Friday, 26 June 2015

Travelog Japan : Summer Trip 2015 ~ Preparation

Assalamualaikum, Konniciwa!


Jepun, dari mana dan bagaimana harus aku mulakan entry travelog Japan ni.  Actually Japan is my first country that i dream untuk jejakkan kaki. Semuanya bermula dengan ' with love', japanese drama yang cukup femes dan memberi impak yang besar pada percambahan minat aku kepada Jdrama. Korang masih ingat dengan Yutaka Takennouchi??,  ' once in a blue moon'?? Giler minat kat mamat tu, kalau tak silap masa tu aku baru Form 2. Then, bersambung pulak cite yang lain, Great Teacher Onizuka, Good Luck, Power Office Girl, Long Vacation..Terjatuh cinta plak pada Takuya Kimura,  lagu2 Ayumi Hamasaki, Utada Hikaru, Arashi bermain2 di bibir even tak faham. lagi parah sanggup hafal. Jangan tak tahu aku boleh nyanyi full lagu Mirae, Kiroro..hehehe..Tetiba, Kdrama plak menyerang Malaysia dengan Winter Sonata, tumpuan Malaysian beralih kepada Korea plak, namun aku still tak layan lagi, namun aku sangkut jugak dengan Autumn in My Heart. Aku teruskan melayan Kdrama sehingga sekarang and Jdrama dipandang sepi. Namun keinginan untuk jejakkan kaki ke Jepun masih lagi menebal namun kerana duit tabung belum cukup kerana sebelum ni untuk ke Jepun, kita perlu memohon visa dan perlu ada sekurang2nya RM10K dalam akaun. Semasa aku baru berjinak dengan dunia travel, aku baru mula kerja dan of kos la saving aku tak mencapai amount  tersebut and process untuk memohon visa agak leceh. So niat tu terkubur buat sementara waktu. So aku beralih ke negara jiran Jepun iaitu Korea. 1st time ke Korea, aku dah jatuh cinta dengan Korea sehingga hampir setiap tahun aku ke Korea sehinggalah Jepun telah memansuhkan visa bagi Malaysian pada Tahun 2013 ( kalau tak silap).So bermula alkesah pengembaraan ke Jepun.


Flight & Travelmates
Seperti biasa, semestinya Airasia menjadi pilihan, kebetulan pada Jun 2014 ada promo, aku kan penunggu setia Airasia sampai tak tido duk layan web airasia. Promo agak mengancam so terdetik untuk ke Jepun. Sebelum tu, riki dulu sape nak join trip ni sebab aku memang tak nak pergi sorang2. Oshin dah tolak awal2 sebab tak berminat, Umrah plak dah pergi tahun lepas, then aku terpikir untuk ajak sorang akak yang aku kenal masa 1st time travel ke Korea, didi kartika, so die on jer then aku ajak Sara yang join trip Melbourne dulu. After few weeks, kawan k. Didi, K.Ezly  pon join sekali tapi dia book sendiri ticket. Total 4 orang . So aku decide untuk book KL- TOKYO, RM399 ( 29 May 2015) , and balik dari OSAKA - KL,RM348 ( 5 May 2015).Total ticket return RM747. Consider murah la kan???  Dek kerana takut terlepas promo murah, aku dengan gamble je book ticket sedangkan Takwin 2015 tak kuar lagi dan aku hanya meramalkan date cuti untuk 2015, siap buat analisis lagi cuti2 10 tahun yang lepas. Gigih tak?? Namun kita, merancang Tuhan yang menentukan, bila takwim keluar date tu memang jatuh cuti sekolah bulan 6, namun atas kebijaksanaan Pentadbir sekolah aku, sukan tahunan 2015 akan diadakan pada 30 May 2015. OMG!!! Aku da mula gelabah biawak..ikutkan hati aku nak blah camtu jer tapi risau jugak sebab tak pernah sampai Jepun so kena jugak isi borang kebenaran keluar negara tu. Nak tipu date pon tak boleh sb procedure utk submit borang tu kena sertakan copy flight ticket.  Pikir punyer pikir then, dapat idea untuk try Optiontown ni. Korang pernah dengar tak bende ni? 

