Friday 6 February 2015

Travelog Melbourne : Summer Trip ~ Day 3~ Great Ocean Road

Baru Day 3 ker?? Ya Allah..malasnya..aku dah la tak pandai nak karang ayat ni..bantai je la...asal aku faham cukup..hahaha..ok. Kita sambung!

3 Disember 2014

So , oleh kerana Trip Great Ocean Road (GOR) yang semalam ditunda ke hari ni, seawal 9.30 pagi kami diminta tunggu di depan St Paul Cathedral. Depan Federation Square. Semua guest akan dipick up di situ. Hari ni cam kurang best plak cuaca. Hujan renyai2. Aku mula la tak sedap hati, mana syok nak jalan hujan2 camni. Hari ini kami akan diguide oleh Mathew , Indian guy yang dah lama bermastautin di Melbourne.  Kebanyakan guest yang join tour hari ni pon sama yg join tour Philip Island smlm. Dah cam 1 group plak. Well, we are Malaysian, even lain bangsa..

sempat lagi berposing

Then, bila van dah sampai, ada lagi guest yang perlu dipick up. Bila prasan kan, guest lain seme stay hotel mahal2, kami jer hotel budget..hahaha..ada aku kesah? yang penting bepeluang jugak jejak kaki ke Melbourne. After that, teruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusya. Untuk ke GOR amik masa lebih kurang 3 jam. Hujan still lagi turun..xde tanda pon nak berhenti..redha je la..Our route today : 12 Apostles, Lorh Arch Gorge, Kennet River, Memorial Arch, Splits Point Lighthouse and Beach of Great Ocean. Biasanya tour ke GOR bermula dari Beach of Great Ocean tapi Mathew gitau tour kami akan mula dari 12 Apostles dulu. Means kami ikut route bertentang dgn route biasa. Mana-manalah asal boleh sampai seme tempat lam list tu. 

 Sebelum sampai ke 12 Apostles, kami singgah lunch di KFC dulu. Dah termasuk dalam pakej 75AUD tu. Dapatla ayam KFC 2 ketul sorang.. tapi aku prasan ayam KFC sini cenonet jer keciknya. Cukupla untuk alas perut. Then dah kenyang teruskan our journey ke 12 Apostles. Here we go...






Speechless.. tak sangka boleh saksikan in real life. Even kualiti pic kurang memuaskan cz hari yang suram but trust me, memang superb cantik.. Sangat2 berbaloi spend riban2 untuk sampai sini.

Next , Lorc Arch Gorge. Dalam 5 minit je dari 12 Apostles ke sini. Sampai je , hujan makin lebat. Argh tak kira.. redah jer..alang2 dah sampai.. jangan patah semangat.






Feveret pic..


Hujan makin lebat. Si Umrah dah bertukar jadi alien ng rain coat die tu.. Hujan2 pon semangat lagi posing.


erm, untuk setiap tempat tu Mathew bagi 10 -15 minit jer. Terkejar2 jugak la kami. So tercetus idea misi 2 kali snap jer setiap orang untuk jimatkan masa. Individu 2 kali & 1 kali berempat. Marathon abes sb nak cover semua tempat.

Next stop is Memorial Arch .




The Great Ocean Road Memorial Archway was built to commemorate the 3,000 returned soldiers from WW1 who built the Road between 1918 - 1932.
The Road itself was built as a memorial to those that were killed in the war. It is the largest war memorial in the world.- Google



Dari sini gerak ke Kennet River untuk selesaikan nature call & Mathew nak rest sekejap. Penat kot drive tak henti. Kat sini kalau nak tengok Koala pon boleh. Hewan ni dibiarkan bebas cam tu jer takde sape jaga pon. Plan nyer nak solat kat sini tapi cam takde tempat yang sesuai so, kami pon solat dalam van jer. Even sakan berjalan, kewajiban yang satu tu jangan dilupakan. Then dari sini  journey diteruskan ke Split Lighthouse. View kat sini pon cantik jugak la. Tapi kami diberi masa 10 minit jer untuk berposing. Mana cukup. Misi 2 kali snap harus digerakkan. Terkejar2 jugak la. Tapi aku tak salahkan Mathew pon sebab memang kalau nak cover semua tempat kena rushing camtu.





Akhirnya, dari sini kami teruskan perjalanan kami balik ke Melbourne City melalui Beach of Great Ocean. Bagi aku pengalaman hari ni adalah paling berharga sepanjang ak melibatkan diri dengan travel ni. Superb view, beautiful feeling & good memory. One day, aku mesti datang lagi. Insya Allah.

Balik bilik, solat & terus pengsan.

No comments:

Post a Comment