Wednesday, 18 November 2015

Travelog Japan : Summer Trip 2015 ~ Day 3 : Nara

3 June 2015 

Bersambung ceritera di Japan. Hari ini plan ke Nara plak. Travelmate teringin nak bermesra dengan rusa Nara yang femes di ceritakan oleh traveller yang pernah ke Nara. Tapi yang spoilnya bangun pagi, hari hujan pulak. kalau summer memang macam tu la. weather unpredictable. kalau hujan tu memang susah dah berhenti. Tapi kami dengan gigihnya teruskan juga plan ke Nara dengan harapan bila sampai sana hujan tu dan berhenti. Tapi nan hado. Hujan sampai sudah. 

Selesai brekpes kami terus keluar meredah hujan, nasib baik guesthouse sediakan payung free untuk digunakan. Untuk ke Nara , kami perlu ke Kyoto Station dan seterusnya amik JR Nara Line. Untuk ke Kyoto Station plak kami kene nek kyoto City Bus dengan fare 210 Yen one way. So after discuss, kami decide untuk amik One day Pass Kyoto city Bus dengan harga 500 Yen di mana kami boleh gunakan pass ini untuk ride bas sebanyak mungkin dalam sehari tu. So dah plan nanti balik kami akan ke Nijo Castle so kami rasa lagi berbaloi kami gunakan pass tersebut. Singgah di family Mart beli pass boleh plak bagi kami map dlm bhs Jepun. Confirm tak reti baca, So faham2 sendiri je la

Kyoto city bus~ buy one day pass for only 500 yen and u can use it for one day to go attraction places around kyoto..worth it!!!..tengok map bukan men serabut tapi once korang dah hadap sendiri insyaAllah boleh jer. 

Then dah sampai Kyoto Station terus beli ticket ke Nara.

620 yen one way 
Lebih kurang 1 jam jugak la perjalanan ke Nara. Siap boleh tertido lagi dalam tren. Unfortunately dah sampai Nara pon hujan belom menunjukkan tanda akan berhenti. So nak tak nak redah je la. 

Meh tengok dulu ape yang menarik di Nara ni. Actually kebanyakan orang singgah di Nara ni bertujuan untuk bermesra dengan rusa Nara yang jinak tu. Kalau kat Malaysia kene pergi Zoo baru jumpa. Tapi kat sini rusa -rusa ni hidup bebas di Nara Park ni. Selain dari rusa sebagai tarikan utama, kat sini jugak banyak temple yang boleh diterjah tapi kami kurang berminat dengan temple so kami terus ke Nara Park untuk melihat sendiri rusa tu, Kira -kira 10 minit kami menapak dari Station ke Nara Park. Follow signboard jer. 

dah nampak dah cik rusa nani..tapi kurang meriah sangat sebab hujan. ramai duk menyorok kot





Dua ekor cik rusa berebutkan biskut tesco. Actually tak boleh bagi makan sebarangan, tapi aku selamba jer bagi . Siap kami bagi makan keropok segera Ganu g. hah


Next, kami terjah Naramachi plak. Naramachi ni kediaman  yang masih lagi mengekalkan ciri -ciri tradisional. 


"Naramachi (奈良町, literally "Nara Town") is the former merchant district of Nara, where several traditional residential buildings and warehouses are preserved and open to the public. Boutiques, shops, cafes, restaurants and a few museums now line the district's narrow lanes" - Japan Guide








Dalam duk merayau tu area sini sebab ikut je kaki terjumpa plak pejabat pos. Terus k,didi cadangkan hantar poskad kt alamat sendri. layan jer. Tapi sampai sudah la poskad tu xsampai ke tangan aku. Tak tau la mana cicirnyer. Yang pelik tu k.didi dan k.ezly punya sampai la plak. 



Then dari Nara  gerak balik ke Kyoto. Sama jugak amik JR Nara Line, fare 620 Yen.
Dari Kyoto station amik Kyoto City Bus ke Nijo Castle plak . Gune jer pass yang dibeli pagi tadi. Tak ingat dah bus no brape.

 Fee entry Nijo Castle : 600 Yen







Satu hari suntuk, hujan tak berhenti pon. So redah je la. Mood berposing pon tak bape ada da. hujan manjang. Takpe la.Then dari Nijo Castle kami gerak balik ke Shijo Kawaramachi. Gunakan pass bas 500 yen tu. Jimat sangat. Stop untuk Guesthouse kami. Then dari sini kami jalan ke Nishiki Market. Dekat je. 









Di Nishiki Market ni banyak dijual  street food & keperluan asas harian  . Tapi kami tak berani nak beli pape sebab tak yakin dengan kehalalannya, cuma beli bebola sotong jer. Yang lain cam pelik jer. Hah,,satu lagi kami beli buah berangan yang berharga rm15 sebiji. Bunyi cam mahalkan, tapi kami beli berangan yang big size. tapi nak merasa punyer pasal, rm15 pon sanggup. Hari ni plan dinner megi jer sebab tak tau nak makan kat mana, Sempat lagi aku beli dorayaki sebiji & balik guesthouse makan megi jer. Heaven!




Dah kenyang pe lagi , tido la. recharge energy untuk esok plak. Good nite! Entry yang carca marba.Dah lama sangat peram.