AirAsia X in partnership with Optiontown is bringing you the ever popular comfort traveller options.
  • Upgrade Travel Option (UTo)
  • Empty Seat Option (ESo)
  • Flexibility Reward Option (FRo)
  • Preferred Seat Option (PSo)
  • Preferred Flight Option (PFo)
  • Multiple Booking Option (MBo)

Aku choose Preferred  Flight Option di mana kite boleh pilih date lain untuk travel dengan bayaran RM49 one way, tapi tak secure seat. Means one week sebelum fly, dia akan confirm whether kita dapat tukar flight or not. So solution aku, if tak dapat tukar aku akan amik MC la 29 and 30 May. So aku pilih date 31 May 2015 and flight return pon aku tukar jugak balik lambat sikit on 8 Jun 2015. Total RM 98 return. Alhamdulillah two week before fly , aku dapat confirmation email that flight aku reschedule on 31 May and flight balik pon dapat jugak. So takdela  timbul masalah dengan GB, tapi aku sedih sebab tak leh join 2 days di Tokyo. Means aku akan fly sorang2 dari KL - Tokyo and my travelmates  tunggu di sana jer & nanti dorang balik dulu and aku sambung meronda 4 days sorang2. Fuh, panjang cerita. Nak dijadikan cerita lagi, si Sara tu tak jadi join sebab tetiba sampai seru untuk kawen. So ticket die burn jer. So confirm join 3 orang jer, 2 orang fly on 29 May and aku on 31 May. 
Trip kali ni agak serabut sebab plan kena rombak balik & tak sempat study. So, tema kali ni redah je la. 

Total lebur : RM747 + RM98 = RM 845 


Accommodation 
Macam biase aku prefer backpacker hostel. Utk Tokyo and Kyoto aku book 8 bulan sebelum fly. Semangat tak? Alhamdulillah seme tempat yang dipilih menepati cita rasa aku yang tak berapa demand ni. Campak mana pon aku boleh tido. Cuma yang penting mesti dekat dengan station train or subway sebab tu mode of our transportation. Booking membooking memang job aku , so banyak blogwalking untuk tengok review untuk buat pilihan terbaik.
 Pilihan aku :
Tokyo: Khaosan World Hostel di Asakusa, 2 nights ( 2600 yen/night/female dorm) - Fyi, aku tak sempat stay sini, sebab aku hanya sempat 1 day je kt Tokyo. Tapi travelmate aku cakap best! So maybe next time if ada peluang ke Tokyo harus stay sini. Aku book through their website, kene bayar deposit 3 % klu tak silap la.


Kyoto : Khaosan Kyoto Guesthouse 2 nights ( 2500 yen/ night/ female dorm) - Terbaik! Strategik, easy access , helpful & handsome staff. 


Osaka : Hotel Toyo 4 nights ( 1600 yen /night/ single room shared bathroom) - Puas hati!  sesuai dengan harga & memenuhi cita rasa. Yang penting bersih & selesa. Mana nak dapat hotel RM50++ per night kat Jepun neh?


* 1 night tido kat Haneda Airport sebab aku touch down kol 10.30 p.m so risau train xde so ak stay airport sorang2. Selesa je, ada bench boleh baring & ada Prayer room. Tak sejuk sangat cam kat Melbourne Airport lu. 

 * 1 night tido dalam Willer bus from Tokyo to Kyoto - Selesa jugak..heheh.. nak jimat punya pasal kan. 

