.Ezly sebab dorang dah nak balik esok.





Dalam kol 10 camtu kami pon gerak amik beg dan berpisah mengikut tujuan masing2. K. Didi & K.Ezly gerak ke Kansai Airport aku pula ke Hotel Toyo yang terletak di Dobutsuen- Mae Station. Nervous jugak sebab sorang2 nak cari hotel tu. Sedih juga kene tinggal sorang tapi ni la peluang aku untuk beranikan diri travel sorang. So dari Namba station amik subway menuju ke Dobutsuen Mae Station. Fare 240 Yen. Exit 2 Kalau tak silap. Menapak dalam 3 minit then jupe Hotel tu. Alhamdulillah selamat sampai. Aku pilih hotel ni sebab dalam banyak2 hotel yang aku sevey hotel ni paling murah dalam 1600 Yen je semalam. Tapi aku amik bilik paling basic & shared bathroom. Tak kesah la. Mana nak dapat hotel dengan harga tu di Jepun tapi memang selesa la bagi aku yang demand tak bape tinggi ni. Asal boleh lelap sudah.






Sangat2 basic tapi cukup selesa & bersih. Tapi yang tak syoknyer bilik air kat level ak ni under renovation so kalau nak mandi kene turun level 1. Aku kat level 3. Nasib badan la.



Nanti kalau rajin aku buat review pasal Hotel Toyo ni. Bukan Toyol ye tapi Toyo. Memang aku recommend sangat2 untuk traveller budget cam aku ni. Bagi aku tak perlu la nak berabis duit tang hotel , cukup la kalau leh lelapkan mata. Aku ni plak jenis campak kat mana2 aku boleh tidur insyaAllah. So takdela kesah sangat. Kalau boleh memang aku akan cari accomodation paling murah tapi yang penting dekat dengan station train/subway.

Gud Nite! Esok sambung meronda sensorang. Oyasuminasai Minna San!





No comments:

Post a Comment