Ni seat dalam bas yer, bukan salon
Total Lebur : 11,400 yen * 100 yen = RM3.17 = Rm361.38

Transportation
Hah! Bab ni paling scary. Sesape yang pernah study pasal Jepun memang sedia maklum transport di Jepun agak mahal compare to Korea. Di samping sistem transport yang agak berserabut dengan jaringan train dan subway yang berbeza.Ad Jr Line, subway pon dah berapa line. Private Line lagi, sumpah ceq pening . Masa kat Tokyo aku takde la pening sangat sebab kami dah bagikan tugas di mana K.Didi yang study pasal Tokyo, aku plak study pasal Kyoto & Osaka yang kurang berserabut tu. Actually kalau nak senang boleh jer, amik Jr Pass di mana dengan pass ni anda boleh travel ke seluruh Jepun dengan menggunakan Shinkansen dan Jr Line. Tapi rege agak mencekik jugak la untuk cheapskate cam aku ni. RM1000 ++ untuk 7 hari. Mahal ke idak??? Tapi berbaloi if korang travel ke semua bandar2 besar di Jepun & boleh jimatkan masa. Bayangkan perjalanan dari Tokyo ke Kyoto hanya 3 jam menggunakan shinkansen compare 8 jam if nek bas. Tapi ceq tak mampu! Terpaksalah cari alternatif len.                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
Willer bus 


Untuk ke Kyoto  dari Tokyo,kami pilih willer bus instead of shinkansen yang menjadi pujaan ramai tu.  Nek di Shinjuku Willer Bus Terminal, turun di Gion Shijo Station. Jalan kaki jer ke Khaosan Kyoto GH. Harga ticket untuk overnight bus lam RM150.Perjalanan amik masa 8 jam tapi dun worry bas selesa amat. Lena jer tido, Mana tak lena 1st night tido2 ayam jer kat Haneda Airport, 2nd night plak lam bas. Dah la tak mandi 1 hari. Haha. Untuk info lebih lanjut ttg bas ni, boleh refer their website or  blog Backpacker Busuk . Memang details abis. 


Tokyo



Untuk bergerak di Tokyo, aku buy single ticket sb aku spend 1 day jer di Tokyo and travelmate aku gunakan Suica card (spend 4000 yen/ 3 hari).Aku rasa one day Subway pass (1000 yen) lagi save kot. Nanti aku buat comparison fare if terlebih rajin.

Kyoto
1st day memang bergerak by train je ke Arashiyama & Fushimi Inari. Namun sistem subway & train di Kyoto tak secomplicated di Tokyo. Senang & mudah. Certain ticket machine tak de instruction in English. Kekdahnyer senang je, tengok fare brape, masukkan duit then tekan jumlah fare yang tertera. Contoh 180 yen, 240 yen. dll.Tapi kene pandai tengok map besar tu, each station dah tertera fare yang harus dibayar.



Selain train, One day Kyoto City Pass adalah option yang paling tepat untuk jelajah kyoto.Dengan harga  500 Yen je, you can ride bus for whole day sampai lebam to most sight seeing spots in Kyoto. Berbaloi  sangat!


map. nampak cam serabut tapi takde la susah mana. 
Pass ni boleh didapati di mana2 convenience Mart eg Lawson, Family Mart or 7E. Kad ni harus dimasukkan dalam slot card, then nanti akan ada date printed kat belakang kad, untuk next ride just tunjuk belakang kad tu kt driver bas & jangan lupa cakap arigato gozaimas.  Uniknya, passenger kene nek dr pintu belakang & turun pintu depan. Ada logiknya sebab passenger akan bayar masa turun bas so takdela kes orang tak bayar tambang kan.

Osaka 
Di Osaka pulak , banyak discount pass yang ditawarkan. Antaranya One day subway pass, 800 yen (weekdays) & 600 yen ( weekend), memang untung guna pass ni sebab one way ride pon dah 240 yen, so kalau gune lebih 3x dah balik modal kan. Tapi pass ni tak cover fee entry sight seeing di Osaka. Oleh kerana fee entry di Osaka agak mahal, aku rasa Osaka Amazing pass paling sesuai untuk penjimatan. Ada dua iaitu one day pass (2300 yen) and 2 days (3000 yen). So aku amik 2 days Osaka Amazaing pass yang cover unlimited rides for subway and fee entry to most sight seeing spots in Osaka untuk 2 hari. Sangat - sangat berbaloi!!. Tapi make sure guna seabis mungkin. Banyak jugak tempat yang aku cover gunakan pass ni. 



 P/s : Mulanya memang aku seram dengan transportation di Jepun tapi alhamdulillah, seme berjalan lancar. Basicnya sama jer cam sistem subway di Korea cumanya di Jepun ni banyak pilihan route & type of train. So its depend on us mana nak pilih untuk jimatkan kos, money & energy. Takde kejadian sesat menyesat semasa di Jepun, seme berjalan mengikut perancangan & estimate bajet untuk transport pon tak lari jauh dari yang aku study. Hyperdia adalah sangat membantu. Bajet untuk transport sepanjang 8 days ini lebih kurang RM450 . Siap cover Nara & Kobe lagi. Kan boleh save banyak compare to JR Pass tapi takde la merasa shinkansen tu. One day maybe. InsyaAllah


Itinerary 
Untungnya travel dengan traveller lain kita boleh share buat itinerary. K.didi & k. Ezly siapkan part Tokyo, aku pulak part Kyoto & Osaka. Overall trip kami cover Tokyo, Kyoto, Nara & Osaka n Kobe (solo).Thanks to KakiBerangan,Backpacker Busuk , Saffuan Jaffar , @chawana, @wanderlustDJ,  Azra Diza , Jari Manis,  BIBIE KARIM   & ramai lagi blogger2 yang len. Berkat blogwalking &  gugeling , trip ni berjalan lancar and hampir cover 95 % itinerary yang dirancang. Alhamdulillah, trip ni adalah antara trip paling bermakna bagi aku. Memang tangkap cintan la dgn nihon ni, 


Duit Belanja
Aku bawak dalam 67 000 yen ( RM 2123). Rate 100 yen = RM3.17. Mulanya memang aku risau tak cukup sebab dari cerita yang aku dengar expenses kat sana memang mahal. Especially transport and makan. Bayangkan kakak aku pergi 2 bulan awal dari aku, expenses dorang RM12K all in untuk laki bini. Mau tak kecut. Activekan kad siap2 kalau tak cukup boleh cucuk kat sana.  Tapi aku tawakal  jer.Saje tak nak tukar banyak sebab takut terlebih belanja pulak. Alhamdulillah memang cukup. Siap ada balance lagi dalam 10 000 yen. 

Stok Makanan
Maggi, Sambal bilis, roti & biskut. Tak banyak sangat tapi ada la jugak sebab dah tau makan kat sana mahal. Tapi tak abis pon. Kat sana makan onigiri & dorayaki hari2, kenyang la jugak. Lagipon aku ni jenis tak kesah pon pasal makan. Seme boleh sumbat & perut boleh tahan even makan roti jer. Lagi senang beli je Instant rice makan dgn sambal bilis. Tu pon dah nikmat sangat. 

Lain-lain 
Cuaca - dah ad experience ke Busan time summer so agak lebih kurang jer. Tshirt/blouse memadai. Tapi jepun lagi panas dari Korea especially di Tokyo. Sunburn aku, Memang betul2 the land of the rising sun, 
Bahasa - Memang tak tau langsung except arigato, sumimasen. Ada jugak aku beli phrasebook loney planet tapi haram, tak sempat baca, letak bawah bantal konon study sebelum tido.Takde maknenyer. 
Internet - tak perlu susah & bazirkan duit untuk sewa wifi. Free wifi bersepah. Osaka free wifi, kyoto wifi & kat hostel pon memang ad free wifi. So dun worry, masih boleh lagi berhubung dengan dunia luar. Nak update hari2 pon tak de masalah. 

Itu je kot yang boleh aku sharekan bab preparation ni. Overall Japan memang sangat awesome. Tahun depan nak p lagi boleh tak??? Moga dimurahkan rezeki aku ni.